Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::
Friday, September 03, 2004


3 September 04
18 Rejab 1425


Khutbah Jumaat hari ini disampaikan oleh Syeikh Abdul Rahman As-Sudaisi, Imam Besar Masjidil Haram. Selama ini hanya mendengar suara lunaknya mengalunkan ayat suci Al Quran melalui MP3 komputer aku dan corong radio je. Beliau datang atas jemputan mudir Sekolah Kiblah dan alang-alang itu beliau dijemput untuk menyampaikan khutbah di Masjid UIA, khabar akh Haziki dua tiga hari sebelumnya. Lagipun bukan senang dia nak datang Malaysia. Hari ni dari jauh sayup aku dapat melihat beliau. Ingatkan selepas solat sunat nak pi salam dengan dia, namun hampa kerana dengan selautan umat UIA berebut nak bersalaman dengan antara tokoh tertinggi dunia Islam sekarang. Saat bacaan khutbah memang kita tak boleh sangka beliau adalah Sheik Abdul Rahman As-Sudaisi kerana loghat Arabnya yang pekat dan ucapan berkobar-kobar. Namun, alunan ayat suci semasa dia mengimami solat memang syahdu, senada dengan apa yang aku dengar selama ini.


Hai’ah Siyasiah

Bebasnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim memang mengemparkan dan mengharu-birukan negara. Hatta dalam kampus isu ini pun tak terkecuali menjadi bualan. Walaupun dibebaskan, namun mahkamah masih percaya atas tuduhan liwat yang disabitkan atas beliau adalah benar walaupun satu negara sudah maklum keraguannya. Suasana politik negara pasti berubah pasca pembebasan DSAI dan aku yakin turut mempengaruhi perkembangan politik kampus yang dijangka akan mengundi pada 15 September ini. Dengar khabarnya tempoh berkempen hanya 24 jam dan entahlah apa yang boleh dibuat dalam masa sesingkat tu. Macam pilihanraya umum pulak tempoh berkempen disingkatkan. Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga mengawal kebangkitan student power. Rata-rata yang aku temui masih sangsi akan peng’implementasi’kan 100% e-voting di UIA. Keputusan yang sahih boleh dimanipulasikan semudah ABC dengan hanya menekan punat butang keyboard. Pastinya pihak tertentu mampu mengawal golongan yang bertanggungjawab. Mari kita lihat election kali ini telus atau tembus? Husnu zan jelah.


Kebetulan atau Kesengajaan...
Sekadar mengungkap kembali pojok seorang kawan...

Tibanya Sheikh Abdul Rahman As-Sudaisi sewaktu dengan bebasnya DSAI. Ada yang menganggap kedatangannya memang atas tujuan DSAI. Dengan khabarnya, jet peribadi Arab didatangkan bersama sheikh untuk membawa Anwar ke Jerman. Sekadar bantuan prihatin kepada seorang sahabat lama. Entah betul atau tidak. Wallahualam. Yang penting kami warga UIA beruntung kerana diziarahi oleh tokoh teragung Islam.




alone at 1:56 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS