Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: March 2005
Tuesday, March 29, 2005


29 Mac 2005

Edisi selepas Final Exam!!!

Perjuangan sebenar Final Exam Semester II 2004/2005 bermula seawal 19 Mac bermula dengan subjek Numerical Methods for Engineer. Subjek mencari silap (rujuk entri 8 Dec-klik sini). Alhamdulillah kebanyakannya boleh jawab meskipun masa terlalu mencemburui. Setelah lebih seminggu berkhulwah di masjid (sampai hilang hp :-) ditambah pula dengan study group dengan akob, nampaknya banyak membantu. Carry mark untuk subject ni agak kurang berbanding kawan2 lain sebab atas sebab lekanya diri di awal sem lagi. Terlalu banyak program dan tanggungjawab dipikul sampai mengabaikan amanh yang satu ni. Peringatan buat diri!!.
Perjuangan diteruskan selang sehari kemudian pada 21 Mac dengan subjek Gas Dynamics. Sememangnya aku telah well prepared dengan subjek ini sehinggakan saat terakhir masih menelaah sampai terlewat ke dewan exam. Tapi sepertimana biasa, soalan Dr Waqar Asrar memang tidak boleh dijangka dan ntah apa-apa (begitulah kata kengkawan aku dan senior....). Hanya soalan yang yakin aku boleh jawab dan soalan yang ntah apa apa tu, hanya pasrah berserah.

Pulang exam petang tu tak boleh berlengah lagi sebab keesokan paginya aku ada subjek UNGS 2040 (student uia sebut unggas). Islamic, Knowledge and Civilisation antara subjek wajib universiti. Agak sukar nak tukar tuning otak sebab budak engineering dah terbiasa dengan subjek hafalan+pengiraan+aplikasi, tapi kali ini mengadap nota dengan dengan ayat bersusun tanpa nombor (kecuali no m/s) dan formula pun. Semata-mata hafalan yang menyebabkan mata ini tak betah nak menatap nota lama-lama. Digagahkan juga memandangkan awal pagi esok dah tak sempat nak buat apa2. Aku tukar cara study last minute aku dari menghafal kepada kaedah ta'alim ta'alum. Aku cerita, Din (roommate yg sama2 amik subjek ni) dengar dan argue dan begitu sebaliknya, dia cerita aku pulak bidas.

Namun perancangan Allah Maha Mengetahui, tertinggal satu dua topik yang langsung kami tak sentuh malam semalam. Nak 'goreng' tanpa fakta takut tersalah resipi pulak. Yang mana boleh di'goreng', aku 'goreng' masak lemak cili api tanpa garam secukup rasa. Tapi apapun aku pegang prinsip yang Dr Abdi Umar Shuriye, (org Sudan zaujahnya org Perak), "I didn't want you just to pass the exam, I want you all to be a good students and engineers". InsyaAllah aku akan pegang kata-kata dia ni.

Subjek Instrumentation & Measurement pula menyusul selang sehari kemudian. Banyak fakta dan formula yang perlu dihafal sehingga aku tak tahu nak mengaplikasikan atas kertas soalan. Tapi alhamdulillah, aku rasa berbaloi setakat mana aku jawab kerana itulah takat daya usaha aku. Moga bantuan Allah tiba nanti atas slip result.

Last paper, Dynamics and Vibrations muncul selang dua hari pada 27 Mac. Subjek core yang paling menghantui kami sekelas. Sehinggakan kekadang kami sekelas (budak lelaki je) tak tahu apa kebendanya yang diajar dalam kelas. Subjek ini memang menarik sehinggakan aku suba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Waktu naik motor, aku perati tayar belakang bagaimana getaran jalan diserap absorber moto. Waktu kat bonggol aku test berapa kuat dia punya 'damping factor'. Aku pernah sebut kat kawan2 "Jangan takut belajar subjek ni, kita kena ingat tanpa getaran tak akan nikmat hidup kita". (cuba fahami betul2). Namun syukur kepada Yang Esa. Tak sia-sia aku dan dua tiga orang kawan lain bergabung tenaga dua malam terakhir menampar minda masing2. Hampir semua soalan akuboleh jawab meskipun sebelum masuk dewan exam aku takut 'menangis' tengok soalan(tak boleh jawab le.....). Keluar awal dewan exam dengan tersenyum riang ditambah pula kelegaan dah habis final exam lebih awal daripada org lain.

Kepada yang masih di medan perjuangan bergelumang dengan perisai buku dan raifal pen dan pensel, didoakan agar ketemui syahid A++ yang dicari. Seprti yang aku selalu pesan kepada teman yang lain, hidup kita tak akan bermakna kalau tanpa ujian. Tak ada zuuq. seperti juga final exam ni, tak rasa nikmat hidup sebagai student tanpa exam ni. Waktu inilah kita tahu betapa bermakna dan berharganya ilmu yang kita belajar sepanjang satu semester lalu dan bagaimana nak mengaplikasikannya. Waktu inilah juga menduga sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapi tekanan mental dan fizikal (exam dua subjek core dlm satu hari: mlmnya mesti menggelabah nak muraji'ah subjek mana satu:-)). Dan juga seperti kata ustaz, betapa pentingnya planning/ munazam/ tanzim (cth: ada gap exam dua tiga hari atau berturut-turut, mcmana nak divide time utk study) Bekalan inilah yang diperlukan oleh dua't spt kita dan latihan sebagai bakal pendokong dakwah 'alamiyyah.
diolah, diedit, ditokoktambah dari emel m_khair


alone at 4:12 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS