Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: :: Islam Hadhari Terengganu Bestari ::
Tuesday, June 15, 2004


15 Jun 04
Islam Hadhari Terengganu Bestari


Dua kali aku berkelana ke Terengganu dalam masa seminggu sepanjang cuti ini. Walaupun pelbagai rancangan yang dirancang sepanjang cuti aku kali ini terpaksa di cancel dan ditangguhkan, namun aku yakin perancangan Allah ini adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Pelbagai ragam manusia dan rencah masyarakat yang aku kutip sepanjang perjalanan aku ke Pantai Timur. Menyedari hakikat diri ini terasa kerdil dan masih lagi beruntung meskipun atas segala nikmat yang diperolehi tak betah nak bersyukur. Rupanya masih ada lagi ruangan untuk mentarbiah diri dan bermuhasabah. Aku insaf atas bagaimana jerit perit ayah ibu mencari setanak nasi untuk anak-anaknya dan hakikat realiti hidup di dunia persinggahan ini. Akan aku adun segala warna-warna hidup ini diatas kanvas dunia aku agar dapat mematangkan dan menyediakan aku dengan musibah hidup yang bakal aku tempuhi esok dan seterusnya... sesungguhnya permusafiran ini benar-benar mematangkan aku.

Antara yang aku jumpa ialah Ustaz Rashid, sepupu Zaki. Apa yang dialaminya agak mengharukan dan menginsafkan aku bahawa apa-apa saja yang tak terduga boleh terjadi pada kita. Ustaz Rashid baru sahaja dibuang kerja dari pejabat SUK Terengganu sebaik sahaja habis election baru-baru ni. Faham-faham jelah sebabnya. Akibat daripada tindakan mengejut menyebabkan dia kehilangan sumber pencarian utama. Tanpa persediaan lengkap, dia mencuba bisnes kecil-kecilan jual prepaid. Yang mengharukan aku bilamana dia menceritakan bisnesnya ini tak seberapa mana untung terpaksa nak menyara anak sekolah, makan minum seisi rumah sehinggakan dia terpaksa menjual keretanya yang hanya tinggal dua tahun payment. Yang paling merugikan bagi aku ialah dia juga kadang kala terpaksa membatalkan kuliah selepas maghrib yang dia mengajar di masjid kerana sibuk dengan kerja lain demi menampung keperluan anak isteri. Mungkin ini antara ujian Allah bagi orang perjuangan sepertinya. Sepertimana maksud firman-Nya, adakah kita menyangkakan kita sudah beriman sedangkan kita belum lagi diuji oleh-Nya. Pengajaran terutamanya buat diri ini. Moga dia terus tabah. Pastinya ada hikmah.



alone at 11:56 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS