Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::
Friday, October 15, 2004


15 Oktober 2004
1 Ramadan 1425
Marhaban Ya Ramadan!!!

Alhamdulillah kini kekasih yang dinanti-nanti sudah kembali. Sebelas bulan lamanya menunggu dengan penuh harap, menghitung hari demi hari, bulan demi bulan dan akhirnya dia muncul di depan mata! Pada hari yang istimewa bagi aku pulak tu! (rujuk entri 10 Sept) Terubat segala rindu, terlepaslah segala belenggu gelojak jiwa, hilang segala lelah menanti menyambut kehadiran kekasih. Segala persiapan telah aku aturkan. Ruang gelap hati ini aku cerahkan, sawang yang bersarang dalam jiwa dibersihkan, halaman minda serabut aku cuba lapangkan, dinding pengekang nafsu aku kukuhkan, semata-mata menyambut kekasih yang jarang sekali dapat aku tagih kasihnya. Akan aku buat yang terbaik untuk memastikan dia tidak menyesal bersama aku kali ini dan tak serik nak mengunjungi aku lagi tahun depan. Berkesempatankah aku?

Malam pertama...

Malam terawih Ramadan yang pertama di UIA semalam begitu meriah. Suasana yang jarang sekali dapat aku lihat pada hari-hari biasa. Berpusu-pusu manusia keluar dari kolej berjalan kaki dan bermotosikal menuju ke masjid SHAS. Bagi yang seminggu sekali je menjejak kaki ke masjid (time semayang Jumaat) pun tak terkecuali memenuhkan ruang pada malam yang berkah ini. Sisternya yang ayu berkelubung telekung putih berjalan kaki menuju masjid turut sama mewarnai malam ini. Hujan yang renyai-renyai tadi seakan-akan berhenti memberi laluan kepada insan untuk menyambut terawih sulung. Alhamdulillah hampir separuh masjid dipenuhi oleh saf umat, bilangan yang jarang diperolehi pada hari-hari lain. Alangkah indahnya kalau suasana sebegini berterusan bukan sahaja pada malam yang pertama ini...
Begitu juga suasananya pada subuh sulung awal Ramadan. Saf hari ini menjangkau barisan yang ketiga. Bilangan yang boleh dibanggakan. Kepada yang berkesempatan sahur awal tak ketinggalan untuk turut berjemaah di masjid. Mengisi ruang pagi selepas subuh dengan bertadarus, tidak seperti hari lain dengan tidur lepas subuh yang boleh sempitkan pintu rezeki. Alangkah indahnya juga kalau suasana sebegini berterusan bukan sahaja pada subuh ini sahaja...

Nikmat Ramadan

Di dalam rebut kita menyambut kehadirannya di hati
Dengan penuh taqwa kepada Ilahi
Bulan penuh kemuliaan memberi erti kesabaran dengan penuh nikmat juga diberkati
Di dalam rukun Islam ketiga
Kita laksanakan dengan keikhlasan dan keimanan sejati
Ramadan kemuliaan rasa syukur kepadaNya
Ramadan penuh hikmah ketenangan keinsafan di hati


alone at 2:22 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS