Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: ::hutang::
Friday, April 09, 2004


9 April 2004

19 Safar

Salam khair...

Jumaat yang diberkati muncul lagi. Sejurus selepas bersarapan roti pisang dan secawan nescafe panas, aku dan Anas bergerak menghala ke pusat bandar dengan satu tujuan yang sama. Bayar Hutang.
Setelah sesat dan hanyut di tengah-tengah bandar besar ni selama dua jam. Aku sebagai driver dan co-pilotnya Anas yang sama-sama asing di tempat ini. Seorang Penang mari dan sorang lagi Kedah mai. Mujur naik motor (penghargaan kepada Halis dan Yamaha SSTwo-nya), boleh gak cilok-mencilok sampai lenguh jari bermain dengan klaac. Akhirnya kami tiba di Wisma Chase Perdana setelah puas bertanya orang itu ini. Walhal rasanya kami dah lalu jalan tu berkali-kali.

Ya aku berhutang! Bukan sedikit nilainya. RM 3500. Sudah berbulan-bulan aku terima surat arahan bayaran balik dari PTPTN (kawan aku sebut PiTiPuTiEn). Tapi baru kali ini berkesempatan nak langsaikan hutang aku. Ye la nak tunggu duit hasil padi musim lepas dari ayahandaku. Tapi aku bangga kerana telah melangsaikan hutang aku dengan duit aku kumpul sendiri (ayahanda sponsor RM 500 je). Tak le menyusahkan abah sangat. Dan aku juga bangga kali kedua sebab dah selesaikan hutang aku sekaligus. Sengaja aku bayar sekaligus tidak seperti rakanku yang lain yang bayar separuh dulu. Sementara simpanan tengah ada, dan yang paling penting sementara aku masih hidup ni. Ajal entah bila. Tak sempat kang...naya je. Kini simpanan aku dah susut, kenalah berdikit-dikit menabung balik. Ingatkan boleh buat kenduri hujung tahun ni... eheh..he . Nampaknya anti kena tunggu lagi la....

Dalam dok cakap tak dak duit tu..sempat lagi aku singgah Mydin. Borong minyak attar. Nasib baik Anas sudi nak share. Kalau tidak jenuh aku nak habiskan lapan botol. Akulah insan yang terwangi di muka bumi...


alone at 9:04 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS