Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: <strong>Ibu Oh Ibu....</strong>
Wednesday, June 23, 2004


21 Jun 04
2 Jamadil awal 1425
Ibu Oh Ibu....

Gembiranya rasanya hati. Ibu kirimkan aku sambal ikan bilis kegemaran aku dan kuih bahulu. Walaupun cuti ini aku hanya dapat berada di rumah selama 3 hari, dengan kiriman ibu ini dapatlah sedikit sebanyak mencairkan rindu aku kat rumah. Susah payah ibu masak dan cari kuih bahulu dan kirimkan melalui Nurul, budak sekampung yang sama-sama belajar kat sini.

Terasa nak coret sesuatu pasal ibu aku. Ibu adalah wanita pertama yang bertakhta di hati ini dan pastinya buat selama-lamanya. Aku mesra dengan panggilan mak. Seorang suri rumah sepenuh masa. Ketabahannya membesarkan kami adik-beradik seramai 5 orang yang semuanya lelaki belaka yang pastinya punya pelbagai ragam dan kerenah masing-masing. Walaupun sesekali leterannya singgah di cuping telinga ini tapi irama itulah yang membentuk kami adik-beradik menjadi insan. Teringat ketika zaman kenakalan kanak-kanak aku dulu, paha ini pasti lebam dicubitnya. Tapi aku memang tidak serik. Bersyukur aku atas ketegasan ibu dulu dalam mengajar aku mengaji Quran. Kalau tidak dipaksanya aku sampai menangis-nangis mungkin aku sekarang buta Quran. Aku berharap agar diberi peluang untuk membalas segala jasa ibu meskipun rasanya tak terbalas. Akan aku buat yang terbaik buat ibu. Tiada saat yang aku lihat paling gembira melainkan pada ketika melihat kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran dan dapat tawaran yang baik. Aku peribadinya lebih rapat dengan ibu walaupun aku anak lelaki. Bila call rumah aku lebih senang bercakap dengan ibu dan dialah menjadi pendengar setia aku. Dia sudi mendengar luahan aku dan pastinya ada masa untuk aku walaupun sibuk dengan kerja rumah. Ibu Oh Ibu...

Lagu Untuk Ibu
Seorang wanita bermahkota ibu
Mengenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini tautan darah dan akidah dan rahmat dari Allah

Kini ibu peganglah tanganku ini
Biar ku bawa ibu menjelajahi hasil titik peluh mu
Biar ku bawa kealam hasil ukiranmu selama ini
Dodoian mu ibu membina benteng pemisah
antara yang hak dan yang batil
membakar semangat perjuangan
bersujud lemah mengabdi diri kepada yang Esa

Ibu... jika kau belum pernah kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuialah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu sepertimana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini untuk selama-selamanya
ihsan:brothers




alone at 12:00 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS