Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::
Friday, September 10, 2004



10 September 2004
25 Rejab 1425


Aku cukup suka hari Jumaat. Kekadang tak sabar nak tunggu tibanya hari Jumaat. Bukan kerana aku tak ada kelas hari ini dan juga bukan bermakna esoknya cuti tapi ada sesuatu yang lain bagi aku pada hari yang berkah ini. Subuh pagi harinya memang sejuk mencengkam sehingga ke tulang hitam. Namun sinar matahari paginya tidak sepertimana hari-hari lain. Memancar cemerlang rona jingganya menyirami ke seluruh daerah yang terdedah. Tidak terlalu panas tidak terlalu samar. Silauannya cukup untuk memaksa mata ini berkernyit. Matahari menonjolkan diri tengah-tengah dada angkasa tanpa sekelumit pun awan membayanginya. Pagi yang tenang dengan burung-burung galak berkicau keluar mencari rezeki. Adakah sempat lagi kuketemu dengan Jumaat depan?


Usrah hari ini bermula dengan tadarus surah Ar-Rum dan seterusnya kupasannya. Mukjizat Nabi Muhammad ditunjukkan dalam surah in bagaimana baginda telah menyampaikan kisah futuristik. Surah dimana menceritakan kebangkitan semula Rom dalam beberapa tahun akan datang setelah kalah perang kepada bangsa Parsi. Kekalahan Rom dalam peperangan ini telah memberi kesedihan kepada penduduk Islam kerana kita mempunyai ikatan agama samawi yang sama Islam dan Kristian. Namun, kekalahan terhadap bangsa Parsi yang beragama Majusi menyembah api membawa mengembirakan penduduk Quraisy yang menyembah berhala. Turunnya surah membawa khabar gembira kepada orang Islam bahawa pertolongan dari Allah (nasrumminallah) pasti tiba.




alone at 11:27 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS