Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: <strong>:::Penat tapi kuat:::</strong>
Monday, April 26, 2004


26 April 04

6 Rabiulawal 1425

Hujung minggu yang meletihkan...

Dua kali berulang alik ke Jerantut dalam masa sehari. Jarak KL – Jerantut lebih kurang 250 km. Ini bermakna aku dah travel sejauh 250 x 4 = 1000 km dalam masa 24 jam.

Sewaktu pulang dari Jerantut malam semalam, kereta Wira yang aku pandu meredah lubang dalam tepi jalan. Natijahnya rim tayar depan belakang bengkok. Hebatnya aku... padan muka. Mujur kereta tersadai kat sebelah masjid. Jam 2 pagi, mana nak cari kedai tayar buka pagi-pagi gelap begini. Tayar spare pun pancit juga. Lagipun kami ditengah-tengah perjalanan. Antara Jerantut dan KL. Jadi beriktikaflah kami kat masjid Kg Sempadan. Terletak di sempadan Bentong dan Temerloh. Haji Shah menenangkan kami, “Jangan risau mesti ada hikmah ni”. Aku yang risaukan exam Isnin malamnya dengan study pun tak habis lagi.

Kebetulan masjid tu ada jemaah tabligh turut beriktikaf kat masjid tu. Sempat la aku dengar bayan tabligh awal pagi tu. Salah seorang jemaah tabligh tu juga yang membantu kami pagi tu, pegi menukar tayar dan betulkan rim yang aku bengkokkan semalam. Sementara aku dan Akh Aidil ke kedai menukar tayar, Haji Shah sempat lagi promote bisnes dia kat Imam Masjid tu. (Bisnes apa? Rahsia atas sebab keselamatan) Dapat juga dia ajak Imam tu join bisnes dia. Mungkin ini yang dia katakan hikmah di sebalik tayar kami pancit ni :-)

Lebih kurang 10 pagi barulah kami bertolak pulang. Petang tu aku ada kelas pukul 2. Malam pula exam mid sem ECONOMICS. Terkandas lagi sebab tayar belakang pula pancit. Bersusah payah aku dan akh aidil menukar tayar belakang pulak. Rim tayar belakang pun bengkok juga. Kuat juga hentakan semalam kerana hanya daya yang betul-betul kuat yang boleh membengkokkan rim tu. Lagipun Haji Shah kata, anaknya baru tukar je rim baru tu. Mana taknya F=ma, a= acceleration. Memang aku agak laju malam tu. Ditambah dengan m=mass, berat kereta tu memang tak mustahil daya (Force) yang kena pada rim tu mampu membengkokkannya.

Perjalanan balik kami singgah kat kedai used car nak tengok bakal kereta baru Haji Shah. Harrier warna hijau. Kereta 4WD buatan Jepun. Test drive best jugak. Haji Shah negotiate harga kereta dengan manager tu macam tawar menawar beli ikan kat pasar. Akhirnya manager tu beralah dengan harga yang Haji Shah tawarkan. Berapa tu? RM 126,000. Cuba kira betul-betul ada berapa sifar kat belakang tu. Haji Shah memang berkenan dengan kereta ni sebab bukan sahaja kalernya hijau (ada makna ni..) tapi besar dan lasak. Mudah nak mengisi banyak barang dan meredah Felda kat Pahang nun nanti katanya. Haji Shah kata kat aku, “Minggu depan, anta bawak Harrier ni ke Jerantut”. Merasa juga aku naik “banglo bergerak” ni walaupun bukan aku punya. Harganya pun nak sama sebiji banglo kalau kat tempat aku, Kedah. Tak mustahil suatu hari nanti aku pun akan memilikinya satu, InsyaAllah. Sempat juga aku melawak dgn Haji Shah, “Haji, nanti terkejut Imam masjid Kg Sempadan tu, tayar pancit sikit pun, terus tukar kereta baru”.


alone at 4:34 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS