Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: July 2004
Wednesday, July 07, 2004


07/07/04
19 Jamadil Awal 1425

salam khair....

Sudah minggu ketiga semester awal bermula. Segala-galanya kembali tenang seperti biasa. Tidak seperti minggu awal yang dulu, kelam-kelibut aku dibuatnya. Selesaikan urusan subjek, adjusment jadual, tercari-cari venue, dll. Aku kini seperti budak Econs. Setiap hari aku ada kelas kat Econs dan kena menapak maraton kuliyyah Engin-Econs. Bahana 20.5 credit hour sudah terasa. Benar-benar mencanai minda dan memerah keringat aku.

Dua subjek Economics yang aku ambil semester ini benar-benar menyelesakan aku. Tak perlu aku fikir lab report, tutorial class dan assignment yang dateline nya seminggu. Bagi satu subjek core course Engin aku kena mengadap 3 orang yang berlainan. Lecturer, Lab Instructor dan Tutor. Subjek Organizational Behavior yang aku tengah belajar sekarang [pastinya aku hanya mengadap sorang lecturer tu je] memang menarik bagi aku. Aku dibawa persepsi baru dalam pendekatan pembelajaran aku. Selama ini kami budak Engineering sibuk didedahkan ilmu bagaimana nak ‘deal’ dengan objek kaku, mengkaji sifat bahan, mengira daya ketahanan dan menerokai pergerakan statik dan dinamik bahan serta bermesra dengan mesin jentera. Tapi dengan subjek OB ini aku belajar mengenal diri aku sendiri dan makhluk yang sama spesis dengan aku. Aku kali ini belajar bagaimana nak ‘deal’ dengan makhluk yang bernyawa pulak.

Tadi lecturer, Dr Arif Hasan buat personality test bagi setiap student. Aku tak terkecuali. Ujian yang mudah tapi besar significantnya bagi aku yang biasa dengan ‘tensile strength test of material’. Menurut keputusan test tu aku dikatakan seorang yang quiet, well-organized, thoroughness dan ntah apa-apa lagi. Aku tanya kat Dr.warga India nih, “Is it this test is proven?”. He says that this is a well-known test and used widely in corporate area. Entah betul, entah tidak apa yang dipredict tentang aku, only I and God know.


alone at 10:31 AM


Sunday, July 04, 2004


04/07/2003

Ahad: 9 pagi.

EUROIAM 2004
Ahad: 9 pagi
Malaysia VS Indonesia.

Malaysia menang 8-5. aku bermain untuk team Malaysia. Terpaksa keluar awal kerana ‘injured’. Lagipun malamnya ada game lagi..



EURO 2004
Ahad malamnya: 2.30 pagi
Portugal VS Greece.

Portugal kalah satu jaringan tak berbalas. Mungkin sebab aku tak dimasukkan bermain sebab ‘injured’ ni kot. Hanya mampu terbaring atas katil. Tidor. :-)


alone at 10:13 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS