Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: Pilihanraya kampus...
Wednesday, September 15, 2004


15 September 2004
29 Rejab 1425

Pilihanraya kampus...

Hari ini merupakan hari penentuan. Seluruh IPTA serata negara kini sedang me’raya’kan satu perayaan. Apa itu? Pilihanraya...

Kampus aku turut tidak terkecuali walaupun kemeriahan dan kehangatannya tidak dapat dirasai sepertimana tahun lepas. Surat khabar Utusan Melayu semalam muka depan, menceritakan perihal politik kampus yang bakal berlangsung hari ini. Muka depan dengan gambaran suasana di USM berwarna-warni dengan gantungan poster. Namun ironis sekali suasana di UIA ini. Tiada perang poster yang hebat. Tiada perang surat layang. Dan yang paling penting tiada kedengaran perang mulut dan perang fizikal yang berlaku antara penyokong golongan yang bertanding. Seolah-olah setiap lawan menggunakan taktik perang psikologi yang mana masing-masing cuba menonjolkan kekredibilitian secara sihat dan misteri.

Aku juga secara tak langsung menyibukkan diri dalam pilihanraya kali ini. bukan sebagai calon...jauh sekali. Bukan juga sebagai jentera. Namun sebagai penunggu setia perkhabaran kemenangan. Entah mengapa kali ini aku benar-benar berminat dengan suasana politik kampus kali ini. Mungkin kerana spekulasi dangkal dan plot-plot jelak yang dirancang oleh golongan yang terdesak, memanggil hati untuk turut serta.

Banyak perkara menarik berlaku dalam pemilihan kali ini. Munculnya sebuah puak baru yang bernama REVO yang mana dikatakan serpihan daripada Sahabah (rujuk Utusan Melayu semalam muka depan). Dan juga pelaksanaan 100% e-voting yang membimbangkan mereka yang ragu dengan kesahihannya. Serta peraturan yang menggelikan hati oleh pihak STAD yang dikenakan terhadap calon yang bertanding. Gabungan antara PKPIM dan WUFI tidak menjadi pada kali ini menyebabkan ramai pemerhati meramalkan akan berlakunya pecah undi. Kebanyakan kerusi bertanding lebih daripada dua kerusi dan tiada lagi pertarungan satu lawan satu (cuma untuk kerusi IRK). Munculnya ramai calon yang bertanding atas tiket bebas dengan melarikan diri daripada terikat dengan mana-mana anasir. Dan taktik jijik parti bertanding dengan menyebarkan risalah palsu. Dan seperti biasa, kerusi untuk bebudak aliran sains (Medic, Science, Engineering) dimenangi tanpa bertanding.

Khabar teman dari UPM menyatakan percaturan politik di sana lebih tertekan. Dengan calon bukan daripada golongan mereka, diugut, digertak dengan pelbagai ugutan, gertakan bagi melemahkan semangat mereka dan seterusnya menarik diri untuk bertanding. Di UM pula, calon sudah memboikot pilihanraya akibat bantahan terhadap proses penamaan calon yang berjalan.

Alhamdulillah syukur, akhirnya kemenangan berpihak kepada yang benar. Aku bukannya pro mana-mana pihak cuma dengan mata hati kami sendiri dapat menilai. Mana calon yang lebih berkaliber dan ikhlas bertanding. UIA dan UPSI kini dibawah naungan golongan yang mahu memperjuangkan Islam. Moga gerakan dakwah dapt berjalan tanpa gangguan di Taman Ilmu dan Budi ini.



alone at 10:19 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS