Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: November 2003
Tuesday, November 04, 2003


4 November 2003....7.09 am

Alhamdulillah segala pujian bagi Tuhan Semesta Alam, Allahu Rabbi. Diberi lagi kesempatan kepada diri ini untuk hidup sehari lagi pada hari ini di semester baru ini. Kini bermulalah perjuangan baru bagi diriku. Semester baru bermula dalam bulan penuh kerahmatan ini. Bulan Ramadan al-mubarak. Membuka episod dan lembaran baru dengan meninggalkan lipatan semalam yang kelam mengharapkan pengakhiran yang gemilang.

Aku tak akan ulang lagi kealpaan dan kelalaian silam. Azamku semester baru ini agar lebih berhati-hati dengan pujukan syaitan dan belaian nafsu. Work hard from beginning. Tak mahu kesalan lama berulang. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini.

Syukur Ya Allah… Kau telah perkenankan doaku. Result semester lepas tidaklah sangat mengecewakan aku. Walaupun ada perlu diperbaiki lagi. Sebenarnya jangkaan aku lebih teruk result exam. Sama sekali meleset. Meskipun pointer tidak melebihi 3.5 namun aku tyetap bersyukur kerana ini adalah keajaiban dari usahaku yang luar biasa.


alone at 4:47 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS