Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: <strong>Mukadimah</strong>
Saturday, October 11, 2003


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Entah bagaimana hendak aku mulakan…. Sekadar pengenalan kepada permulaan yang pasti berakhiran.
Bagaimana aku boleh terjebak dlm dunia weblog ni ya? Sebetulnya aku diperkenalkan tentang dunia ini oleh seorang teman yang menjemput aku agar menelurusi weblognya. 1st impression aku tentang dunia ini amat pesimis. Telahan yang aku buat apa gunanya membuka pekung didada mewar-warkan kepada dunia segala isi perut kita seadanya. (mungkin entry weblog teman ini menyelit hal-hal orang perempuan yang tak manis dibaca oleh kaum adam ni). Semerta aku layangkan emel kepadanya menempelak tindakannya yang sama sekali menghilangkan nilai privasi hidupnya. Juga mendedahkan rahsia fitrah diri sendiri. Dibalasnya berjanji akan cuba mengawal tulisannya. Syukur Alhamdulillah.

Meskipun begitu aku tidak muak dan serik untuk terus menyelak catatan demi catatan weblog penulis amatur yang lain. Menarik dan mengagumkan. Luahan perasaan tanpa batasan. Tanpa bimbang dan ragu. Seolah apa yang bermain di fikiran terzahir atas skrin. Kekadang aku tertawa dan turut sedih seolah-olah turut sama merasai. Ketika saat itu, aku berdialog dgn diri aku sendiri. Apa kata kalau aku sendiri merakamkan apa yang ada benak ini…apa yang terbuku di sanubari. Asyik-asyik menjengah kehidupan dan catatan org lain je. Eh..eh tak malu. Lupakan niat hang tu. Hidup hang tu tak sebaguih mana. Tak elok nak buat iktibar org lain. Ya…mmg benar. Aku menurut.

Namun segala persepsi aku berputar 180 darjah setelah aku menelaah weblog TOK RIMAU, MAT JAN dan juga BLUEHIKARI. Terima kasih kepada din yang memperkenalkan penangan mereka ini. Baru aku tahu dan faham apa erti sebenar dunia buangan ini. Dunia ini tempat berkumpulnya ulama, tokoh sejarah, negarawan, pengarah filem, menteri, sasterawan negara, guard, orang gila, waiter, penggilap kasut, dan lain-lain lagi. Golongan ini dalam sekelip mata boleh berubah watak menjadi imaginasi mereka dan melaporkan dunia mengikut kaca mata mereka dan mengkritik sesedap hati tanpa takut ditahan ISA, diserbu POLIS dan diblacklist JPJ. Gaya penulisan bersahaja tapi cukup menikam kalbu bagi yang berkenaan diselit dgn humor yg kekadang memerlukan penafsiran berat oleh serebrum kiri dan kanan dengan bantuan medula oblongata. Benar sekali kata teman itu bahawa sesuatu yang kita sampaikan secara tak sedar kekadang boleh menikam kalbu. Aha…ini yang aku mahu. Dunia tanpa sempadan yang yang tak punya perasaan yang bisa menerima apayang bakal aku luahkan. Tak seperti manusia, yang kekadang memerlukan filter dan juga payung bagi menapis dari apa yang tak sepatutnya. Peperangan psikologi dan percaturan perasaan amat perlu bagi menjaga ukhuwah agar apa yang diluah tidak menyinggung pihak yang lain. Tapi dialam maya ini bebas dan lepas…



alone at 4:31 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS