Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: <strong>xpdc solo</strong>
Thursday, October 16, 2003


16 oktober

Salam khair…

Ingin kucoretlan disini pengenbaraan sehari aku ke kl sorang2. Aku namakan xpdc aku ni sbg ‘from mergong to kl alone’. Ehehh

Xpdc aku bermula pada kelam hari 13 oktober dgn menaiki bas ekspres yang tak tahu jenama apa pada detik 11.30mlm dr Shahab Perdana. Mujur dpt seat single…tak perlu risau andai kepala terlentok atas bahu orang lain@ ayaq liur meleleh menyiram daerah asing. Ingin ku layan perasaan mlm tu dgn kaset UNIC adik aku punya tp aku tak berupaya melawan fitrah alam. Tak sampai 1/18 perjalanan aku dah lentok. Sesekali tersedar apabila kepala dah melebihi had kenyal lentokannya. Syukur seawall 5.15 pg ku selamat tiba di Pudu.

Terus kaki ini melangkah ke Masjid Jamek. Masjid kegemaran perantau sepi seperti aku di tgh kota ini. Sempat juga kutunaikan solat hajat sementara menanti bergemanya azan subuh agar dipermudahkan urusan aku sepanjang hari ini. Moga tiada bencana yang berlaku di permusafiran aku ini dan selamat aku tiba dipangkuan keluarge tercinta nanti.

Subuh kutunaikan secara berjemaah. Dah lama tak berjemaah sejak aku pulang kerumah. Bukannya tak mahu tapi tak berkesempatan. Lagipun kat rumah godaannya kuat. Kalau di kampus sudah terbiasa bagi aku berjemaah subuh dan kekadang kutidur saja di masjid spy dpt berjemaah.

Seusai salam. Dgn doa ala kadar, kubangun mengatur langkah menuju ke stesen bas. Dalam hati berkira2 sama ada harus ku naik PUTRA LRT atau bas…
+ nak naik bas ke LRT?
- ala naik LRT la cepat skit.
+ tapi mahal la…lgpun nak tunggu feeder bas kat stesen putra gombaj nanti lambat.
- naik bas pun lambat jugak walaupun murah. Hang tu dah lambat. Pukul 9 ada appoinment.
+ argh! Tak kira aku nak naik bas juga murah dan jimat

(cuba bermonolog sbg kisah Mazil dlm Enrique-Mengundang Jauh karya Dr HM Tuah Iskandar) 

Kuturutkan kata hati majority yang menguasai diri. Nah aku tersilap pilihan. Sepatutnya ku ambil kira factor time pepagi ni bebudak pasti penuh bas nak kesekolah dan org nak pergi kerja. Tapi, kesalan aku ni reda apabila aku telah berbuat amal seawall pagi ini, kuberikan tempat dudukku kepada seorang makcik yang lebih berhak yang kukira nak ke tempat kerja. Walaupun penat dan lenguh berdiri. Namun hatuku puas lapang.
Kisah lucu yang pertama aku alami…beg INTELLI yang kusandang dibahu kiri turut terbuai-buai mengikut lenggok bas. Alkisahnya beg aku terbuai dgn gatalnya beg ini ‘tersentuh’ bumper sorang akak tu. Aku pun tak sedar sehingga akak yang berada di sayap kiri aku ni menolah semacam ke arah aku dan terus pandangannya terarah ke beg aku dan kembali menolae kedepan. Mulanya ku dpat tangkap apa yang dimaksudkan dgn pandangan akak tu. Mungkin berkenan dgn beg yg baru aku beli ni kot. Dan akhirnya aku tersenyum sendirian menangkap maksud. Mujur tangan aku kedua-dua memegang palang di bmbung bas pada saat dan ketika beg gatal aku ni melakukan dosa. Kalau tidak lagilah aku dicop GS -‘Gila Seks’. Minta simpang la….

Sesampai di kampus baru 7.30 pg. Masih awal dan pejabat kolej kupasti belum buka. Akhirnya aku ambil keputusan untuk mencuba kepakaran jahat yang aku pelajari dr teman2. puas diajar oleh teman bagaimana hendak membuka pintu menggunakan kad ala McGyver. Namun tak pernah aku lulus sehingga teman mengatakan aku ni taj berbakat nak jadi org jahat. Oh..ye ke mmg itu bukan cita-cataku…eheh. Tapi kali ini aku tak kira, apa pun terjadi aku kena berlagak pencuri sebentar. Seorang pencuri yang cuba merombak rumahnya sendiri. Begitulah situasi aku sekarang. Kalau tak terkenangkan diari aku dan kad appoinmnt aku yang tertinggal dlm loker sedari cuti tu mmg tak perlu aku bersusah payah begini.
Rabbi Yasir wala tua’sir Ya Karim.


alone at 4:46 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS