05 Disember 2004
22 Syawal 1425
Mencari bunyi di kala sunyi...
Seperti maklum, pagi Ahad yang sunyi berlabuh kembali. Sunyi kerana mungkin ramai yang masih belum bangun dan tak kurang juga yang menyambung kembali 'perlayaran' malam semalam setelah fardu dilaksanakan. Rutin biasa hari cuti, melepas dendam tidur yang tak pernah puas.
Gian dan ketagihan...
Seawal pagi lagi, aku bersama ikhwah QYC menongkah angin dingin pagi untuk melepaskan 'gian'. Meskipun lelah semalam masih lagi bersisa. Gian yang telah lama aku pendamkan sewaktu sebulan berpuasa dan selama dua minggu cuti raya benar-benar menyiksa batinku. Umpama anak kecil kehilangan botol susunya. Walaupun aku tahu aku tak punya banyak masa, tapi sepertimana perokok dapat melepaskan ketagihnya walaupun dengan se'pam' sedut, begitulah juanya aku. Melonjak-lonjak aku kegembiraan tatkala diajak semalam oleh ikhwah yang rasanya turut sama gian macam aku. Ditambah pula kekecewaan kekalahan Kedah ditangan Perlis semalam menyemarakkan lagi keinginan aku ini.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku lepaskan gian aku ini. Mujur ketagihan aku ini disalurkan ke tempat yang betul. Pagi ini kami ada match bola dengan ikhwah Arab yang kebetulan turut turun bermain. Aku tidak boleh lama, setelah sebiji dua gol, aku dan Safwan mohon permisi sebab kami ada misi lain. Aku asalkan dapat lepaskan gian sudah.
Meeting rally...
Bergegas pulang dengan berpeluh-peluh demi mengejar satu agenda lain. Bersiap sedia untuk ke kompleks. Bukan jamuan raya tapi mesyuarat yang paling lama dalam hidup aku yang pernah aku hadiri. Hampir sembilan jam mesyuarat, lagi lama daripada aku travel KL-AS naik bas. Meeting rally yang sememangnya bukan meeting kosong. Berkumpulnya sedozen insan yang duduk berbincang mengenai hal orang lain (bukan mengumpat!!), berdiskusi demi kemaslahatan ummah. Tapi mengapakah sedozen makhluk ini sanggup duduk mencanai idea yang memenatkan otak untuk kerja yang mereka tidak dibayar gaji, kerja yang tak glamour langsung dan juga membuang masa mereka ini? Kerana mereka sedar bahawa gaji mereka akan dibayar oleh Allah di akhirat sana, biarlah mereka tidak glamor di kalangan manusia namun pandangan Allah kepada mereka mempunyai nilai. Dan juga mereka tahu bahawa Allah telah peruntukkan masa yang diberikan Nya adalah untuk kerja sebegini demi mencari keredhaan Nya. Teruskan perjuangan wahai ikhwah wa Akhawat sekalian.
Selama itulah juga aku terperap dalam kompleks. Dari memula masuk sirna matahari terpacak atas kepala sehinggalah keluarnya bulan sudah mengganti tempat. Mujur lawak teman seperjuangan mampu meneutralkan kembali suasana. Tekanan demi tekanan dalam mesyuarat dapat diselesaikan dengan syura. Dan juga dorongan oleh mereka yang mampu mengecas kembali bateri semangat yang semakin weak. Diberinya aku satu lagi tanggungjawab baru. Aku cuba tolak dengan cara baik tapi dipaksa dengan cara yang baik juga oleh mereka. Akhirnya dilema aku berakhir dengan jaminan bahawa aku akan buat yang termampu dan harapan oleh mereka bahawa mereka tidak meletakkan 'high expectation' pada aku. Sebenarnya aku lebih suka bekerja belakang tabir sepertimana sebelumnya. Menjadi 'think tanker' dan asas yang menyokong dari bawah. Tapi kini, aku perlu mengubah cara bekerja aku.
Terima kasih semua keluarga k-intl. Anda semua memang hebat. Bersyukur aku dapat bekerja dengan antum semua. Memberi satu dimensi baru bagi aku dalam kerja dakwah ini. Menjadikan isu ummah sebagai dasar perjuangan ke arah kesedaran untuk memartabatkan kembali Islam di bumi bertuah Malaysia kita ini. Selamat berjuang dan teruskan berjuang selagi mana nyawa masih lagi belum dituntut olehNya!