24 July 2006
Jadi Cikgu...
Alhamdulillah... permohonan aku hari tu untuk jadi cikgu tuisyen disambut. Aku ditugaskan untuk jadi cikgu pengganti bagi subjek fizik form 4. Setelah beberapa sem berpengalaman mengajar orang dewasa (ajar budak U 1st ana 2nd year) waktu aku jadi tutor dan Lab Demo Dynamics dan Engineering Materials, kini aku bertukar profesion mengajar budak sekolah pulak.
Memang lain macam fe'el depa budak sekolah ni. Nak berseronok je waktu belajar sampaikan riuh gamat kelas tu. Aku cuba jadi abnag kepeada mereka dan bukannya cikgu, tapi itu lagi membuatkan kelas riuh bilamana aku turut layan mereka.
Budak sekolah biasalah. Jiwa masih kelat, akal masih mentah. Aku lihat mereka seperti tiada fokus, matlamat. Begitulah jua aku dulu-dulu ni.
Sebelum tu, pada hari yang sama, ada forum Gerakan Tajdid anjuran Muslim Profesional Forum di Sime Darby Convention Center Bukit Kiara. Setelah mendapatkan bahan material untuk pengajaran tuisyen. Aku terus ke Bukit Kiara denagn kapcai aku tu. Entah apa hal, tersemput2 mati dua tiga kali atas jalan on the way ke sana. Sampai je disana aku tidak boleh concentrate sebab kena menelaah topik apa yang aku kena ajar budak2 tu nanti. Meskipun, panelisnya mantap dan tokoh antara gerakan tajdid ni seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Kapten Hafiz Firdaus, Ustaz Maszlee dan Prof Dr Farouk, tumpuan aku hanya pada buku rujukan SPM tu. Aku kutip kertas kerja mereka untuk rujukan bila balik nanti. Pukul 11pg, separuh majlis, aku terpaaksa mohon diri untuk pulang mengajar tuisyen yang kul 12 tu. Motor aku juga meragam lagi dan mujur Alahamdulillah selamat sampai pada masanya di Pusat tuisyen Taman Melati nun.
12 March 2006
Ikhlas....sebenarnya aku agak keberatan utk memulakan kembali apa yang aku telah tinggalkan sejak sekian lama. Menulis dalam blog ni… Tapi berkat saranan sorang kawan yang “rindu”kan tulisan aku (kredit:robot) dan beberapa orang yang respon kenal aku melalui TeratakKhair ni, menjadikan aku buang sifat malas tu jauh2.
Apa reaksi anda bilamana dikhabarkan sebenarnya diri anda sebenarnya diperhatikan dan dinilai dari jauh oleh seseorang? Dan juga apa perasaan anda apabila diberitahu bahawa diri anda tu mempunyai pengaruh dan impak besar dalam hidup seseorang lain? Apa rasa anda bila dapat tahu diri anda sebenarnya dikagumi dalam diam-diam oleh orang?
Seorang sahabat lama, datang mengunjugi aku di bilik. Memang kenal rapat dengan dia kerana kami pernah sebilik dulu sewaktu aku 2nd year. Datang dengan hasrat untuk bercerita sesuatu katanya. Memang waktu kami sebilik dulupun, telinga aku nilah yang menjadi tadahan masalahnya. Katanya ingin meminta nasihat sesuatu daripada pandangan aku dan juga kerana percayakan dengan aku. Nampak ceria berbanding dulu dan lebih bersemangat.
Dia hamburkan segala ceritanya. Aku menyampuk kritik seadanya kerana dia memang jumpa aku memang utk ditegur. Ceritanya bagaimana dia telah bertemu satu ”turning point” dalam hidupnya ke arah yang positif. Ingin dia kongsikan cerita gembiranya bersama aku. Heran juga aku sejak sekian lama tak berinteraksi (hanya bertegur sapa tepi jalan) tiba-tiba mencari aku. Katanya, ingin dia share cerita ni dengan sahabat yang time dia dulu susah tak pernah tinggalkan dia dan pernah sama2 susah.
Ya, memang aku pernah tolong dia waktu zaman suram dia dulu. Masalah kewangan, masalah peribadi, masalah pelajaran dll yang bersangkutan. Pertolongan aku waktu dia pokai habis dulu aku anggap biasa je, kerana orang lain pun aku pernah bagi pinjam duit dalam amaun yang banyak. (Untuk pengetahuan: aset cash aku yang ada kat tangan org lain ada banyak, tapi aku tak pernah ingat. Tapi kalau aku hutang orang aku akan tak akan lupa). Tak sangka bantuan aku yang kecil tu, sangat2 terkesan padanya. Juga dia teringat waktu kami sama2 pokai dulu. Makan nasi bubur kuah sup. Sengaja aku masaka nasi bubur nak bagi banyak supya ramai dpt makan dan cepat kenyang. Zaman susah kami tu betul2 sangat dingatnya.
Aku quote kata-katanya...
“aku benci dgn orang agama, yang sikit ilmu agama, tapi menggunakan ilmu agama utk menghentam org lain.
“aku tahu kau bukan org agama, tapi byak ilmu agama, dan tidak menggunakan agama utk mengkritik org lain
24-26 June 2005
Jaulah Transborders
KL to Singapore
Pagi Jumaat yang berkat dan hebat!
Langkah permulaan Jaulah Transborders bermula dari bumi bertuah Gombak. "One small step for a man, one giant leap for mankind"- Neil Armstrong. Begitulah juga harapan kami, agar mula derap langkah kami ini juga menjadi hitungan amal pemberat neraca mizan nanti. Cuaca cerah turut sama menghantar perjalanan merelakan pemergian kami. Dengan tersemat Jaket Rasmi, kami melangkah gagah menjadi perhatian segenap warga Malaysia dalam laluan kami yang tertanya-tanya siapakah mereka ini. Bermula dengan feeder bas, seterusnya tren dan diikuti bas ekpress yang meluncur lancar ke Selatan membawa delegasi kami. Mata berat nak terlelap sepanjang perjalanan 5 jam memikirkan betapa besarnya amanah yang kami galas ini. Umpama amanah 20 juta rakyat Malaysia bergantung kepada 20 orang kami ini demi merealisasikan kesinambungan dakwah antara dua negara.
Ponteng Solat Jumaat
Dah lama tak ponteng Solat Jumaat sejak kenal apa itu rukuk dan sujud. Tapi hari ni terpaksalah berniat solat Zuhur jamak ta'akhir. Hujan rintik menyambut kami sewaktu tiba di JB pada pukul 2 petang itu. Tambak Johor hari itu penuh sesak dari arah Malaysia menuju masuk Singapura. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan di kaunter imigresen Malaysia dan Singapura. Dalam hati sempat berlagu, "Andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara. Kami mohon doa, Islam berjaya!!"
Kami disambut oleh delegasi Saff- Kak Nazlin dan Sis Azma. Dan orang pertama yang aku tak sangka boleh terjumpa kat Kota Singa ni ialah Ustaz Asmadi. Kat KL bukan main lama tak jumpa tapi boleh pulak terserempak kat sini. Syukur, sesungguhnya ukhuwah Islamiyah itu tidak pernah kenal erti sempadan.
Masjid ke Shopping Kompleks?
Tiba di hentian pertama kami di Masjid Kassim ini membuatkan hati ini tertanya-tanya, masjid ke shopping kompleks? Terdapat pelbagai kedai, one stop centre, nursery, IPT, library, pejabat PERGAS dan MUIS, pusat tahfiz dan juga pusat mengurut dalam satu kompleks. Beginilah konsep pengimarahan masjid yang sebenarnya yang menjadikan masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah sahaja. Sungguh tak faham, mengapa hal sebegini tidak terdapat di Negara Islam Malaysia?
Terserempak dengan Pak Utih sangat mengharukan hati. Dan juga menjadikan di orang kedua yang tak sangka boleh terjumpa di bumi Hang Nadim ini. Terasa kecil benar dunia Allah ini. Walhal baru dua tiga hari lepas bersama dengan dia dalam satu program kekeluargaan untuk pasangan yang dah kahwin di KL. (iklan: Program Mekar Kasih di Mahligai Terpilih). Hadir dengan tiga orang bujang yang lain bekerja sebagai cameraman dan dalam masa yang sama menceduk ilmu kekeluargaan daripada Pak Utih untuk dipraktikkan bila tiba masanya nanti. Rupanya, kebanyakan badan dakwah di Singapura termasuklah Saff- Perdaus berada dalam koordinasi Pak Uith selaku mudir Madrasah Al-Irsyad di sini. Sempat dia berseloroh, "Anta tak jadi cameraman ke kali ini?" apabila melihatkan ada orang lain melakukan tugas ini dengan cemerlang. (Afan le J)
Anak Bapak
Sepertimana ayahanda kami, begitulah juga Saff binti Perdaus, IMPIAN bt PERGAS dan AKYM bin Alkhair. Setiap organisasi dakwah belia di Singapura pastinya mempunyai asal-usul keturunan mereka yang menjadi tulang belakang perjuangan mereka. Moga dengan ta'aruf kali pertama (Saff dah kali kedua dah) antara organisasi dakwah ini akan menimbulkan bibit-bibit percintaan yang diredhai dan seterusnya membina rumahtangga daulah dan melahirkan generasi baru pewaris perjuangan dakwah 'alami ini. Begitulah saranan Ustaz Hasbi, wali kepada si IMPIAN agar bahtera perkahwinan yang bakal dilayari tidak mandul!.
Muzakarah atas Katil (MAK)
Pengalaman bermakna yang tidak dapat dilupakan ialah pada saat malam pertama di atas katil di dalam bilik penginapan brothers. Perkongsian serampang lima mata antara Zakariya, Khairu, Afan, Zubair dan m_khair benar-benar amat berharga bagi kami untuk memahami waqi' dakwah di Singapura ini. Perkongsian yang tidak formal inilah yang sedikit sebanyak memberi penjelasan bagi kami yang masih kabur tentang landskap dakwah di Singapura. Betapa cerita di belakang tabir dan gejala sosial masyarakat Melayu Singapura khususnya menyebabkan segala program mereka lebih bersifat society-friendly tanpa prejudis memilih 'mangsa' mereka. Isu recruitment (penarikan madu' baru) tidak menjadi masalah bagi mereka kerana setiap program mereka pasti mendapat sambutan hebat dan terrr..baik tapi mereka mengakui agak 'kurang' dari segi mutaba'ah (follow up).
Berbeza namun kita serupa
Kebejatan sosial masyarakat Melayu menjadi agenda utama dalam pentarbiyahan Saff. Dengan aktiviti yang lebih menumpukan kepada golongan belia, mereka mendekati punca permasalahan remaja Melayu dari akar umbinya. Dengan menyerapkan elemen universal value dakwah mereka lebih global sehinggakan turut menarik golongan Cina Singapura. Dengan program 'gempak' dan aktiviti yang 'superb', mereka menjadikannya sebagai wasilah untuk menjadi takungan madu' yang baru. Sasarannya sudah tentu golongan muda, belia Melayu dan 'hanyut'. Emm...
Hanya di seberang tambak sahaja...
Walaupun tanah Singapura dan Tanah Malaysia hanya dibatasi Selat Tebrau yang hanya beberapa ratus meter, namun segala-galanya berbeza. Meskipun cuaca, bangsa dan bahasa rakyat Singapura tidak jauh ralat daripada Malaysia, namun dari segi sosio-budaya, sikap, budaya, kebersihan dan taraf ekonomi bezanya amat ketara. Penulis yang kali pertama ke 'oversea' menjadi sedikit teruja melihat perbezaan ini. Sepertimana dulu, datang pertama kali ke KL dari kampung...
Pantai Singapura...
Pagi hari kedua, kami(brothers shj) berpeluang ke tepi pantai Singapura yang kebetulan di sebelah chalet (nak kata chalet tak juga; tapi mcm rumah flat pun ada) kami. Pantainya yang mengadap Pulau Ubin ni cukup sunyi dan tenang. Tiada langsung sibakan ombak memukul pantai, desiran angin laut menampar pipi serta rambut dan baju mengerbang terbuai-buai ditiup angin seperti yang selalu tengok dalam filem-filem Melayu. Apatah lagi pantainya yang ditambak yang tidak sesuai untuk mandi-manda. Beginilah keadaan di pantai Singapura yang juga dikhabarkan tidak berpeluang melihat laut lepas. Pasti ada daratan di ufuknya samaada pulau-pulau yang mengelilingi Singapura, tanah Malaysia atau Indonesia. Tapi ada juga orang berkhemah kat tepi pantai ni. Mungkin sinilah tempat yang paling nyaman dan tenang kot di tengah-tengah kesibukan kota singa ni.
Lantai Singapura...
Amat kontra sekali dari segi aspek kebersihan dibandingkan dengan lantai tanah di Malaysia. Lantai di tanah Singapura cukup susah nak cari sampah apatah lagi puntung rokok. Pagi tu kami bersarapan di rumah Bro Effendi di sebuah flat di Punggol. Kat sini bukan rumah sahaja disusun bertingkat tapi parking kereta pun bertingkat-tingkat akibat kekurangan ruang. Acara makan-makan sambil ta'aruf ni memang meriah bagi kami untuk mengenali lebih mendalam antara brothers Singapaura dan Malaysia. Dijamunya kami roti jala, roti canai (kat sini panggil roti prata) dan roti buku sbg 'reinforcement' untuk 'backup' kalau tak cukup. Salad dan puding sebagai penutup selera. Teh dan sirap manis sebagai pelancar tekak. Dengan slogan "kalau malu; lapar" kami menyantap sehingga ke titisan kuah yang terakhir. Memang sedap masakan zaujah Bro Effendi ni. Tingkat atas sekali tingkat 15 dari flat ini ternampak sayup di hujung sana tanah Malaysia. Pasir Gudang di seberang sana hanya diselangi oleh Selat Tebrau.
FMSA...
Kami dibahagikan kepada dua kumpulan campurization antara delegasi Malaysia dan Singapura untuk melawat pertubuhan-pertubuhan strategik di Singapura ini untuk kami melebarkan jaringan networking kami. Mungkin kerana masa yang terhad dan banyak pertubuhan yang perlu kami ziarah sebab itulah kami dibahagikan kepada dua kumpulan ini. Kumpulan pertama dijadualkan melawat Darul Arqam, Yayasan Mendaki, dan National University Muslim Society. Manakala pejabat FMSA adalah tempat tuju pertama bagi lawatan kerja kumpulan yang kedua.
FMSA – Fellowship of Muslim Student Society. Ditubuhkan seawal 1983 dengan misinya; To Develop, To Connect, To Engage. Briefing oleh Bro Khairudin, Bro Alfian dan Bung Farhan serta Bro Muzamil. Antara program 'superb' yang dianjurkan ialah Meta Ilmu Aqal, Teens aL.I.V.E, Youth for Humanity: Project Zip, Youth Matrix Camp. Antara 8 soalan yang ditanya oleh seorang delegasi dari Malaysia ialah menyentuh tentang pertukaran modul yang boleh dilaksanakan untuk dipraktikkan dalam konteks di Malaysia. Memang patut benar kita applykan pendekatan remaja di Singapura kerana masalah sosialnya tidak jauh beza dengan masalah social mahasiswa kita di Malaysia. Memahami Islam dengan lebih interaktif.
Masjid mkhair?
Destinasi seterusnya ke Masjid Alkhair dengan alang-alang sekali solat jamak di sana. Penginstitusian (Institutionalization) masjid sebagai satu pusat ilmu amal dan komuniti amat jelas di semua masjid Singapura. Menguruskan masjid seperti menguruskan syarikat. (rujuk Majalah I Julai; ada story pasal Masjid Ghufran Singapura). Apa yang lebih menarik di Masjid Alkhair ini ialah terdapt satu sayap belia yang dipanggil AlKhair Young Muslim (AKYM). Young Muslim Secretariat (YMS) merupakan badan di bawah MUIS yang memantau setiap badan belia di masjid Singapura. Diketuai oleh Encik Rashid, AKYM bermatlamat untuk menarik golongan muda belia untuk ke masjid dengan program yang dekat dengan kumpulan ini. Antaranya street soccer untuk bro dan bowling untuk sis. Setelah golongan ini lebih dekat dengan masjid dan dalam masa yang sama mereka pelan-pelan menerapkan unsur Islam seperti pakai tudung, ajak pi solat dll. Di Malaysia pernah diwar-warkan suatu program sebegini yang dipanggil Rakan Masjid. Apa yang dah jadi sekarang ye? Senyap je.
NTUMS...
Lawatan kerja yang terakhir hari ini ialah ke Nanyang Technology University bagi menziarahi Muslim Society di sana. Laman universiti lengang kerana cuti semester tapi ada juga sekumpulan pelajar rasanya tengah dalam "Ta'aruf Week" kot. NTUMS yang diterajui oleh Bro Hafiz Mustafa (adik Sis Nazlin), ditubuhkan untuk menyediakan platform kepada pelajar Muslim yang minority di NTU ini untuk bermuamalah. Program mereka kebanyakan tertakluk kepada pihak universiti tapi tak menghalang mereka untuk memberi penjelasan tentang Islam kepada seluruh kampus. Salah satu programnya ialah IAP (Islamic Awareness Program) yang mana untuk menjernihkan kembali persepsi terhadap Islam pasca 11 Septermber lalu. Dengan mensasarkan warga kampus yang majoritinya Cina Singapura mereka menarik minat untuk mengenali Islam dengan mengadakan demonstrasi (Opss.. bukan seperti demo di Msia) amalan keagamaan. Cara praktikal menunaikan haji, pemakaian tudung oleh bukan Islam, upacara akad nikah, si bapa mengazankan anak yang baru lahir, model dalaman masjid, makanan dalam Quran, cara solat dan lain-lain diceritakan dengan detail kepada golongan bukan Islam seolah-olah mereka ini baru masuk Islam.
Sesat
Menjelang petang singgah di Geylang Serai di salah sebuah kawasan yang mempunyai ramai penduduk Melayu. Hampir sesat lantaran begitu ralit melihat suasana petang rakyat Singapura ini. Sempat singgah di Masjid Taha yang mana pusatnya ajaran Qadiani untuk buang air sebab asalnya ketiadaan syiling dolar Singapura untuk masuk tandas awam. Nak shopping pun tak ada budget yang mencengkam. So, window shopping menjadi pilihan.
Makan setalam, tidur setilam…
Waktu maghrib dinihari, semua delegasi kembali berkumpul di banglo penginapan sister. Pelbagai cerita bertukar mulut mengenai lawatan seharian masing-masing demi berkongsi pengalaman dan information. Solat maghrib dan Isyak jamak serta makan malam sementara menunggu sesi seterusnya. Makan setalam, tidur setilam tapi cuma tak sempat mandi sekolam je. (Brothers Malaysia dah biasak kan dengan ni semua?). Sesi seterusnya bersama dengan Dr Albakri. Sekali lagi terdetik, macam pernah berpapasan dengannya tapi di mana ya ?.
Surprise...!!!!
Ada sedikit surprise malam tu buat seorang delegasi dari Malaysia. Saja nak buat tergezut. Meriah sebuah bilik dalam banglo tu waktu brothers Singapura dan Malaysia berpadu otak brainstorm apa yang kami nak buat untuk majlis ringkas ini. Surprise itu juga satu peringatan bagi kami yang sedar tak sedar kebanyakan dah lebih 20 tahun berkelana di dunia ini. Dinisbahkan umur dan sumbangan terhadap agama ini terasa sangat ciput amalnya. Lahir bukan satu tarikh dipinta, mati bukan satu tarikh diduga. Adakah kita bersedia? Selamat Hari Lahir, Marhah...marhah!!!!
Merlion...
Hari ketiga dan terakhir merupakan hari yang rileks-rileks dan santai setelah penat dengan lawatan kerja semalaman. Persinggahan pertama di Esplanade untuk bersarapan Nasi Lemak Ayam Besar Telur Dadar. Sedap hingga menjilat jari. Jika di Langkawi terkenal dengan landmarknya Burung Lang, di Temasik ini terkenal dengan Merlion (Mermaid + Lion = Merlion) sebagai mercu tandanya dan juga di mana asal usul nama Singapura ini. Di muara sungai yang mengalir ke laut di selatan inilah tersergam hebat Merlion ini. Pelbagai mercu tanda yang tinggi di Singapura juga terpampang dari sini. Makmur betul negara yang suatu ketika dahulu bersama Malaysia sebelum bercerai dengan talak tiga. Kalau tidak, tak perlulah kami susah payah buat pasport nak masuk sini !
SAFF-PERDAUS Student Service Center.
Terpana seketika melihat Saff student hub. Dengan pejabat yang lengkap sebagai medan operasi dan juga deretan komputer sebagai cyber cafe, mini library serta dokumentasi lengkap pelbagai aktiviti yang dijalankan menyebabkan kami kagum seketika. Tambahan pula terdapat satu dewan kecil sebagai tempat mesyuarat dan menjalankan aktiviti kemasyrakatan seperti tuisyen dll. Kos operasi bagi student center ini memerlukan lebih kurang $1500 dolar Singapura sebulan. Beroperasi dengan daya ikhtiar mereka tanpa mengharapkan sangat dengan sponsor. Mungkin gerak kerja sebegini yang patut ditiru oleh aktivis dakwah di Malaysia.
Waqi' dakwah Malaysia dan Singapura...
Sesi perkongsian dengan Ustaz Haniff dimulakan dengan persoalan bolehkah adanya Islam Malaysia, Islam Singapura, Islam Eropah dan lain2 lagi yang mengikut lokaliti masing-masing. Sesi ini juga memberi kesimpulan menyeluruh tentang pemahaman waqi' dakwah antara Malaysia dan Singapura. Platform, matlamat, wasilah dan wadah perjuangan juga berbeza. Matlamat kita di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam tidak mungkin boleh diaplikasikan di sini. Pendekatan mereka juga lebih sederhana dan se'kepala' dengan kerajaan disebabkan mereka adalah minority di sini berbanding kita yang lebih lantang dan agresif mempersoalkan yang salah dan menegakkan yang haq. Namun demikian, ini tidak bermakna kita (brothers Malaysia dan Singapura) tidak boleh duduk semeja berbincang demi kemaslahatan dakwah di rantau ini. Banyak perkara pokok yang boleh kita sekalikan dalam perancangan dan pelaksanaan kerjasama dakwah dua negara.
Bon Voyage Singapore...
Setelah sesi ringkas upacara penutup dengan suasana yang amat sayu, kami delegasi daripada Malaysia terpaksa memohon diri untuk berangkat pulang. Sesungguhnya 3 hari bersama brothers dan sisters Singapura amat tidak mencukupi bagi kami. Serasa ingin lepak lebih lama dengan mereka tapi apakan daya kami mempunyai komitmen masing-masing. Tambahan pula passport berkumpulan, kenalah balik sekali Terpaksa mengejar bas ekspres di Larkin supaya tidak lari daripada jadual perjalanan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Bas dari Larkin bertolak pukul 5.30 petang. Bersama kami bawa pulang sarat dalam bas itu segala kenangan dan ukhuwah yang kami semai dengan brothers dan sisters Singapura. Semaian Ukhuwah II ini diharapkan bukan sahaja tamat di sini, tapi bakal menjadi benih yang bakal menjadi pohon dakwah yang mengeluarkan buah tarbiyah yang ranum dan manis....
Sampai di Bandaraya Kuala Lumpur menjelang 2230 malam. Delegasi daripda Malaysia bertebaran ke destinasi akhir masing-masing. Malam itu giliran brothers (Afan, Wawi, Amad, Adib, Dhanny dan m_khair) tidur di 'banglo besar' UIA. Cerita-ceretet kami terus bersambung walaupun badan letih tak terkata....
Penghargaan buat delegasi daripada Malaysia: Ustaz Haris, Amad (Chief de Mission), Ezzad, Adib, Dhanny, Radziq, Wawi, Afan, m_khair, Khadijah, MaryamJ, MaryamA, Hamnah, Iman, Soba, Kak Basmin, Azreen, Munirah, Husna dan Nihlah.
Penghargaan buat delegasi daripada Singapura: Kak Nazlin, Hafiz, Zakariya, Jamil, Mokhsin, Haniff, Khairu, Bakhtiar, Bro Effendi dan isteri, Bro Rashid dan isteri, Bro Hazlie, Mariam, Shima, Khairiah, Halizah, Liana, Azma, Shahida, Huda, Arafah dll. (maaf tak ingat semua...)