04 Disember 2004
21 Syawal 1425
Atas permintaan rakan-rakan, nak aku persembahkan kat sini catatan pengalaman kami ke selama dua hari ini yang penuh dengan aksi menarik, ketegangan dan kepenatan. Aku tujukan ‘karya’ ini buat Safwan, Suhaimi, Ezzad ditambah pula Wan Anwar dan Zubair.
From Kuantan with "Love"...
Dengan kalimah keramat bismillahirrahmanirrahim… perjalanan kami ke menuju ke Pantai Timur pun bermula tanggal 3 Disember, 4 petang. Dengan keputusan yang diambil secara ad hoc oleh kami [aku,safwan, Suhaimi dan Ezzad] lepas solat Jumaat tu. Kereta ‘perjuangan’ Safwan yang dipacu oleh aku meluncur menyelusuri logamaya lebuhraya Karak demi satu misi suci. Misi membawa panji-panji kebenaran demi melihatkan warga Kampus UIA disana turut merasa bahang semangat perjuangan Palestin bumi bertuah. Kami punya matlamat, visi dan persepsi yang sama.
Syukur perjalanan agak mudah walaupun mentari terik tidak bias mencairkan semangat yang kami punya ini. Dengan berbekalkan secebis iman dan selembar ilmu, kami rela bermusafir meskipun dengan perancangan yang tergesa-gesa. Namun, tak sampai 1/20 perjalanan aku kesan ada sesuatu yang tak kena dengan kereta ni. Apa tu? Temperaturenya mencanak naik.
Terpaksalah kami singgah di Hentian Genting Sempah. Melakukan rawatan CPR [hanya kami yang tahu :-)] dan menambahtukar air yang menjadi faktor utama enjin panas. Setelah solat asar, kengkawan yang lain masih bersemangat untuk meneruskan perjalanan meskipun dugaan pertama kami tempuhi tak sampai suku perjalanan dan kami boleh berpatah balik sahaja. Dan apa lagi, WBL8400 pun meluncur membelah Banjaran Titiwangsa.
Perjalanan awalnya ceria dengan usikan dan gurauan akhirnya kami keletihan dan masing2 melayan perasaan sendiri. Apabila maghrib mengesot tiba, kami singgah di rumah nenek Suhaimi di Temerloh bagi melepaskan lelah. Seperti biasa, kereta perjuangn ini perlu dilakukan CPR lagi. Best juga layan keramahan orang tua ni. Meskipun dengan pekat loghat Pahangnya, aku masih lagi faham butir2 percakapan neneknya yang masih lagi sihat bugar. Malam tu kami dijamu nasi berlaukkan ikan goreng, telor dan cicah budu. Pergh... sodap.
Perjalanan kami hanya tinggal separuh sahaja lagi dan kami tidak boleh membuang banyak masa. Setelah kenyang dan berbasa-basi dengan nenek dan sepupunya, kami memohon diri dahulu. Gelap zulmat malam jalan lama merisaukankan kami juga. Bukan sengaja tak mau naik highway LPT yang baru buka tu, tapi memikirkan kesuntukan budget terpaksalah kami bertawakal agar dipermudah dan dipercepatkan perjalanan kami. Silauan lampu dari kereta depan kekadang menggangu konsentrasi aku. Mujur depa ni tak layan tidur setelah kenyang. Ada juga teman berbual.
Berpandukan arah jalan yang samar-samar diberikan oleh member kat Gombak sewaktu mula-mula nak bertolak dulu, kami tersesat memncari arah. Setelah puas bertanya orang dan puas berpusing pi mai pi mai tang tu dijalan yang sama, akhirnya dengan susah payah akhirnya tiba juga di UIA Kuantan yang agak tersorok. Sesambil Safwan dan Ezzad menyelesaikan urusannya dengan akhawat Medic (sapa ye Safwan...?), aku mencari-cari sahabat lama aku sewaktu kat matrik dulu. Akhirnya jumpa juga kawan aku yang sorang ni, Tengku Amirul. Dia seperti lagi dulu, masih lagi ramah dan ceria.
Niat asalnya nak balik Gombak malam tu juga nampaknya terpaksa dilupakan. Jam sudah menjelang 10mlm dan gate tutup pukul 12mlm. Bermakna kami hanya ada dua jam untuk perjalanan pulang. Mana sempat! Akhawat ada menawarkan rumah pakcik-pakcik di sekitar Kuantan ni untuk kami tumpang bermalam. Akhirnya Mirul meng’offer’kan biliknya untuk dijadikan persinggahan kami. Terima kasih Mirul, jasamu tak akan kami lupakan.
Seusai solat Isyak qasar, aku terus merebahkan diri, meluruskan tulang belakang, mengendurkan urat saraf. Mana taknya, penat memandu 250 km dari Gombak ke Kuantan. Malam tu tidur dibuai dingin angin malam UIA Kuantan.
Sabtu pagi.....,
Seawal pagi lagi, bangun bersiap diri kerana kami perlu tiba awal di Gombak. Ada ziarah di rumah Ustaz Burhanuddin tengahari bersama member QYC yang lain. Terima kasih kepada Mirul yang beriya-iya nak bawa kami tour kampusnya ini. Mungkin lain kali pulak kot. Setelah subuh berjemaah dengan bebudak sini, kami pun bergerak pulang.
Sekali lagi jadi driver aku ni. Takpa selalunya Safwan yang jadi driver kami tapi kali ini biar dia rilek kat belakang pulak:-). Di perjalanan pulang, sempat juga aku singgah kat tempat membesar aku dulu, Kem Batu 10. Sudah banyak berubah kawasan tu namun kuarters tempat family aku duduk 13 tahun dulu masih lagi utuh berdiri. Segera kenangan silam menggamit hati. Setelah melepasi pekan Gambang aku mohon undur diri dari memandu, kerana konsentarsi aku dah tahap minimum. Suhaimi pula mengambil alih tugas. Giliran aku pulak untuk lelap walupun sepicing mata.
Dibawanya kami kerumahnya yang sememangnya dalam perjalanan untuk melepaskan lelah. Felda Bukit Damar. Pengalaman baru bagi kami. Memanjat pokok dokong. Kami jadi teruja sangat kerana perut ni sememangnya dah lapar belum sarapan. Setelah dua tiga dahan aku petik, terpaksa turun kerana tak tahan semut yang menghurung. Suhaimi yang dah alah menurunkan satu guni plastik buah dokong. Safwan dan Ezzad tunggu di bawah menyambut buah yang gugur. Setelah tu beralih ke depan rumah pulak, mengait buah rambutan. Mujur mak Suhaimi sporting dan tak kisah dengan kami. Lagi seronok dengan pulangnya anaknya dan kehadiran kami walaupun tak dimaklumkan terlebih dahulu. Iyalah…maknya hanya tinggal berdua dengan ayahnya. At least datangnya kami ini dapat menggamatkan suasana jugak.
Setelah mandi membersihkan keringat, kami bersarapan roti canai. Riuh rumah dengan jeritan sorang tu yang tak tahan sejuk mandi kolah :-) (Sapa ye…hanya kami dan Allah jua yang tahu). Berangkat pulang menjelang pukul 11. Sempat ke kami nak join ziarah kul 12.30 tengahari ni?
Sampai di Gombak tepat 12.30 tghari. Ikhwah yang lain dah siap menunggu kami. Dengan badan masih lagi penat, kami pulang bersiap diri menuju kerumah Ustaz Burhan. Makan lagi. Menunya nasi goreng, mee goreng, karamel, nugget, soya cincau dan juga buah dokong dan rambutan yang baru dipetik paginya.
From Bangi with pressure...
Aku ingat agenda aku untuk hari ini akan berakhir selepas ini. Tapi Wan Anwar bersemangat mengajak kami ke Bangi. Pelawaan ke rumah Kak MaryamJ yang agak berat untuk kami tolak. Tapi entah mengapa kali ini traffic jam lain macam je. Takkan semua orang pi Bukit Jalil tengok Piala Malaysia kot. Takkan semua orang kampong aku (Kedah) turun stadium Bukit Jalil hingga menyesakkan jalan ni. Ditambah pula dengan bahang panas petang tu dan juga temperature kereta yang turut sama naik. Terpaksalah sekali lagi melakukan CPR. Kali ini kami berlima [aku, safwan, Wan Anwar, Ezzad dan Zubair]. Perjalanan yang sepatutnya lebih kurang 45 min menjadi hampir dua jam. Tapi demi ukhuwah kami ketepikan rasa yang tak senang tu. Petang jam 5.30 kami tiba juga di destinasi. Mujur Pak cik Jailani dan Bilal masih sudi melayan kami walaupun dah lewat petang. Hari tu juga 1st time aku makan satay panggang oven..:-) sodap jugak.
Perjalanan pulang menjadi satu lagi tekanan bagi kami. Sehinggakan jalan highway pun jam jugak. Ezzad telah membuktikan kepada kami kebolehannya memandu meskipun dua tiga kali sangkut kat tengah jam. Mujur lawak ‘killer’ dan usikan ‘sensitif’ dan cerita dari Kuantan menjadi penyeri perjalanan. Terubat sedikit kepenatan dan secara tak langsung mengeratkan ukhuwah antara kami. Alhamdulillah. Opss…tapi, kembara kami tidak berakhir lagi disini.
From Wangsa Maju with lost…
Langsung pula ke rumah Mak Long Zubair selepas singgah untuk maghrib di Wangsa Melawati.Ajakan Zubair ni susah juga nak tolak sebab kami yang mengheretnya turut sama ke Bangi meskipun dia dah nak ke rumah Mak Longnya petang tu. Sampai tersesat jalan mencari rumah Mak Longnya sebab anak sedaranya ni dah lama tak pi beraya. Sambil beraya sempat juga kami layan bola, sebab sepupunya pun minat bola jugak. Sempat lagi mengusik Zu. Maaf ye Zu, lawak pengerat ukhuwah.
Pulang dengan kepenatan. Dalam perjalanan pulang tu sempat lagi disambung lawak ‘killer’ dan usikan ‘sensitif’ tu tadi tapi kali ini lebih berbisa. Takpe, semua orang jadi mangsa. ;-)
Dan berakhirnya permusafiran aku untuk hujung minggu ini. Hari esok pula menanti dengan pelbagai cerita. Ku harap kembara kami ini bukannya kembara yang sia-sia, kembara yang dapat kami jadikan pedoman dan panduan hidup demi memperolehi sedikit ilmu untuk hidup. Pengalaman dan perasaan yang pelbagai sesungguhnya dapat mematangkan kami yang sememangnya dah dewasa ini. Moga, melalui kembara ini juga kami dapat menilai hati budi masing-masing yang pelbagai ragamnya dan ini sudah pasti mengeratkan ukhuwah antara kami agar terus berpanjangan….
Mohon diri dahulu….