Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: April 2004
Thursday, April 29, 2004


29 April 04

9 Rabiulawal 1425

Malam ni tepat jam 12 tengah malam bakal bermulalah perjalanan seorang perantau sepi yang telah sekian lama bermusafir di perantauan demi mencari sedikit bekalan di dada. Siapa perantau itu? Akulah. Malam ni aku balik kampung. Ada sapa-sapa nak kirim ole-ole dari alor setar?

Khas untuk Khairi dan sesiapa yang berada di perantauan..

Bila ku berada di kejauhan....
Adakalanya ku rasa kesepian....
Asyik terkenang kampung halaman dan teman2...
Mujur ada teman seperjuangan...
Menyatakan kita harus teruskan...
Perjuangan ini demi mencari keredhaan Ilahi...

p/s: Jgn sesapa pun sebut pasal balik kampung depan khairi... Dia agak sensitif dengan perkataan "balik" dua tiga menjak ni...:-)


alone at 4:43 PM



27 April 04
7 Rabiulawal 1425

Salam khair....

Maha suci Allah, Tuhan sekalian alam dan segala puji dan syukur ke hadrat-Nya kerana nikmat iman dan Islam yang hanya diberikan kepada hamba-Nya yang terpilih sahaja. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Muhammad SAW selaku pemberi syafaat kepada kita umatnya. Didoakan kepada diri aku sendiri agar terus kuat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Serta ucapan salam kepada seluruh mujahid seluruh dunia yang kini sedang berjuang menegakkan kalimah tauhid. Membebaskan diri dari belenggu kekejaman kuffar membuktikan bahawa umat Muhammad bukanlah umat yang boleh diperlekehkan. Kerana mereka yakin janji Allah adalah benar dan pasti!

Benarlah kata kiasan bahawa pengalaman adalah guru yang terbaik dan sekolah hidup yang cemerlang.
Pengalaman sedikit sebanyak juga mematangkan diri bagi kita memahami erti kehidupan ini. Pengalaman mengajar kita tentang selok belok kitran hidup di dunia yang boleh kita jadikan pedoman bagi menelurusi sisa umur kita. Dalam rangka kita hendak mengenal dunia melalui pengalaman yang kita perolehi kekadang baru kita sedar bahawa betapa beruntungnya kita, itupun masih lagi mengeluh tak reti nak bersyukur!


Din Pisang Goreng.

Hari ini bermulalah secara rasmi perasmian gerai Pisang Goreng Din. Paginya aku tolong drive dia pi ambil barang kat rumah Akh Aidil dan beli barang kat Carefour. Tak sempat aku pi tengok pembukaan rasmi gerai dia sebab petang tu ada kelas. Boleh tahan sedap juga pisang goreng dia. Dia tahu aku mesti regular customer dia. Tapi tak...aku akan jadi tempat nak mengabiskan pisang goreng yang tak lebih nanti. :-)

Kepada warga UIA, jemputlah ramai-ramai ke gerai Din Pisang Goreng di Medan Selera Sg Pusu. Jalan keluar belakang UIA dekat tapak pasar malam. Mentang-mentang kedai basikal+buku aku tak buka lagi, dia buat port meniaga pulak. Takpa dia nak cari duit lebih dan dapat aku merasa pisang goreng free....

Aku harap kawan aku yang sorang ni istiqamah nak buat benda ni. Aku dah pesan kat dia, “Din, hang nak buat ni kena sungguh-sungguh, jangan berenti sekerat jalan”. Mana taknya, dari mula sem pendek, dia dah kerja kat pasar malam, jual stokin, pam angin dll. Kesian dia, nak cari duit lebih Lepas tu aku rekemen kat dia, kerja kat workshop Akh Jamil (bukan ayah aku..). Tak tahan dia sehari dah berenti. La ni dia nak try bisnes sendiri pulak. Aku sebagai kawan, hanya sokong dari belakang. Tolong apa yang patut. Aku cakap kat dia, “Harap-harap gerai ni boleh tahan 3 tahun sampai kita graduate ye Din”. Ini memang bisnes jangka masa panjang dia. Harap begitulah. Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat kita yang sorang ni.


alone at 4:39 PM


Wednesday, April 28, 2004


28 April 04

8 Rabiulawal 1425

Kekadang terasa seperti Dia menjauhi dari diri ini lantaran berdosanya diri. Atau diri ini yang jauh daripada-Nya. Sesungguhnya selangkah ku jauh dari-Nya, seribu langkah Dia dekat padaku....
Astaghfirullahal’azim .....



Aku dan seseorang..



Aku adalah orang dan orang itu adalah aku.
Orang itu dan aku punya persamaan
Kerana dia adalah aku dan aku adalah satu.
Satu jasad tapi berlainan firasat
Bukan orang lain tapi dalam diri sendiri.
Aku dan dia seiring kerana destinasi kami sama.
Walaupun dia dan aku tidak sehaluan.
Dia tidak asing bagi aku.
Yang pasti aku dan dia akan bersama-sama setiap masa
Aku dan dia sudah sebati.
Kala aku sunyi, dia datang menemani.
Lemas aku dalam khayalannya.
Itulah aku dan nafsu aku.



alone at 4:48 PM


Monday, April 26, 2004


26 April 04

6 Rabiulawal 1425

Hujung minggu yang meletihkan...

Dua kali berulang alik ke Jerantut dalam masa sehari. Jarak KL – Jerantut lebih kurang 250 km. Ini bermakna aku dah travel sejauh 250 x 4 = 1000 km dalam masa 24 jam.

Sewaktu pulang dari Jerantut malam semalam, kereta Wira yang aku pandu meredah lubang dalam tepi jalan. Natijahnya rim tayar depan belakang bengkok. Hebatnya aku... padan muka. Mujur kereta tersadai kat sebelah masjid. Jam 2 pagi, mana nak cari kedai tayar buka pagi-pagi gelap begini. Tayar spare pun pancit juga. Lagipun kami ditengah-tengah perjalanan. Antara Jerantut dan KL. Jadi beriktikaflah kami kat masjid Kg Sempadan. Terletak di sempadan Bentong dan Temerloh. Haji Shah menenangkan kami, “Jangan risau mesti ada hikmah ni”. Aku yang risaukan exam Isnin malamnya dengan study pun tak habis lagi.

Kebetulan masjid tu ada jemaah tabligh turut beriktikaf kat masjid tu. Sempat la aku dengar bayan tabligh awal pagi tu. Salah seorang jemaah tabligh tu juga yang membantu kami pagi tu, pegi menukar tayar dan betulkan rim yang aku bengkokkan semalam. Sementara aku dan Akh Aidil ke kedai menukar tayar, Haji Shah sempat lagi promote bisnes dia kat Imam Masjid tu. (Bisnes apa? Rahsia atas sebab keselamatan) Dapat juga dia ajak Imam tu join bisnes dia. Mungkin ini yang dia katakan hikmah di sebalik tayar kami pancit ni :-)

Lebih kurang 10 pagi barulah kami bertolak pulang. Petang tu aku ada kelas pukul 2. Malam pula exam mid sem ECONOMICS. Terkandas lagi sebab tayar belakang pula pancit. Bersusah payah aku dan akh aidil menukar tayar belakang pulak. Rim tayar belakang pun bengkok juga. Kuat juga hentakan semalam kerana hanya daya yang betul-betul kuat yang boleh membengkokkan rim tu. Lagipun Haji Shah kata, anaknya baru tukar je rim baru tu. Mana taknya F=ma, a= acceleration. Memang aku agak laju malam tu. Ditambah dengan m=mass, berat kereta tu memang tak mustahil daya (Force) yang kena pada rim tu mampu membengkokkannya.

Perjalanan balik kami singgah kat kedai used car nak tengok bakal kereta baru Haji Shah. Harrier warna hijau. Kereta 4WD buatan Jepun. Test drive best jugak. Haji Shah negotiate harga kereta dengan manager tu macam tawar menawar beli ikan kat pasar. Akhirnya manager tu beralah dengan harga yang Haji Shah tawarkan. Berapa tu? RM 126,000. Cuba kira betul-betul ada berapa sifar kat belakang tu. Haji Shah memang berkenan dengan kereta ni sebab bukan sahaja kalernya hijau (ada makna ni..) tapi besar dan lasak. Mudah nak mengisi banyak barang dan meredah Felda kat Pahang nun nanti katanya. Haji Shah kata kat aku, “Minggu depan, anta bawak Harrier ni ke Jerantut”. Merasa juga aku naik “banglo bergerak” ni walaupun bukan aku punya. Harganya pun nak sama sebiji banglo kalau kat tempat aku, Kedah. Tak mustahil suatu hari nanti aku pun akan memilikinya satu, InsyaAllah. Sempat juga aku melawak dgn Haji Shah, “Haji, nanti terkejut Imam masjid Kg Sempadan tu, tayar pancit sikit pun, terus tukar kereta baru”.


alone at 4:34 PM


Friday, April 23, 2004


Apa faedah khutbah Jumaat?

Hamba Allah I:
Dah 30 tahun saya mendengar khutbah setiap hari Jumaat. Dan selama itu hampir 3,000 khutbah telah saya dengar. Dan sepanjang hidup saya sehingga kini saya tak dapat ingat salah satu daripadanya. Jadi saya rasa seperti membuang masa... dan Imam membazir air liur mereka membaca khutbah.

Hamba Allah II:
Dah 30 tahun saya berkahwin sehingga kini. Dan selama itu isteri saya telah memasak lebih kurang 32,000 hidangan makanan. Tetapi sepanjang hidup saya, saya tidak dapat mengingati kembali menu untuk setiap hidangan yang telah isteri saya sediakan. Tapi saya tahu, setiap hidangan isteri saya berkhasiat dan memberi kekuatan kepada saya untuk melakukan kerja. Jika isteri saya tidak memberi hidangan sedemikian, mungkin saya tidak dapat hidup sihat seperti hari ini.



alone at 11:55 AM


Wednesday, April 21, 2004


Aku yakin, mesti hangpa pernah alami apa yang aku rasa ni....

Pernah tak suatu hari, anda bangun dari tidur dan terasa seperti hendak ber’bini’? Ya! Itulah apa yang sedang aku alami sehingga hari ini. Aku tak boleh nak sisihkan naluri fitrah aku ini. Tapi apakan daya aku juga insan biasa, punya kehendak yang perlu dipenuhi, punya impian yang tersendiri. Iri hati aku kepada kawan-kawan aku yang lain. Hampir semua mereka mempunyai ‘bini’ masing. Mana tak jelesnya kehulu-hilir asyik berdua. Berpegangan kedua belah tangan lagi. Sama-sama bersusah payah meredah ranjau dan berhujan berpanas.

Tatkala kaki ini melangkah dipayungi terik matahari menuju ke kuliyyah, hati nakalku terdetik. Alangkah indahnya sekiranya ‘dia’ turut sama menemani aku dikala ini. Tidaklah aku terasa kepenatan dan peluh berjalan kerana ada teman bicara. Dan jarak yang jauh pasti terasa dekat. Dan semua orang diperjalanan kami, pasti ada yang cemburu. Tak kurang juga yang memuji mengatakan kami pasangan yang ideal. Ahaha... Tapi ini semua hanyalah khayalan aku yang punya sempadan. Dari kejauhan aku ternampak sahabat karibku dengan pasangannya. Bukan main asyik dan mesra mereka. Sehingga mereka lalu melintasi aku, tidak sedar pun mereka yang aku di tepi jalan ini. Mentang-mentanglah ‘bini’ dia tu cantik dan mengancam. Dengar khabarnya, ‘bini’nya keturunan Jepun tapi lahir di sini. Ke’in-team’an dan keakraban mereka inilah yang membulatkan tekad aku! Aku mesti cari satu juga!

Pulang ke kampung pada suatu cuti semester, aku suarakan hasrat hatiku kepada ayahandaku kerana hanya dia yang arif dalam bab ini. Risau juga aku takut dibangkang niat suci murni aku ini. Terkejut aku apabila dia mengatakan memang selama ini dia berhasrat nak cari jodoh satu untuk aku. Bonda tiada halangan kerana dia tahu ini untuk kebaikan aku juga. Tapi dengan siapa? Aku belum ada calon lagi. Terpaksalah aku menyuruh ayahanda merisik sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai. Pada mulanya ayah aku meng’kenen’kan aku dengan seorang ‘janda’ yang masih lagi muda. Ditinggalkan suaminya, setelah tak mampu nak bayar nafkah bulanan. Pendapat ayahanda, biarlah jodohku janda kerana maharnya pasti lebih murah nak dibandingkan anak dara sunti. Setelah puas membuat pertimbangan, aku menolak dengan lembut pilihan ayahku. Aku katakan pada ayah, biarlah maharnya mahal sekalipun, mungkin ini adalah yang pertama dan juga yang terakhir bagiku. Aku tak akan pasang dua, tiga atau empat. Aku akan berlaku jujur dan setia.

Suatu petang ketika aku bersiar-siar di bandar seorang diri, di satu sudut ruang legar pasaraya rasanya seperti aku telah terjumpa pasangan impian aku. Walaupun dia bersama-sama kawan-kawannya yang lain di situ, tapi hatiku hanya terpaut padanya. Dengan ‘body’ yang cukup sempurna, lirikan mata yang menggoda dan dressing yang mengancam, aku bagaikan terjumpa buraq kayangan. Setelah berbasa-basi dan berkenalan serba ringkas. Diberinya aku foto gambarnya yang mempersonakan. Aku pulang ke rumah dengan senang hati sambil membawa gambarnya untuk ditunjukkan kepada orang tuaku.

Ayah melihat dengan serius foto gambarnya. “Betui hang minat kat dia ni?” Tanya ayahku mencari kepastian. Aku mengangguk dengan yakin bahawa pilihan aku ini pasti tidak silap. Sambil itu, aku tidak ketinggalan menyulam janji manis yang aku akan menjaganya dengan baik. Menjaga makan pakainya dan sama sekali tidak berlaku curang. Bonda tidak kisah kerana nanti dia juga yang senang apabila dah ada ‘menantu’ baru nanti. Senang dia nak ajak aku ke mana-mana nanti. Setelah melihat spesifikasinya dan keupayaannya, akhirnya ayah aku bersetuju untuk meminangnya untuk aku. Tapi bila? Aku pun tak tahu. Yang pasti aku akan ada ‘bini’ baru. Alahai abah, kahwinkan aku cepat. Elok juga rasanya aku perkenalkan bakal isteri baru aku ini. Inilah biodatanya:
Nama Model: Yamaha Lagenda 110cc
Spesifikasi: Enjin empat lejang, silinder tunggal, SOHC, 2 injap
Transmisi: 4 kelajuan
Kapasiti minyak: 8L
Kapasiti gas: 4.5L
Berat kering: 94 kg


alone at 12:13 PM


Tuesday, April 20, 2004


Kita….
Sering alpa dan leka….terpedaya dan lupa…
Dlm perjalanan mencari cinta yang Satu, cinta yang jitu..
Jangan ditempuh selekoh keraguan
Tapi susurlah denai keyakinan
Kerana yang pasti…Cinta itu Cinta Hakiki
Menanti dihujung destinasi…

Kita…
Mencari-cari cinta yang bukan milik kita
Mengapa tidak…pilih sahaja yang tersedia
Bukan maksud memilih…tapi tak guna berkira
Cinta Allah tiada bertepi…tiada berkecuali
Kepada hambaNya yang memahami

Kita…
Mengapa tidak rebut sahaja rahmat Ilahi ini
Masih lagi menagih kasih dari insan..
Yang pasti bukannya milik kita
Kerana dunia ini sementara...seketika…
Lantas teringat bait puisi Rendra:
"Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku,
bahwa sesungguhnya ini hanya titipan,
bahwa mobilku hanya titipan Nya,
bahwa rumahku hanya titipan Nya,
bahwa hartaku hanya titipan Nya,
bahwa putraku hanya titipan Nya,
tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya, mengapa Dia
menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini padaku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan
untuk milik Nya ini?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan
milikku?"

Ya…!
Berhakkah kita..
Mempersoalkan sesuatu yang luar kekuasaan kita…
Mengapa kita tidak boleh mencari…
Sesuatu yang sememangnya milik bersama…
Jangan hanya menanti…nanti diri yang rugi..
Tak ketemu apa yang dicari…tak mengerti tujuan hidup ini

Kita…
Harus percaya…
Kita hanya merancang…Tuhan mentaqdirkan..
Namun, kewajipan kita utk berdoa
Agar apa yang fantasi menjadi realiti...
Agar apa yang didalam hati terzahir sendiri…

Jangan dikejar sesuatu yang bukan milik kita…
Kerana...apa yang pasti Cinta yang Hakiki itu milik semua


mkhair


alone at 12:17 PM


Monday, April 19, 2004


Memang melampau!!!




Al-fatihah buat Allahyarham As-syahid Abdul Aziz al-rantissi.
Lesen membunuh agung yang hanya dimiliki oleh Israel. Satu dunia hanya mampu mengutuk, megecam dan terus mengutuk+mengecam. Pernahkah sebuah negara itu tumbang hanya kerana dikutuk dan dikecam? US pula seperti biasa merestui perbuatan pengecut ini. Apa nak jadi dunia sekarang. Keadilan ditindas oleh kezaliman. Apa peranan aku, engkau, hang, mu, mike, anta, antum semua? Soalan yang tak perlukan jawapan...




Fikirkan.....

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke MidValley.

Lucu ya, cepat je kita bangun utk jawab tepon bila member call, tapi bila seruan Allah(azan) memanggil kita buat tak dengaq je.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya, betapa lamanya 1 jam berada di Masjid utk smbahyang Jumaat, tapi betapa cepatnya 3 jam berlalu saat menonton wayang kat TGV.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan dan susun ayat power bila jumpa pakwe/ makwe.

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap sehari.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk nonton bola atau konsert,dan berebut cari saf/tempat paling belakang time dlm kelas dan bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti tengok wayang, pi pasar malam, tgk cerita best kat tv jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, nak baca Al Quran seminggu sekali pun susah apatah lagi sehari sekali, tapi boleh langgan komik Gempaq, Ujang, Mangga, Hai dll tiap2 minggu.

Lucu ya, nak baca Yaasin khamis mlm jumaat seminggu sekali pun tak konsisten, tapi tiap minggu boleh maintain tengok Cerekarama tak miss langsung.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering menanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tapi nak beriman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa yg membawa kita kepada syurga Allah.

Lucu ya, tak mampu nak pergi ke majlis musabaqah Al quran yg free of charge tapi sanggup utk keluarkan ratusan ringgit utk tgk konsert Siti Nurhaliza

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

Lucu ya, time nak jumpa pakwe/awek kita dressing smart2 siap minyak wangi harum semwerbak lagi, tapi nak mengadap Allah pakai baju singlet nampak ketiak apatah lagi nak calit minyak attar.



alone at 12:07 PM


Sunday, April 18, 2004


18 April 04
28 Safar
Salam khair....

Raudatus Sakinah menjadi destinasi hujung minggu aku kali ini. Tempat yang menempatkan insan yang terbuang yang terlalu hanyut mengikut belaian nafsu suatu ketika dahulu. Kini dengan harapan baru mereka cuba mencari sedikit ruang di celah-celah masyarakat yang terlalu cepat menghukum tanpa budi bicara. Pusat pemulihan gadis-gadis yang terlanjur ini menjadi perlindungan mereka ketika dunia memandang dengan sebelah mata tapi Allah memandang mereka dengan cahaya rahmat-Nya kerana pintu taubat-Nya masih lagi terbuka.

Aku dan ikhwah yang lain mengenderai dua kereta seawal 8 pagi menuju ke tempatnya terletak di celah-celah perkampungan di pinggir Sg. Buluh. Niat kami yang suci ini (bukan nak cari jodoh, jgn salah sangka pulak!) datang dari jauh membawa perkhabaran bahawa mereka bukanlah orang yang terasing. Ingatkan kami masih lagi awal, rupanya pakcik2 dan makcik2 telah terlebih dahulu siap sedia untuk memulakan program kami. Apa itu??? GOTONG ROYONG

Sepatutnya aku lebih alert dengan kalimah “gotong royong” dan perlu tahu apa dress code yang sesuai untuk “majlis” ini. Aku dengan berkemeja melayu dengan slack dan sepatu serlum pada awalnya sebelum bertolak dengan lawaknya berkata kepada salah seorang ikhwah, “Akob, anta nak pi main bola ke?”. Dia membalas dengan senyuman sinis yang pada awalnya aku tak faham maksudnya.

Setelah berpeluh berjurai membasahi kemeja aku mengerjakan batang pokok, barulah aku faham senyuman sinisnya awalnya. Mujur haarith sudi meminjamkan t-shirtnya. Taklah aku jadi peladang contoh. Kami ikhwah dan pakcik2 dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan berkebun, menebang pokok dan BBQ. Manakala dan akhawat dan makcik2 aku tak tahu apa yang depa buat dalam rumah tu. Itu hal orang pompuan. Aku tak amik tau. Yang aku tahu pokok sebesar lilit pinggang aku ni mesti ditumbangkan.

Bro Sany, lecturer Static aku sempat mempraktikkan ilmu fizik yang dia ajar untuk menumbangkan pokok dengan hanya menggunakan parang dan gergaji. Mujur dia tak bagi aku quiz suruh aku calculate moment dan juga force yang kami gunakan untuk menjatuhkan pokok kukuh ini. Mana nak cari calculator tengah kampung ni. Memang gila! tanpa sebarang peralatan moden kami berjaya juga akhirnya menumbangkan dua batang pokok dengan menggunakan tulang empat kerat kami. Inilah yang dikatakan semangat berjemaah. Kami aplikasikan wadah berjemaah ini kedalam satu wasilah iaitu bergotong royong. Pokok yang pada mulanya berdiri teguh kini tersungkur berada di kangkangan kaki kami. Team yang telah selesai berkebun juga turut sama membantu menumbangkan pokok yang kedua. Benda yang asalnya mustahil menjadi tidak...

Setelah penat mengerjakan pokok, ayam, sotong, sosej, ikan yang telah masih panas dibakar siap sedia untuk menjadi santapan esofagus kami yang sememangnya lahap. Aku mungkin kerana masih lagi kepnatan, tidak berupaya mengarahkan peristalsis agar bekerja dengan lebih cepat membawa makanan ke perut untuk dihadamkan. Natijahnya kami kekenyangan sebelum waktunya kerana makanan masih lagi banyak berlebihan.

Balik aku tersengguk-senguk dalam van “perjuangan” haarith. Kenyang + penat = mengantuk...


alone at 11:57 AM


Saturday, April 17, 2004


17 April
27 Safar
Salam khair...
Didoakan kepada diri aku sendiri. Semoga sihat wala’fiat dan kuat untuk meneruskan perjuangan.
Syukur semalam aku telah selesai mengharungi satu ujian duniawi. Exam mid sem bagi subjek “killer” Engineering Material. Subjek ini dikatakan antara “killer subject” dalam sukatan pengajian kejuruteraan UIA kecuali mereka yang majoring dalam communication dan computer. Setelah mendengar desas-desus betapa “bisa”nya subjek, aku telah mengambil beberapa pre-caution step sebelum aku nekad untuk mengambilnya dalam sem pendek ini. Walaupun dikatakan “killer subject” oleh senior, tapi seingat aku tak pernah ada orang mati atau cuba membunuh diri setelah mengambil course ini. Mungkin peratus kelulusan yang rendah (hampir separuh kelas wajib gagal!), dan kebanyakan yang lepas pun setelah mengulang dua tiga kali, menjadi antara faktor mengapa subjek ini di’senaraihitam’kan.
Mujur semester ini Bro Hanafi yang mengajar course ini. Pemuda tempatan kacak lepasan dari universiti Jepun dan rasa-rasa aku masih lagi bujang. Walaupun tutur Englishnya broken namun aku masih faham apa yang cuba disampaikannya tapi kekadang penat juga otak ini nak mengekstraknya. Kagum aku dengan inisiatifnya cuba untuk mengingat nama anak-anak muridnya [kecuali aku, biasala low profile :-) ]. Antara perkara yang jarang dilakukan oleh pensyarah lain. Kita kena ingat, bagi sesuatu ilmu itu hendak disampaikan bukan sekadar perhubungan biasa antara guru dan murid, tapi lebih kepada perhubungan hati antara murabbi dan mad’unya. Barulah ilmu yang disampaikan efisyen. Inilah cara yang diamalkan di sekolah pondok sekarang ni dan bagaimana ulama besar dahulu menuntut ilmu. Mereka akan sama-sama hidup dan tinggal bersama guru masing-masing. Ingat lagi aku antara ayat yang dituturkan dalam kelas pertama kami dahulu, “I will try to pass you all this semester”. Entahlah mungkin nak menyedapkan hati kami atau hanya lawak sandiwara. Kita tunggu dan lihat...
Tapi apa tujuan aku belajar ni? Bukan setakat nak lulus sahaja atau nak kejar pointer tapi yang penting ialah ‘for the sake of Allah’. Teringat lagi khutbah Jumaat hari ini yang disampaikan oleh Bro Abd Rahim Greene. Pendakwah mualaf dari UK. Salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila seorang Muslim mencari ilmu bukan kerana Allah tapi untuk mengumpul harta, mendapat kedudukan yang baik dan dihormati orang.... Begitulah lebih kurang terjemahannya ikut pemahaman aku. Terasa menusuk menikam ke hati ini memaksa diri ini memuhasabahkan semula diri. Di mana tingkat aku disisi Allah?



alone at 11:36 AM


Wednesday, April 14, 2004


Tangisan ibu di bumi Palestin……
Takkan kering selagi darah syuhada terus membasahi
Bumi kontang lantaran kerakusan syaitan berwajah manusia
Anak-anak kecil merengek, anak gadis merayu, anak watan bertakbir...antara sayup kedengaran gempita senjata
Takkan goyahnya iman walaupun kesempitan, takkan punah akidah walaupun keperitan….
Demi tanah suci, tekad perjuangan takkan padam oleh api kejelikan….
Namun, kami disini juga pasrah, redha meskipun pahit kerana kami yakin janji Tuhan pasti tiba…
Tidak sekelumit pun beralih arah perjuangan ini selagi nyawa masih bersatu dalam darah, roh masih mengalir dalam urat, iman masih sebati dalam jiwa.
Ingin saja ku nyatakan pada semua, bahawa kita semua bersalah…berdosa kerana yang punya kuasa tiada usaha mencegah…yang punya daya tidak mampu menghalang…yang hanya pasrah tidak betah berdoa.
“Wahai pejuang agung…tetapkanlah langkahmu…jgn sekali-kali tumbang dek badai keraguan…keraguan yang hanya menimbulkan kekalutan…”

-mkhair-
Palestinian Week 13-19 Apr 2004


alone at 11:51 AM


Saturday, April 10, 2004


10 Apr. 04

20 Safar.

Salam khair....

Aku ada meeting jam 7.15 pagi di warung roti canai. Memang pelik bagi sesetengah orang meeting awal-awal pagi tapi itulah aku. Meeting bersama akh Aidil selalunya dalam waktu begini kerana saat inilah kami available. Ye la masing-masing sibuk. Kali ini aku ditemani Musra, bukan Din seperti selalunya. Refreshment seperti biasa roti canai dan teh panas. Dan seperti biasa juga akh Aidil yang bayar:0. Syukur Alhamdulillah.

Setelah kenyang dengan rezeki yang diberi oleh-ya, pulang ke kampus aku ada game bola dengan ikhwah QYC. Sesaja turun setelah sekNian lama kaki ini tak menyepak bola dan kepala ini tak menanduk bola. Aku jadi kurang aktif dalam permainan ini setelah boot kesayangan aku hilang dulu. Aku mesti beli boot baru (duit lagi...). Pinjam boot dari member dan main sampai kaki melecet. Pergh....pancit aku. Natijahnya, petangnya aku tidur dengan nyenyak sekali. Penat sungguh.


Praktis lidah

Praktis lidah anda.
Sesuai bagi mereka yang ingin menajamkan skill public speaking. Sila baca dengan kuat dan pastikan tiada sesiapa di kiri dan kanan anda. Kalau tidak anda akan dicop sebagai orang gila.

copot cahabat ciput
Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil caricengkerik.
ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.
Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.
cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.
cahaye cerah cube culik copot.
ciput cangat cuak.
ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot.
copot cangat cuak came.
ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi.
ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot.
ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...".
copot cambung cakap, "copot cudah cenyap...ciput cenyap camelah...".
celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot.
ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow.
copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...".
ciput cenyum cambil chow came copot...cekian.


**cerita di atas tiada kaitan dengan mana-mana insan. Rekaan dan imaginasi semata-mata**

p/s: harap tidak tergeliat lidah anda. Teruskan praktis lidah anda dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Pasti berkat hidup.




alone at 9:05 AM


Friday, April 09, 2004


9 April 2004

19 Safar

Salam khair...

Jumaat yang diberkati muncul lagi. Sejurus selepas bersarapan roti pisang dan secawan nescafe panas, aku dan Anas bergerak menghala ke pusat bandar dengan satu tujuan yang sama. Bayar Hutang.
Setelah sesat dan hanyut di tengah-tengah bandar besar ni selama dua jam. Aku sebagai driver dan co-pilotnya Anas yang sama-sama asing di tempat ini. Seorang Penang mari dan sorang lagi Kedah mai. Mujur naik motor (penghargaan kepada Halis dan Yamaha SSTwo-nya), boleh gak cilok-mencilok sampai lenguh jari bermain dengan klaac. Akhirnya kami tiba di Wisma Chase Perdana setelah puas bertanya orang itu ini. Walhal rasanya kami dah lalu jalan tu berkali-kali.

Ya aku berhutang! Bukan sedikit nilainya. RM 3500. Sudah berbulan-bulan aku terima surat arahan bayaran balik dari PTPTN (kawan aku sebut PiTiPuTiEn). Tapi baru kali ini berkesempatan nak langsaikan hutang aku. Ye la nak tunggu duit hasil padi musim lepas dari ayahandaku. Tapi aku bangga kerana telah melangsaikan hutang aku dengan duit aku kumpul sendiri (ayahanda sponsor RM 500 je). Tak le menyusahkan abah sangat. Dan aku juga bangga kali kedua sebab dah selesaikan hutang aku sekaligus. Sengaja aku bayar sekaligus tidak seperti rakanku yang lain yang bayar separuh dulu. Sementara simpanan tengah ada, dan yang paling penting sementara aku masih hidup ni. Ajal entah bila. Tak sempat kang...naya je. Kini simpanan aku dah susut, kenalah berdikit-dikit menabung balik. Ingatkan boleh buat kenduri hujung tahun ni... eheh..he . Nampaknya anti kena tunggu lagi la....

Dalam dok cakap tak dak duit tu..sempat lagi aku singgah Mydin. Borong minyak attar. Nasib baik Anas sudi nak share. Kalau tidak jenuh aku nak habiskan lapan botol. Akulah insan yang terwangi di muka bumi...


alone at 9:04 AM


Wednesday, April 07, 2004


7 April 2004

17 Safar

Tanggal hari ini menurut perkiraan kalendar tahun Gregori, genaplah umur yang ke-21, dua orang insan yang kukenal Semoga Allah melimpahkan rahmat dan sentiasa di bawah lindungan redha-Nya senantiasa. Maaf teman! Aku tak dapat nak bagi hadiah sepertimana yang lepas. Tapi aku ada “sesuatu” yang lebih bernilai yang dapat kuberikan.... Apa itu??

[Doa yang ikhlas daripada seorang kawan kepada seorang sahabat]

Hanya itu yang dapat ku berikan.... Harapan agar dua orang sahabatku ini panjang umur, dipermurahkan rezeki dan berjaya di dunia ini dan akhirat. Amin.

Zum Gebürtstag viel Glück, Khairi und Amal!!!

Lahir satu tarikh yang tidak dipinta, mati satu lahir yang tidak diduga. Adakah kita bersedia???


alone at 9:01 AM


Tuesday, April 06, 2004


6 April 2004

16 Safar

Pagi ini bulan mengambang penuh masih lagi bersisa terangnya tatkala matahari merangkak-rangkak memanjat langit bumi. Dan pada kesamaran pagi ini juga dua insan meredah kedinginan pagi dengan satu misi. Berkudakan “Comel™” dan berperisaikan beg sandang, Frodo ‘khair’ dan Sam ‘din’, sama-sama memacu satu tunggangan menuju ke arah ibu kota meredah segala ranjau kesesakan dengan satu matlamat agung.....

---- message truncated -----

[don’t worry...mission accomplished]


alone at 8:50 AM


Monday, April 05, 2004


5 April 2004
15 Safar
Siri ber’sms’ dengan aku....

Message I

Salam, jika anda x tahu apa nak buat spj cuti ni, suka mengenali orang, tempat orang & buday mereka, sukakan xtvt lasak & suasan mencabar! Anda mmg layak sertai Kersani Training Centre sebagai fasi. Semua fasi ditanggung makan & tempat tinggal selam mana mereka mahu. Pls reply jika ingin join,JOM!

Ana berminat tapi bila tu? ana tgh amik sem pendek kat sini. Ana try adjust jadual ana...

Akhi boleh tinggal seberapa lama yang akhi mahu & blh join anitime sepanjang cuti ni. Kersani mahukan fasi sukarelawan,so x de gaji. Tapi makan, tempat tinggal & lain2 ditanggung beres. Peluang nak dpttkan pengalaman disamping islahkan diri, jom rebut peluang keemasan ini!:-)

----no reply-----

Ada beberapa org lagi yg akn ikut. Just be prepared, ana akan hantar enta & the rest ke segamat utk kenalkan pihak kersani on any weekend. Tunggu infonya!:-)

----- roger & out ------

Syukur dapat tawaran ni sementara diri tengah gersang dengan aktiviti sebegini. Sewaktu menuntu di matrik UIA dulu aku memang ligat dalam program sebegini. Sebagai “acting” President untuk salah sebuah kelab kaunseling yang terkemuka di matrik dulu, GCC [Guidance & Counselling Club], memang memberi pengalaman manis untuk aku terjun ke dalam masyarakat. Teringat kali terakhir aku aktif dengan program kemasyrakatan ini sewaktu program untuk budak UPSR kat ATPN. Waktu tu aku dah “retired” dalam industri ini tetapi sebagai mantan president dan senior aku turut dipanggil. Hampir tergelak aku mengenangkan keletah mereka dengan memanggil aku sebagai “ustaz”. Mungkin memandangkan kopiah putih yang tersergam di kepala aku waktu itu aku mendapat gelaran tu.

Kini sudah hampir setahun aku bersara dari arena ini. Kekadang jiwa seperti kosong...tak bermotivasi. Teringat lagi akan teman-teman seperjuangan dahulu... ukhuwah antara kami sehingga kini masih kuat.... Bang din, robot, harith&van, Syaraffudin, Salehudin Wadi, Zuraimi, Radzi, Ashraf, kak Oyun & Roslan UPM, kak Rabi, Tia, azimah, ummi, aisyaf, huda, Yati, aini, azian, norhayati, solha dll. Bersama-sama mereka inilah aku mengenali hakikat hidup, mengenali dunia yang selama ini naif bagi aku, menegaskan lagi erti syukur dalam diri serta bersusah payah tetapi natijahnya membanggakan....


alone at 10:24 AM


Sunday, April 04, 2004


4 April 2004
14 Safar

Salam Khair...

Sekadar berkongsi ilmu yang ada....

Suatu hari dalam satu majlis ilmu, Imam al Ghazali tokoh teragung Islam telah berdialog dengan murid-muridnya….
Imam Al-Ghazali : Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid- murid: Ibu bapa, adik- beradik, guru, kengkawan.
Imam Al-Ghazali : Benar! Jawapan kamu semua betul belaka. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah “mati”. Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 185, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.

Imam Al-Ghazali: Tayyib! Soalan kedua. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
Murid- murid: Emm.. Negara China, bulan, matahari, bintang-bintang.
Imam Al-Ghazali : Benar! Jawapan kamu semua betul belaka. Tetapi jawapan yang paling tepat ialah “masa lalu”.
Murid-murid: Mengapa kamu berkata demikian, ya ustaz…
Imam Al-Ghazali : Wahai anakku… Bagaimanapun kita, sehebat manapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan mampu kembali ke ‘masa lalu’. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Imam Al-Ghazali: Ok.. seterusnya. Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid-murid: Gunung, bumi, matahari…
Imam Al-Ghazali: Benar! Jawapan kamu betul belaka. Tetapi yang paling besar sekali di dunia ini ialah “nafsu”. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Imam al-Ghazali: Soalan seterusnya… Apa yang paling berat di dunia ini?
Murid-murid: Besi, gajah…
Imam Al-Ghazali: Jawapan kamu semua hampir benar. Namun, yang paling berat adalah “memegang amanah”. Sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Ahzab:72. “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Makhluk Allah yang lebih hebat daripada manusia seperti langit, bumi dan gunung-ganang pun tidak mampu untuk memikul amanah Allah sebagai khalifah di dunia ini. Namun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah, sehingga kebanyakan masuk ke neraka kerana tidak menyempurnakan amanah Allah ini dengan sempurna.

Imam Al-Ghazali: Baiklah soalan kelima…Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid-murid: Kapas, angin, debu dan dedaunan…
Imam al-Ghazali: Ya, memang benar jawapan kamu semua itu. Tetapi yang paling ringan sekali di dunia ialah “meninggalkan solat”. Gara-gara pekerjaan, gara-gara perniagaan dan lain-lain hal duniawi menyebabkan kita begitu ‘ringan’ sekali untuk meninggalkan solat.
Imam Al-Ghazali: Dan soalan yang terakhir dariku… Apakah yang paling tajam di dunia?
Murid-murid: Pedang….
Imam Al-Ghazali: Benar juga wahai muridku. Tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana dengan lidah manusia akan menyakiti hati orang lain, mengumpat, memfitnah, mengadu-domba dan seterusnya melukai perasaan saudaranya sendiri.



alone at 1:02 PM


Saturday, April 03, 2004




03 April 2004
13 Safar
Salam khair...
Hari yang baik untuk menulis dan menaip... Sebab apa? Aku punya banyak masa lapang semester ini dan juga aku bosan hari ini kerana tak ada apa2 agenda. Pagi sabtu yang cerah gemilang...tapi subuh tadi sejuknya mencengkam. Sambil dibuai angin puput dari kipas berkelajuan satu. Panorama indah kampus terhidang saujana dengan masjid gah dengan pasaknya dari jendela tingkat 4 bilik baruku ini. Di hamparan padang betul2 dibawah kolej, terdapat segerombolan insan (foreigner kukira) yang sanggup berpeluh terik bermain kriket... [india vs Pakistan kot]... betapa damainya pagi ini... Syukur Ya Allah.

Kini, semester baru menjanjikan seribu satu ‘baru’ bagiku. ‘Baru’ yang macamana sukar untuk aku tafsirkan. Mungkin hanya hanya dari luaran sahaja ‘baru’ tapi dalaman masih lagi yang lama...yang dah season. Bilik baru, roomate baru, pelajaran baru, semangat baru, baju baru, semester baru, hari baru, tahun baru, bulan baru, kerajaan pun dah baru (w/pun puak yang sama) dan memacam lagi yang baru. Pelbagai pembaharuan yang kadang-kala melemaskan kita.

Bagaimana iman aku?
Adakah aku dah memper’baru’i iman ini, hari ini?

Seringkali kita lupa kepada benda yang perlu kita tajdid selalu ini. Adakah iman aku selari dengan segala pembaharuan yang kukecapi ini. Tewas aku dengan soalan ini.

Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!!!

Lagu lama kita boleh jadikan zikir dalam pedoman hidup.


alone at 5:01 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS