Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: December 2003
Tuesday, December 02, 2003


02 disember 2003
Salam khair....

Syukur hari ini bermula seawal 4 pagi. Seusai bersihkan diri, tubuh berdiri mengadap Ilahi, sujud menyembah tanda hina. Mengharapkan secebis keampunan dan pengharapan agar dipandu diri ke jalan yang lurus serta pengharapan yang besar bagi diri tapi kecil disisi Yang Maha Agung. Pengharapan agar diri ini bisa melayarkan hidup ini dgn yang terbaik...mempunyai keluarga bahagia, anak2 soleh dan solehah yang akan mendoakan kesejahteraan diri ini, isteri budiman yang bakal berkongsi duka lara, susah senang sama2 membentuk generasi pemangkin umat....menjadi insan yang berjaya dunia akhirat....dilapangkan hati, diluaskan fikiran agar mudah mencedok seberkas ilmu buat bekalan....kesejahteraan umat saudara setauhid di Palestin, Afghanistan dll. Ah...banyak benar yang aku pohon tanda betapa lemahnya diri ini. Makbulkah doaku sementelahan diri insan yang banyak dosa....buta hati. Hanya engkau Ya Allah mampu menilainya....

Takkan kujemu merintih-rintih, meminta-minta dari-Mu kerana ku tahu Kau tak akan menghampakan diri ini.....

Tatkala waktu menginjak subuh, hujan masih rintik menyirami bumi UIA ini. Niat handak ke masjid terbantut. Sekadar berjemaah di surau meredah kedinginan pagi. Syukur masih lagi diberi peluang oleh Ilahi untuk bersua dgn pagi ini dan diberi kudrat utk beribadah kepadaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang.

Buku menjadi bantal sementara menunggu hari cerah utk ke kelas. Tergesa-gesa berjalan ke kuliah melalui ‘long cut’ utk mengelak basah hujan rintik. Tibanya masih awal kerana brothers masih lg belum sampai. Awal la konon.

Petang sesudah zohor sempat ke workshop menyudahkan workpiece yang tertangguh. Buat milling dgn ikraam. Penat dgn workshop…balik beradu sampai hampir gelap… solat asar gajah. Berbuka puasa kat bilik dgn lauk beli kat Uthman café dan nasi masak sendiri.


alone at 4:51 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS