Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: June 2004
Wednesday, June 23, 2004


21 Jun 04
2 Jamadil awal 1425
Ibu Oh Ibu....

Gembiranya rasanya hati. Ibu kirimkan aku sambal ikan bilis kegemaran aku dan kuih bahulu. Walaupun cuti ini aku hanya dapat berada di rumah selama 3 hari, dengan kiriman ibu ini dapatlah sedikit sebanyak mencairkan rindu aku kat rumah. Susah payah ibu masak dan cari kuih bahulu dan kirimkan melalui Nurul, budak sekampung yang sama-sama belajar kat sini.

Terasa nak coret sesuatu pasal ibu aku. Ibu adalah wanita pertama yang bertakhta di hati ini dan pastinya buat selama-lamanya. Aku mesra dengan panggilan mak. Seorang suri rumah sepenuh masa. Ketabahannya membesarkan kami adik-beradik seramai 5 orang yang semuanya lelaki belaka yang pastinya punya pelbagai ragam dan kerenah masing-masing. Walaupun sesekali leterannya singgah di cuping telinga ini tapi irama itulah yang membentuk kami adik-beradik menjadi insan. Teringat ketika zaman kenakalan kanak-kanak aku dulu, paha ini pasti lebam dicubitnya. Tapi aku memang tidak serik. Bersyukur aku atas ketegasan ibu dulu dalam mengajar aku mengaji Quran. Kalau tidak dipaksanya aku sampai menangis-nangis mungkin aku sekarang buta Quran. Aku berharap agar diberi peluang untuk membalas segala jasa ibu meskipun rasanya tak terbalas. Akan aku buat yang terbaik buat ibu. Tiada saat yang aku lihat paling gembira melainkan pada ketika melihat kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran dan dapat tawaran yang baik. Aku peribadinya lebih rapat dengan ibu walaupun aku anak lelaki. Bila call rumah aku lebih senang bercakap dengan ibu dan dialah menjadi pendengar setia aku. Dia sudi mendengar luahan aku dan pastinya ada masa untuk aku walaupun sibuk dengan kerja rumah. Ibu Oh Ibu...

Lagu Untuk Ibu
Seorang wanita bermahkota ibu
Mengenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini tautan darah dan akidah dan rahmat dari Allah

Kini ibu peganglah tanganku ini
Biar ku bawa ibu menjelajahi hasil titik peluh mu
Biar ku bawa kealam hasil ukiranmu selama ini
Dodoian mu ibu membina benteng pemisah
antara yang hak dan yang batil
membakar semangat perjuangan
bersujud lemah mengabdi diri kepada yang Esa

Ibu... jika kau belum pernah kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuialah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu sepertimana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini untuk selama-selamanya
ihsan:brothers




alone at 12:00 PM


Sunday, June 20, 2004


20 Jun 2004
1 Jamadil Awal 1425
Salam khair....

Bermulalah hari ini secara rasmi semester I sesi 2004/2005. Sudah masuk tahun kedua aku berkelana di Taman Ilmu dan Budi ini bagi mencari sedikit bekalan ilmu. Mulai semester ini jugalah aku akan mula mengambil subjek bagi majoring Aerospace Engineering. Moga Allah kuatkan hati dan mental aku bagi menghadapi penangan subjek yang membebankan. Allah pasti bersama hambanya yang yakin. InsyaAllah aku boleh!

Rutin aku hari ini seperti juga awal semester yang lain. Register kolej baru, beratur dapatkan kunci, masuk bilik bersihkan apa yang patut dan mengangkat barang yang bertan-tan ke tempat baru. Sampai lenguh tangan aku mengangkat berkotak-kotak dan berbeg-beg barang yang aku simpan dalam stor dulu. Ibu dah pesan supaya jangan buat kerja berat-berat. Tapi jangan risau ibu, anak mak ini kuat lagi! Sempat lagi aku berangan kot-kot la badan aku jadi berketul macam Triple H sebab banyak sangat mengangkat barang :-)

Penat memang penat tapi tak terasa mengantuk pulak. Meskipun semalam aku ikut program Qiam JIM kat Cheras tapi tak terasa letih sangat badan ni. Mungkin inilah rahsia pejuang Islam dahulu kala seperti yang digambarkan oleh tentera salibiyyah “beribadat umpama rahib di malam hari tapi berjuang seperti singa di siang harinya”.




alone at 11:59 AM


Friday, June 18, 2004


18 Jun 04
29 Rabiulakhir 1425
Salam khair....

Mananya sinar cemerlang yang sering menyirami daerah gemilang ini pada pagi Jumaat ini? Mendung awan membawa satu alamat. Daerah gersang ini bakal subur dengan disirami hujan rahmat. Rahmat Jumaat yang berkat buat insan yang hebat!

Mood aku pagi ini juga seperti cuaca. Seusai subuh tadi sempat melelapkan sepicing mata. Moga tak tertutup pintu rezeki aku pagi ini. Macam mana aku nak “refresh” semangat aku yang makin suram ni....

Semalam tepat 12 tgh malam, aku dan din kecek kat pak guard nak keluar uia. Bukannya nak pi clubbing. Dengan motor C90-nya kami keluar mencari cyber cafe. Nak register subject untuk semester baru aku ini. Pak guard naik heran apsal bebudak dua org ni nak buat kerja ni memalam buta macam ni. Kami terangkan dengan baik alasan bahawa kami tak nak berebut esok pagi di ITD lab dan tak nak kempunan bila section dah closed. Syukur register subject aku tak ada masalah. Credit hour aku 20.5. Terkejut kengkawan aku tengok schedule aku. Aku pun ada sedikit terkejut, tapi tak kisah, agak tak boleh nak carry aku drop je satu subject .

Hari ini juga sahabat sejati aku akan masuk belajar semula. Setelah 3 bulan dia bekerja menimba sedikit pengalaman, jadi hari ini dia akan mendaftar di tempat baru untuk menyambung semula baki perjuangannya. Secebis ucapan SMS aku kirimkan sebagai pendorong. Harap Allah mempermudahkan urusannya dan semoga dunia berjaya dalam hidupnya dunia wal akhirah.




alone at 11:57 AM


Tuesday, June 15, 2004


15 Jun 04
Islam Hadhari Terengganu Bestari


Dua kali aku berkelana ke Terengganu dalam masa seminggu sepanjang cuti ini. Walaupun pelbagai rancangan yang dirancang sepanjang cuti aku kali ini terpaksa di cancel dan ditangguhkan, namun aku yakin perancangan Allah ini adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Pelbagai ragam manusia dan rencah masyarakat yang aku kutip sepanjang perjalanan aku ke Pantai Timur. Menyedari hakikat diri ini terasa kerdil dan masih lagi beruntung meskipun atas segala nikmat yang diperolehi tak betah nak bersyukur. Rupanya masih ada lagi ruangan untuk mentarbiah diri dan bermuhasabah. Aku insaf atas bagaimana jerit perit ayah ibu mencari setanak nasi untuk anak-anaknya dan hakikat realiti hidup di dunia persinggahan ini. Akan aku adun segala warna-warna hidup ini diatas kanvas dunia aku agar dapat mematangkan dan menyediakan aku dengan musibah hidup yang bakal aku tempuhi esok dan seterusnya... sesungguhnya permusafiran ini benar-benar mematangkan aku.

Antara yang aku jumpa ialah Ustaz Rashid, sepupu Zaki. Apa yang dialaminya agak mengharukan dan menginsafkan aku bahawa apa-apa saja yang tak terduga boleh terjadi pada kita. Ustaz Rashid baru sahaja dibuang kerja dari pejabat SUK Terengganu sebaik sahaja habis election baru-baru ni. Faham-faham jelah sebabnya. Akibat daripada tindakan mengejut menyebabkan dia kehilangan sumber pencarian utama. Tanpa persediaan lengkap, dia mencuba bisnes kecil-kecilan jual prepaid. Yang mengharukan aku bilamana dia menceritakan bisnesnya ini tak seberapa mana untung terpaksa nak menyara anak sekolah, makan minum seisi rumah sehinggakan dia terpaksa menjual keretanya yang hanya tinggal dua tahun payment. Yang paling merugikan bagi aku ialah dia juga kadang kala terpaksa membatalkan kuliah selepas maghrib yang dia mengajar di masjid kerana sibuk dengan kerja lain demi menampung keperluan anak isteri. Mungkin ini antara ujian Allah bagi orang perjuangan sepertinya. Sepertimana maksud firman-Nya, adakah kita menyangkakan kita sudah beriman sedangkan kita belum lagi diuji oleh-Nya. Pengajaran terutamanya buat diri ini. Moga dia terus tabah. Pastinya ada hikmah.



alone at 11:56 AM


Monday, June 14, 2004


14 Jun 2004

Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan.

Begitulah kita manusia. Kena tunduk kepada takdir dan perjalanan hidup yang telah tertulis di Lauh Mahfuz. Tentatif aku sepanjang cuti seperti yang dirancang berubah sama sekali. Di bawah aku senaraikan secara ringkas perjalanan hidup aku yang telah ditetapkan di dalam kitab rahsia-Nya.


23, 24, 25 Mei 04 – Program sirr yang sepatutnya di Kuang bertukar tempat di Bangi. Mungkin atas sebab keselamatan kot...he..he..he.:-)

29 Mei 04 – Kami berempat [aku, Abg Faiz, Zaki dan Shah] bertolak dengan sebiji Wira pada malamnya ke Terengganu. Tiba di Masjid Geliga Kemaman pada subuh pagi esoknya.

30 Mei 04 – Pagi berada di KSB (Kemaman Supply Base), petang di pasar malam Kemasik dan terus ke Kuala Terengganu pada malamnya. Aku dah terlepas kenduri kahwin Kak Arnizah.

31 Mei 04 – Pagi harinya memerah keringat di Pasar Kedai Payang KT. Petangnya pi Losong. Beli keropok ikan dan keropok lekor buat ole-ole untuk ibu di kampung dan juga akh Aidil. Malam hari di pantai Seberang Takir. Lama juga di situ main air. Nak mandi takut gelap.

1 Jun 04 – Bersiap untuk pulang. Singgah di ladang Dragon Fruit kepunyaan ayah Shah. Asar singgah di Kuantan. Bandar lama aku 13 tahun dulu. Dah banyak berubah sampai aku tak cam dah. Then, terus ke Teluk Cempedak. Ikut hati memang nak terjun je dalam laut tu tapi memandangkan dah lewat nak maghrib. Makan di tepi laut Tanjung Lumpur. Ikan siakap masam manis. Sangat menyelerakan. Bertolak balik ke KL menjelang tengah malam.

2 Jun 04 – Sampai lebih kurang 4 pagi Gombak. Kereta yang Shah parking di laman rumah sewa Zaki hilang. Nasib baik jumpa di Balai Polis. Ingatkan dah kena curi. Pagi tu dah ke matrik niat jumpa ustaz Maszlee dan tanya pasal rayuan ke matrik untuk adik-adik aku. Petang tu juga cari tiket nak balik Kedah malam tu dengan Din.

3 Jun 04 – Sampai gak hajat Din nak sampai kat rumah aku di AS ni. aku kat rumah ni setelkan hal rayuan adik aku dan Dik Na. Petang lepas singgah rumah Dikna, aku pi rumah Fendi. Niat nak minta maaf pasal tak dapat pi kenduri kakak dia tapi dia tadak kat rumah. Dah balik KL kata ayahnya [merajuk kat aku kot]. Bagi keropok ikan kat ayahnya. Malam bawa Din baca yasin kat Masjid Bukhari. Jumpa Khairi Nawawi kat masjid katanya baru balik dari program Ustaz Asri. Aku dah terlepas lagi.

4 Jun 04 – Paginya ziarah Khairi Shaari. Petang lepas Jumaat Din berangkat ke Lubuk Merbau. Nak tolong kenduri rumah Yb. Aku sempat pi berkelah dengan famili kat Tupah. Reda sikit tensen kepala otak. Seperti biasa aku bertukar jadi budak-budak mengikut keletah adik-adik aku.

5 Jun 04 – Pagi aku dengan bas ke Sungai Petani. Program GMB di SMK Taman Ria Jaya. Aku dah memang keberatan nak pergi tapi aku gagahkan juga pi walaupun lewat sehari. Macam-macam kerenah bebudak ni. lucu ada...sedih pun ada.

6 Jun 04 – Habis je program tengahari tu terus aku naik bas turun kat Kota Sarang Semut. Dah janji ngan abah mak singgah amik terus pi kenduri sedara di Sg. Tiang dan kenduri YB di Lubuk Merbau. Badan memang penat tak ingat. Sempat juga aku ke kenduri YB walaupun dah lewat. Bawa balik Din Ke AS sekali sebab malam ni juga kena balik KL. Sebab besok last tarikh tutup rayuan adik Amin dan DikNa.

7 Jun 04 – adik Amin aku bawa sekali ke KL. Pagi tu juga bermotosikal ke matrik dari Gombak lepas singgah khidmat diri ala kadar. Rayuan berjalan lancar. Ustaz Che Abdul Majid buat-buat terkejut tengok muka aku, ingatkan aku yang merayu nak masuk matrik balik. Doa jelah agar permohonan kedua-dua adik aku ini berjaya. Malam tu, aku dapat arahan untuk ke Terengganu malam tu juga.

8 Jun 04 – adik Amin balik AS sendiri. Dia dah besar takpe aku yakin. Aku di Terengganu sampai 9hb.


alone at 11:48 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS