4 Oktober 04
19 Syaaban 1425
“I don’t afraid to die. It’s death. Either by killing or by cancer, the same thing. We are all waiting for the last of our life. Nothing will be change if it by Apache or by cardiac disease. I prefer Apache.”
Ucapan Dr Abdul Aziz Rantisi sebelum beliau syahid akibat bedilan peluru berpandu yang dilancarkan melalui helicopter Apache oleh Israel Defense Force.
Begitulah kata-kata Dr Abdul Aziz Rantisi yang aku petik dalam klip yang Ustaz Maszlee bawa pulang dari Lebanon. Betul-betul bermakna kata-katanya menjadikan impiannya menjadi kenyataan. Memang itulah impian setiap pejuang kebenaran. Ingin menjadikan mati syahid sebagai matlamat akhirnya. Sedangkan Khalid al-Walid panglima perang Islam terbilang yang terlibat dalam berpuluh-puluh peperangan pun tidak diberikan Allah peluang untuk syahid sebaliknya di atas katil jua ajalnya.
Sepertimana juga “syahid bomber” yang disebut oleh mereka yang ‘tidak tahu’ (sapa2 terasa?) sebagai suicide bomber. Bagi pejuang Islam perbuatan ini dikenali sebagai “Amaliyat al Istisyhadah”. Tindakan mereka ini dianggap seperti perbuatan membunuh diri dan sia-sia serta hanya menimbulkan kutukan kerana yang menjadi mangsa adalah orang awam Yahudi. Timbul pula bertubi-tubi persoalan yang pastinya menjadi keraguan apakah tindakan mereka ini wajar.
Adakah tindakan mereka ini membunuh diri? Firstly, let me clear this doubt first. Sering kita dengar mereka yang membunuh diri ini adalah terdiri dari mereka yang kecewa, tertekan dengan keadaan serta tidak sanggup lagi hidup di dunia. Namun sebaliknya bagi “syahid bomber” ini. Mereka ini bukanlah calang-calang orang yang dipilih untuk melakukan operasi ini. Kebanyakan mereka terdiri dipilih setelah melalui proses pemilihan yang ketat antaranya yang boleh menghafal Al-Quran. Dan mereka ini mengorbankan diri mereka bukan kerana terdesak tapi demi mencari redha Allah. Sepertimana firman Allah dalam Al-Baqarah ayat 207:
“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.“
Memetik pula kata-kata Imam As Syaibani Al Hanafi: “Sekiranya hanya seorang sahaja mujahid dalam 1000 orang tentera musuh dalam menggempur mereka, hal itu bukanlah satu kebinasaan sekiranya dia benar2 mengharapkan kejayaan demi menghancurkan pihak musuh. Maka sekiranya bukan kerana itu, hal itu adalah makruh dan dilarang dari dilakukan, kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada kaum muslimin. Jika dia berniat untuk menaikkan semangat Muslimin yang lain agar mereka melakukan sebagaiman dia lakukan maka tidaklah mengapa kerana dia memberi manfaat kepada Muslimin.”
Apakah sia-sia pengorbanan mereka? Ramai yang menganggap bahawa perbuatan mereka ini hanya sia-sia dan langsung memberi kesan kepada tetera Yahudi.
Mengapakah orang awam Yahudi menjadi mangsa?
To be continued....