14 December 2004
Hutang dan pinjam...
Hutang. Ayat beserta perbuatan yang sinonim dalam kehidupan kita. Pinjam. Kata kerja yang agak lembut bahasanya berbanding hutang. Tapi maksudnya sama. Sesuatu yang kita dapat dan kena bagi balik. Hidup ini penuh dengan hutang. Hatta nak belajar pun kena berhutang jugak dengan PtiPuTieN (alhamdulillah... aku dapat Yayasan BSKL). Nanti dah kerja nak beli kereta dan rumah pun kena berhutang dulu dengan bank. Yang sanggup tanggung risiko minta pinjam kat along. Hutang budi pulak boleh dibawa sampai ke selepas mati kerana ia ditukar dalam bentuk pahala yang sama nilai dengannya. Hutang darah pulak kata orang tua perlu dibayar dengan darah jugak. Tapi jangan memain dengan hutang ni.
Dan aku kini merana kerana hutang orang. Bukan aku pemiutang tapi aku adalah penghutang (betul ke ayat aku ni...atau terbalik...?). Dulu aku tak terasa sangat, tapi sejak belanjawan aku juga susut baru terasa bebannya. Aku ini bukannya ceti bertauliah jadi kengkawan minta pinjam aku pun bagi tanpa timbang tara. Silap aku juga tak pandai nak merekod. Dan juga tak pandai nak beranikan diri mintak balik hutang. Kini aku sendiri merana.
Segala-gala perancangan aku menjadi tergendala. Sementara nak menunggu duit loan kengkawan aku masuk supaya depa boleh clearkan hutang aku dan scholar aku masuk, apa yang aku patut buat ye? Pinjam duit orang lain dulu? :-) Berhutang kerana hutang....;-]
Sewaktu aku browse tafsir Quran, aku terjumpa ayat pasal hutang ini…
"Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka
berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu
sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau
kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)."
Al Baqarah : 280
Adakah aku sanggup?