Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: <::Enam Persoalan Hidup::>
Sunday, April 04, 2004


4 April 2004
14 Safar

Salam Khair...

Sekadar berkongsi ilmu yang ada....

Suatu hari dalam satu majlis ilmu, Imam al Ghazali tokoh teragung Islam telah berdialog dengan murid-muridnya….
Imam Al-Ghazali : Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid- murid: Ibu bapa, adik- beradik, guru, kengkawan.
Imam Al-Ghazali : Benar! Jawapan kamu semua betul belaka. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah “mati”. Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 185, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.

Imam Al-Ghazali: Tayyib! Soalan kedua. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
Murid- murid: Emm.. Negara China, bulan, matahari, bintang-bintang.
Imam Al-Ghazali : Benar! Jawapan kamu semua betul belaka. Tetapi jawapan yang paling tepat ialah “masa lalu”.
Murid-murid: Mengapa kamu berkata demikian, ya ustaz…
Imam Al-Ghazali : Wahai anakku… Bagaimanapun kita, sehebat manapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan mampu kembali ke ‘masa lalu’. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Imam Al-Ghazali: Ok.. seterusnya. Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid-murid: Gunung, bumi, matahari…
Imam Al-Ghazali: Benar! Jawapan kamu betul belaka. Tetapi yang paling besar sekali di dunia ini ialah “nafsu”. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Imam al-Ghazali: Soalan seterusnya… Apa yang paling berat di dunia ini?
Murid-murid: Besi, gajah…
Imam Al-Ghazali: Jawapan kamu semua hampir benar. Namun, yang paling berat adalah “memegang amanah”. Sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Ahzab:72. “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Makhluk Allah yang lebih hebat daripada manusia seperti langit, bumi dan gunung-ganang pun tidak mampu untuk memikul amanah Allah sebagai khalifah di dunia ini. Namun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah, sehingga kebanyakan masuk ke neraka kerana tidak menyempurnakan amanah Allah ini dengan sempurna.

Imam Al-Ghazali: Baiklah soalan kelima…Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid-murid: Kapas, angin, debu dan dedaunan…
Imam al-Ghazali: Ya, memang benar jawapan kamu semua itu. Tetapi yang paling ringan sekali di dunia ialah “meninggalkan solat”. Gara-gara pekerjaan, gara-gara perniagaan dan lain-lain hal duniawi menyebabkan kita begitu ‘ringan’ sekali untuk meninggalkan solat.
Imam Al-Ghazali: Dan soalan yang terakhir dariku… Apakah yang paling tajam di dunia?
Murid-murid: Pedang….
Imam Al-Ghazali: Benar juga wahai muridku. Tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana dengan lidah manusia akan menyakiti hati orang lain, mengumpat, memfitnah, mengadu-domba dan seterusnya melukai perasaan saudaranya sendiri.



alone at 1:02 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS