Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: January 2005
Sunday, January 16, 2005


korek-korek folder lama terjumpa sesuatu yang boleh share dengan semua...

Kisah dalam nasihat...

Seusai saja solat sunat ba'da Jumaat dan berdoa ala kadar, aku bingkas bangun. Dalam doa rutin aku tadi tidak lupa aku selitkan pengharapan kepada Yang Maha Agung agar dilapangkan hati dan dimudahkan urusanku bagi menghadapi temuduga petang ini. Sepanjang perjalanan sempat juga bersapa dgn dua tiga jemaah kenalanku, namun aku tidak boleh lama. Maaf teman! aku mohon permisi sebab aku ada misi.

Bahang mentari terik tidak sedikitpun mencair semangatku ini. Derap langkahku kemas walaupun hanya berkain pelikat. Peluh menjujuri segenap roma. Ku ingin cepat sampai di mahallah. Walaupun mahallahku ini sangat jauh dari masjid, tapi 'kaki' inilah yang menjadi kenderaan utamaku sejak mula-mula menjejakkan kaki di bumi UIA ini. Ku tak mahu lewat menghadapi hari yang penting. Yang paling utama, ku tak mahu memberi 'first impression' yang buruk kepada panel penemuduga. Bukan seorang dua rakanku yang menyarankan agar aku membeli sebuah motor. Mudah dan cepat kata mereka. Namun, bukanku tak mahu tapi aku tak mampu. Argh, pedulikan mereka. Kalau aku ke masjid banyak sikit dapat pahala, kalau ke kelas dapat juga exercise. Sedari aku sudah sampai dihadapan pintu bilik. Tiada siapa dalam kamar. Barangkali semua sahabat sudah ke kelas.

Fuh! Panas....! Perkara pertama yang ku lakukan ialah memetik suis kipas dan kuputar tombolnya ke nombor 5. Bagai nak terbang compartment bilik ini. Selesai saja menyangkut baju Melayu biru, ku menggagau-gagau laci gerobok mencari telefon bimbitku. Kucapainya dan di skrin tertera '1 message received'. Hatiku berbunga. Mungkin ucapan "Good Luck" atau "Selamat Berjaya" daripada teman-teman. Sebaik saja tiga kali punat kutekan, terteralah nama pengirimnya. Nama yang sudah agak sinonim dalam inbox mesej aku ini. Seperti biasa, kukira mesejnya ini mestilah seperti mesejnya yang lain sebelum ini. Mesej yang kaya dgn bahasanya dan penuh dgn ilmu serta peringatan buat diri yang alpa ini. Tapi kali ini aku silap. Ku amati bait-bait ayatnya.

"Antara kecintaan kpd sebuah per'saudara'an dgn tanggungjawab utk masa depan,
bgmana hrs diseimbangkan?. Kalau di'pertama'kan utk cita-cita, akan diterimakah
teman alasan itu? Ati tgh bingung. Sama ada Ati ini sekadar mampu menggalas
beban yang sedikit atau Ati ini yg kurang bijak m'urus masa. Pendapat abg?"


Eh! Apahal pulak Ati ni, aku tengah kalut ni, ada je macam2. Ku jengah waktu penerimaannya. 13:59:10. Mungkin aku ada kat masjid lagi waktu ini. Emm....agak panjang mesej dia yang ini. Membayangkan umpama masalah ini telah lama berpanjangan dan kini masih lagi. Alamak! Aku makin lewat. Kusisikan telefon dan belakangkan dulu persoalan ini. Nantilah aku fikirkan. Sekarang aku ada misi.

Rasanya akulah orang paling smart sekali kat muka bumi ini pada petang Jumaat yang berbahagia ini. Berbaju kemeja magenta dan bertali leher berlambangkan Uitm yang aku dapat waktu aku buat A-Level German dulu serta seluar slack hitam yang telah ku'iron'kan sejak semalam lagi. Mengadap cermin, ku sisir rambut rapi-rapi. Terngiang-ngiang mesej Ati tadi dalam benakku. Antara kawan dan cita2. Mungkin itulah yg boleh kuekstrakkan dalam permasalahan Ati ini. Takkan org sebaik dia ni pun ada krisis dengan kawan? Atau dia sengaja nak menduga aku. Mustahil dia nak menduga aku. Kebingungannya pun turut sama aku rasai dalam saat-saat yang genting ini!

Hampir aku terlepas bas PUTRALINE. Mujur ada kawan yang menaiki motor memberi aku tumpang dan kami mengejar bas. Mujur sempat juga aku menaiki bas walaupun dalam beresak-esak. Inilah gunanya kawan. Waktu susah dan genting mereka sanggup hulurkan bantuan. Hidup kita pasti bosan tanpa sahabat disisi terutamanya sahabat sejati yang betul2 memahami. Dalam Sarh Matan al-Arba'in karya Imam Nawawi ada hadis yang menekankan tentang hubungan iman dengan cinta seorang kepada saudaranya. Inilah yang perlu kita semai dan pupuk dalam usaha kita untuk mengejar title 'khairan ummatin ukhrijat linnas'.

"Next station, Kerinchi", kedengaran suara gemersik gadis memecah suasana dalam koc. Oh! dah nak sampai rupanya. Hati makin berdebar-debar. Terasa ringan je langkah menuju ke Menara Telekom yang terletak bersebelahan dengan stesyen PUTRA-LRT itu. Hampir aku mendongak 90 darjah memandang tingginya 'pucuk rebung' konkrit ini. Aku disambut oleh senyuman manis 'receptionist' ayu yang bertugas di kaunter penerangan petang itu. Kan lebih ayu kalau akak ni bertudung litup. Usik hatiku.

"Hendaklah kita memiliki teman soleh dan solehah yang menolong dan membimbing kita ke jalan yang lurus, kerana manusia itu lemah sementara syaitan siap sedia menerkam di mana sahaja. Hindarilah teman/rakan yang jahat, kerana ia akan datang kepada kita bagaikan seorang pencuri yang masuk secara sembunyi mencari kesempatan hingga ia menggelincirkan kita pada perkara yang diharamkan. Ingatlah bapa saudara Rasulullah s.a.w , seorang lelaki tua dan memiliki akal yang lurus, tetapi kerana dia mempunyai teman yang jahat iaitu Abu Jahal yang hadir disisinya ketika dia meninggal dunia, menjadi penyebab dia mati dalam keadaan syirik (kerana malu untuk menginggalkan agama nenek moyang)."

Nauzubillhimizalik. Begitu hebatnya pengaruh kawan disamping kita. Mungkin akak ni tak ada kawan yang baik untuk membimbingnya kot atau tak sampai 'seru' lagi. Ah sudah, jangan berprasangka buruk dengan orang. Tak baik. Lif yang membawa aku ke aras 50 Menara Telekom ini terasa begitu pantas sekali. Sepantas denyutan jantung yang mengepam hemoglobin ke seluruh badan. Reseptor pada epidermis ini sudah tidak terasa haba lagi sebaliknya mengisyaratkan kepada neuron di medula oblongata bahawa diri ini dalam keadaan dingin pula.

Tatakala menunggu giliran, sesaat bagaikan seminit, seminit bagaikan sejam, sejam bagaikan entah....sebab aku menunggu tak sampai sejam pun. Kini aku berdepan dgn satu misi. Misi yang boleh dianggap sebagai satu medan peperangan. Kini aku bertanggungjawab dengan misi aku ini. Pastikan sukses kerana apabila aku gagal bukan sahaja aku yang boleh terkorban malah aku mungkin mengorbankan harapan kedua ibu bapaku, harapan kawan-kawanku, dan juga harapan umat. Masa depan kini bergantung kepada diri aku. Adakah aku mampu melaksanakan 'tanggungjawab masa depan' ini sebaiknya. Ahaha.... kini aku juga seperti Ati. Bingung.

Pada pemahaman aku la. Yang dimaksudkan dgn Ati ni adalah hal yang berkaitan dengan soal pelajaran. Ye la belajar kan satu tanggungjawab ke atas setiap diri mukmin tak kira sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, kecil atau besar, buta atau tuli. Kerana inilah senjata kita untuk membezakan antara yang haq dan batil dan juga persiapan bagi menghadapi musuh Islam yang cuba meratah kita jika kita dalam kejahilan. Tapi ini semua tak bermakna jika kita tak bersatu atau dalam erti kata lain, hidup dalam jemaah. Serigala akan membaham kambing yang bersendirian. Kita memang tak akan mampu membangunkan 'tanggungjawab masa depan' kita ini jika kita bersendirian.

Ingin sahaja aku pulang cepat setelah habis temuduga tu. Terasa bagai aku cedera ditembak musuh di medan dan perlukan rawatan segera. Nak kata aku tewas tapi begitulah nampaknya. Pesaing aku yang lain hebat dan lngkap bersenjata nak dibaningkan dengan aku.Mereka ada senapang aku cuma pedang. Ah! Entahlah aku dah cuba yang terbaik. Terserahlah kepada Allah Rabbul Jalil. Tapi biarlah aku hanya bersenjatakan pedang tapi aku harapkan luka mereka lebih dalam ditusuk pedangku nak dibandingkan dgn aku mungkin luka kecil terkena peluru sipi. Barulah adil dan seimbang.

Bercakap bab seimbang ni. Macamana ya kalau kita nak seimbangkan antara kawan dan study? Terperangkap juga aku dgn putar belit Ati ni. Aku ni pasai kawan kekadang study boleh terlungkup. Bukannya apa, aku cepat kesian kat orang. Apakata kalau kita ambil saranan Stephen Covey, penulis buku 7 Highly effective people. Cuba wujudkan WIN-WIN Situation. Yang mana maksudnya kita dan sahabat kita sama2 dpt faedah. Dalam istilah sainsnya simbiosis. Contohnya dalam sesetangah situasi kita bertolak ansur dgn sahabat kita sehingga mewujudkan WIN-WIN situation. Sama-sama beroleh manfaat. Jangan wujudkan WIN-LOSE situation yang akan membebankan hanya satu pihak sama ada kita atau sahabat kita itu. Teringat pengajaran yang pernah dikatakan oleh al-Razi, seorang ulama tasawuf:
"Hendaklah kamu pelihara yang menjadi habuan orang Muslim, iaitu:
Pertama: jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua: jika engkau tidak mahu meyukakan dia maka janganlan engkau mendukakan dia, dan
Ketiga: jika engkau tidak hendak memuji dia maka janganlah engkau mencela dia."

Sesampai stesen di stesen PUTRA Gombak jam dah hampir pukul 6. Asar aku pun belum lagi ni. Kuhantar mesej kepada Rafiq meminta jasa baik dia menjemput aku balik ke UIA. Dia gah tiba dgn Yamaha TZMnya. Aku jadi malu apabila semua orang memandang ke arah kami. "Takkan tak pernah tengok org naik moto besar kot", getus hatiku kegeraman. Aku tak suka sangat jadi tumpuan org ni. "Ha! Macamana dgn interview hang tadi," sapa Din sebaik aku tiba kat bilik. "Bolehlah......" Jawab aku acuh tak acuh. Ah Betapa jahatnya aku. Sapaan semangat dr rakan aku buat tak endah. Bukan begitu maksudku Din. Tapi aku seolah telah tewas di medan dan luka 'cedera' ini masih belum kering. Dah lewat ni, aku belum solat lagi. Bergegas aku ke bilik air menyuci diri.

Malamnya, selesai je solat Isyak, entah mengapa kelopak mata ini terasa begitu berat sekali. Nak tidur masih awal lagi, rugi masa malam ni. Boleh siapkan satu dua homework drawing. Katil seolah memanggil minta beradu atasnya dan bantal seolah-olah mengajak agar dipeluknya. Bila sebut pasal masa, kita org Islam pasti dah sinonim dengan Surah Al-Asr. Bukan Ati seorang yang kurang bijak mengurus masa. Kita semua menghadapi masalah yang sama. Teringat seorang rakan pernah berkata. Masa tidak boleh diurus. Allah dah tetap bagi kepada kita 24 jam sehari. Yang perlu diurus adalah diri kita sendiri. Bagaimana kita dapat menguruskan diri kita dengan ketetapan masa yang ditentukan Allah. Ku capai buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, "Al-Waqtu Fii Hayatulmuslim" yang sekian lama kubeli namun tak berkesempatan untuk membacanya. Ini semua gara-gara nak menghabiskan buku "From Beirut to Jerusalem" sampaikan tak terselak buku lain. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya itu...
"Isu waktu/masa bukanlah merupakan isu biasa dalam kehidupan seorang muslim. Bahkan isu waktu/masa merupakan isu pokok terhadad isu-isu yang lain….Waktu adalah perjalanan hidup."

Hai masa……!
Kiranya umur remaja,
Datang menjelma, sehari dua,
Nescaya ku cerita, feel orang tua!

Semua yang hidup bagai dalam bahtera pelayaran,
Setiap hari dan bulan, kian jauh perjalanan,
Berhari bermalam semuanya bagai dalam impian,
Dunia ditinggalkan, akhirnya kubur jua yang berdekatan

Bila sehari dlm hidupku,
Hidayatku masih belum bertambah mutu,
Keranaku tidak dapat menambah ilmu,
hari itu tidak ertinya dalam hidupku,

Pekerjaan hari ini ditangguh esok,
Kerana segan bukannya sibuk,
Siapa tahu hari ini ke esok,
Mungkin ajal datang menjenguk,

Masa itu dua bahagian,
Untuk perhatian semua insan,
Masa yang lepas buat peingatan,
Masa yang datang buat renungan.

Masa pasti menyusur pergi;
Masa yang dahulu menjadi saksi;
Sehari yang berlalu pergi;
Ke atas kamu dia menyaksi;

Jika semalam kau kesali;
Kerana menghinanya diri sendiri;
Hari ini berbuatlah bakti;
Agarmu orng yang terpuji;

Usah ditangguh amal bakti;
Ke hari yang belum dikenalpasti;
Mungkin hari menjengan kemari;
Kamu pula telah kembali!

Di hari kau mengatur strategi;
sebarang tuah datang mendekati;
Hari tetap berlalu pergi;
Yang pergi tidak akan kembali.

Jangan kita mengkeji masa;
Yang keji adalah diri kita;
Setiap masa tiada celaka;
Yang celaka diri kita.


Begitu ralit aku menyingkap makna disebalik bait-bait puitis penyair-penyair Arab dalam buku ulama terkenal ini, menambahkan lagi beban diatas kelopak mataku ini. Biarlah kutidur malam awal malam ini bagi mengubat luka ter'cedera' petang tadi. Barang yang lepas, jangan dikenang. Kelak nanti merana diri. Ya Allah kau jadikan esok bagiku hari yang lebih baik dari hari ini. Bismika Allahumma ahya wa amut. ZZZZZZZZZZZ……………
*nama watak dalam karya benar ini telah diubahsuai mengikut kesedapan...


alone at 12:09 PM


Saturday, January 08, 2005


Bergambar belakang Lift
Selepas presentation leadership dengan group member yang lain. Posted by Hello


alone at 1:42 PM



Bergambar dalam hujan
Selepas game handball Inter Mahallah sports Day... mewakili team Mahallah Uthman bersama dgn rakan seperjuangan...
m_khair


alone at 1:24 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS