Saturday, October 11, 2003
11 oktober2003
Salam khair…
Hari ini…? Mengapa hari ini…? Mengapa hari ini baru aku bermula…? Ya…mengapa ya baru hari ini aku memulakan apa yang sepatutnya aku mulakan sejak sekian dahulu. Mengapa hari ini yang aku pilih untuk merasmikan permulaan weblog aku ini. Sebetulnya aku patut mula menulis sejak dari 5 bulan lalu apabila mula diperkenalkan oleh teman.
Aha... hari ini 11 oktober bersamaan 15 Syaaban. Hari yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam yang mengetahui akan keagungannya. Hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun yang lepas diangkat naik kelangit dan diganti dengan buku catatan amalan yang baru. Ingin aku buka buku catatan amalan aku ini selaras dgn 1st entry weblog aku ini.
Segala catatan amalan aku selam setahun selepas ini akan berterusan dicatat oleh Raqib dan ‘Atid tanpa rasa keluh dan kesah. Dan selama ini juga, InsyaAllah dengan izin kuasaNya aku sendiri akan menjadikan medan ini untuk memuhasabah sendiri diri ini yang semestinya akan alpa dan lalai. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini agar beristiqamah.