Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: <strong>jalan jalan cari makan....</strong>
Sunday, April 18, 2004


18 April 04
28 Safar
Salam khair....

Raudatus Sakinah menjadi destinasi hujung minggu aku kali ini. Tempat yang menempatkan insan yang terbuang yang terlalu hanyut mengikut belaian nafsu suatu ketika dahulu. Kini dengan harapan baru mereka cuba mencari sedikit ruang di celah-celah masyarakat yang terlalu cepat menghukum tanpa budi bicara. Pusat pemulihan gadis-gadis yang terlanjur ini menjadi perlindungan mereka ketika dunia memandang dengan sebelah mata tapi Allah memandang mereka dengan cahaya rahmat-Nya kerana pintu taubat-Nya masih lagi terbuka.

Aku dan ikhwah yang lain mengenderai dua kereta seawal 8 pagi menuju ke tempatnya terletak di celah-celah perkampungan di pinggir Sg. Buluh. Niat kami yang suci ini (bukan nak cari jodoh, jgn salah sangka pulak!) datang dari jauh membawa perkhabaran bahawa mereka bukanlah orang yang terasing. Ingatkan kami masih lagi awal, rupanya pakcik2 dan makcik2 telah terlebih dahulu siap sedia untuk memulakan program kami. Apa itu??? GOTONG ROYONG

Sepatutnya aku lebih alert dengan kalimah “gotong royong” dan perlu tahu apa dress code yang sesuai untuk “majlis” ini. Aku dengan berkemeja melayu dengan slack dan sepatu serlum pada awalnya sebelum bertolak dengan lawaknya berkata kepada salah seorang ikhwah, “Akob, anta nak pi main bola ke?”. Dia membalas dengan senyuman sinis yang pada awalnya aku tak faham maksudnya.

Setelah berpeluh berjurai membasahi kemeja aku mengerjakan batang pokok, barulah aku faham senyuman sinisnya awalnya. Mujur haarith sudi meminjamkan t-shirtnya. Taklah aku jadi peladang contoh. Kami ikhwah dan pakcik2 dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan berkebun, menebang pokok dan BBQ. Manakala dan akhawat dan makcik2 aku tak tahu apa yang depa buat dalam rumah tu. Itu hal orang pompuan. Aku tak amik tau. Yang aku tahu pokok sebesar lilit pinggang aku ni mesti ditumbangkan.

Bro Sany, lecturer Static aku sempat mempraktikkan ilmu fizik yang dia ajar untuk menumbangkan pokok dengan hanya menggunakan parang dan gergaji. Mujur dia tak bagi aku quiz suruh aku calculate moment dan juga force yang kami gunakan untuk menjatuhkan pokok kukuh ini. Mana nak cari calculator tengah kampung ni. Memang gila! tanpa sebarang peralatan moden kami berjaya juga akhirnya menumbangkan dua batang pokok dengan menggunakan tulang empat kerat kami. Inilah yang dikatakan semangat berjemaah. Kami aplikasikan wadah berjemaah ini kedalam satu wasilah iaitu bergotong royong. Pokok yang pada mulanya berdiri teguh kini tersungkur berada di kangkangan kaki kami. Team yang telah selesai berkebun juga turut sama membantu menumbangkan pokok yang kedua. Benda yang asalnya mustahil menjadi tidak...

Setelah penat mengerjakan pokok, ayam, sotong, sosej, ikan yang telah masih panas dibakar siap sedia untuk menjadi santapan esofagus kami yang sememangnya lahap. Aku mungkin kerana masih lagi kepnatan, tidak berupaya mengarahkan peristalsis agar bekerja dengan lebih cepat membawa makanan ke perut untuk dihadamkan. Natijahnya kami kekenyangan sebelum waktunya kerana makanan masih lagi banyak berlebihan.

Balik aku tersengguk-senguk dalam van “perjuangan” haarith. Kenyang + penat = mengantuk...


alone at 11:57 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS