Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: November 2004
Monday, November 29, 2004


29 November 2004
I’m back

Sebulan lamanya berpuasa disambung dengan raya menyebabkan jari aku turut sama ‘berpuasa’ dari menari di atas keyboard. Memang aku akui, aku segan (baca: malas!) nak mengupdatekan blog aku ni. Mungkin ada yang jemu membaca entri aku yang sama je. Minta maaf, kengkawan. Nature aku yang satu ni tak dapat aku bendung lagi.

Banyak perkara dan cerita yang menarik berlaku sepanjang kehilangan aku buat sementara waktu dalam bulan puasa ini. Nak aku taipkan disini mungkin berjela-jela tapi biarlah ianya menjadi salah satu episod sejarah dalam hidup aku. Ada masa aku cerita.

Kini, aku dah kembali! Menghadapi semester baru yang menjanjikan 1001 ketegangan, tekanan, badai, gembira, puas dan lain-lain lagi. Berbekalkan result exam semester lepas yang ‘kecewa’, aku kini mengutip kembali sisa-sisa bara semangat yang ada untuk dimarakkan kembali menjadi api penghidup jalan hidupku. Seperti biasa, semangat baru itu ada, semangat untuk mengelakkan kekecewaan lepas, semangat untuk menjadi lebih baik, semangat untuk membuang dosa sia-sia, semangat yang aku khuatiri hanya hangat pada awal peringkat. Ya Allah, istiqamahkanlah hamba Mu ini dalam melaksanakan syariat Mu, tetapkanlah hatiku ini dalam jalan agama Mu dan permudahkan urusan aku sepanjang semester yang mendatang ini….!

Ingat!
Ingat wahai insan pelupa dan alpa! (akulah tu) Kau kini punya pelbagai tanggungjawab. (Ye ke?) Tanggungjawab terhadap diri sendiri…..belajar, tanggungjawab terhadap keluarga…jangan kecewakan mereka, tanggungjawab terhadap ummah….jangan fikirkan diri sendiri, tanggungjawab terhadap agama….memartabatkan Islam serata alam (aa…iyelah). Jangan sekali-kali kau terlepas oleh pujuk rayu nafsu. Apatah lagi mengabaikan tuntutan agamamu. Peluang untuk pulang masih terpampang. Terpulanglah kepada engkau untuk pergi atau datang….


alone at 2:28 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS