Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: Belajar....
Saturday, April 17, 2004


17 April
27 Safar
Salam khair...
Didoakan kepada diri aku sendiri. Semoga sihat wala’fiat dan kuat untuk meneruskan perjuangan.
Syukur semalam aku telah selesai mengharungi satu ujian duniawi. Exam mid sem bagi subjek “killer” Engineering Material. Subjek ini dikatakan antara “killer subject” dalam sukatan pengajian kejuruteraan UIA kecuali mereka yang majoring dalam communication dan computer. Setelah mendengar desas-desus betapa “bisa”nya subjek, aku telah mengambil beberapa pre-caution step sebelum aku nekad untuk mengambilnya dalam sem pendek ini. Walaupun dikatakan “killer subject” oleh senior, tapi seingat aku tak pernah ada orang mati atau cuba membunuh diri setelah mengambil course ini. Mungkin peratus kelulusan yang rendah (hampir separuh kelas wajib gagal!), dan kebanyakan yang lepas pun setelah mengulang dua tiga kali, menjadi antara faktor mengapa subjek ini di’senaraihitam’kan.
Mujur semester ini Bro Hanafi yang mengajar course ini. Pemuda tempatan kacak lepasan dari universiti Jepun dan rasa-rasa aku masih lagi bujang. Walaupun tutur Englishnya broken namun aku masih faham apa yang cuba disampaikannya tapi kekadang penat juga otak ini nak mengekstraknya. Kagum aku dengan inisiatifnya cuba untuk mengingat nama anak-anak muridnya [kecuali aku, biasala low profile :-) ]. Antara perkara yang jarang dilakukan oleh pensyarah lain. Kita kena ingat, bagi sesuatu ilmu itu hendak disampaikan bukan sekadar perhubungan biasa antara guru dan murid, tapi lebih kepada perhubungan hati antara murabbi dan mad’unya. Barulah ilmu yang disampaikan efisyen. Inilah cara yang diamalkan di sekolah pondok sekarang ni dan bagaimana ulama besar dahulu menuntut ilmu. Mereka akan sama-sama hidup dan tinggal bersama guru masing-masing. Ingat lagi aku antara ayat yang dituturkan dalam kelas pertama kami dahulu, “I will try to pass you all this semester”. Entahlah mungkin nak menyedapkan hati kami atau hanya lawak sandiwara. Kita tunggu dan lihat...
Tapi apa tujuan aku belajar ni? Bukan setakat nak lulus sahaja atau nak kejar pointer tapi yang penting ialah ‘for the sake of Allah’. Teringat lagi khutbah Jumaat hari ini yang disampaikan oleh Bro Abd Rahim Greene. Pendakwah mualaf dari UK. Salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila seorang Muslim mencari ilmu bukan kerana Allah tapi untuk mengumpul harta, mendapat kedudukan yang baik dan dihormati orang.... Begitulah lebih kurang terjemahannya ikut pemahaman aku. Terasa menusuk menikam ke hati ini memaksa diri ini memuhasabahkan semula diri. Di mana tingkat aku disisi Allah?



alone at 11:36 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS