Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: January 2004
Thursday, January 22, 2004


22 Januari 2004 09:12 am

prolog..

Pagi yang bening… matahari galak memancar sukmanya menyimbahi segenap bumi permai UIA ini. Beburung bertasbih menyedapkan irama pagi. Agin bertiup malas menampar pipi kasarku ini. Dari jendela bilikku ini sambil jejari menari di keyboard masih lagi ku dapat saksikan kehebatan Penciptaku. Deruan ekzos kenderaan bermotor kekadang menggangu irama asli alam pagi ini. Alangkah betapa indahnya dunia ini..... namun keindahnnya masih tak mampu menandingi syurga destinasiku nanti....

Tanggal 19 Januari 2004, terlakar sejarah dlam diari hidupku. Detik yang mungkin putih bagi diriku atau hitam bagi orang lain, mungkin juga sebaliknya. Detik yang menetukan kesinambungan hidupku didunia ini atau detik yang bakal merubah corak hidupku masa hadapan. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah org namun persoalan hidup bukan perkara picisan bagi diri ini. Allah berfirman

“Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku”

Tanpa slogan in tak akan bermakna hidup kita. Memang benar dunia ini adalah jambatan kita untuk ke akhirat yang abadi. Tapi tak guna juga kalau jambatan yang bakal kit alalui ini kita bina dgn kayu- kayu murahan yang mudah reput dimamah anai-anai. Pastikan jambatan kita adlah terdiri dari binaan yang kukuh terbina dari konkrit yabg utuh yang tak terlapah oleh anai2.

Argh...bosan sebosan-bosannya. Cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Dah muak nak tidur. Kubelek-belek malas buku “My Jihad” yang dah aku khatamkan sebelum ini. Ternyata tak dapat memenuhi kehendak jiwa yang bosan ini. Kuperhatikan manusia yang lalu lalang. Memang tabiat aku suka memerhatikan orang. Pemerhatian aku bukan seperti peng”ushar”an seperti org lain tapi secara ilmiah. Aku akan buat kesimpulan sendiri dari hasil pemerhatian aku itu. Sekadar suka2.

Kebetulan katil aku di Wad Kelas 3 ni berdekatan dgn meja urusan pendaftaran. Dapat aku lihat bagaimana tekunnya akak-akak nurse yang majoritinya masih anak dara ni tekun membuat kerja. Kagum tengok cara mereka bekerja. Penuh komitmen dan komited melayan kerenah pesakit yang pelbagai. Bini aku nanti pun nak cari nurse jugalah, . Tapi apa yang ketara, dalam wad ni rasanya Cuma aku seorg shj yang cergas walaupun demam. Aku boleh lagi ke hulu hilir, kesurau, jalan-jalan cari makan tapi aku tengok org lain terbaring tergolek atas katil. Mungkin mereka hairan sakit apa ye budak ni.

Tiba-tiba.... “Assalamualaikum adik, akak doktor pelatih. Boleh akak nak tanya sesuatu tentang sakit adik”. Tersentak ku dari lamunan. Datang seorang gadis yang nampak matured berbanding aku. Dengan seragam doktornya dilengkapi seutas stateskop dan buku catatan. Tergamam sebentar aku. Rupanya akak ini merupakan pelajar tahun akhir perubatan UPM. Tujuan dia menemuramah aku hanyalah sebagai assignment dr pensyarah. Aku tak kisah lagipun ada juga teman berbual. Habis dikoreknya pasal diri aku...asal, family, belajar dll dan dicatitnya dlm bukunya yang aku tak paham tulisannya. Macam nak buat biography pasal aku pulak. Akhirnya rancak bercerita sampai aku terlupa nak tanya namanya.

Syukur petang tu juga din datang membawa surat pengesahan dari UIA. Thank you din. Surat tu menyatakan aku layak tukar wad kelas 2 dan segala perbelanjaan ditanggung oleh universiti. Sempat sekali dia jemput kawan dia, Farhan student medic UKM berborak sekali. Terisi juga masa petang itu.

Menjelang malam, kebosanan melanda semula. Patutlah sebab apa din (syrafuddin) selalu lari dari hospital. Junior aku yang sorang ni disahkan mengidap barah otak dan keadaannya memaksa di ditahan di wad berminggu-minggu. Tapi dia selalu lari dari wad dan apabila terdesak dia akan lepak di bilik kami berhari-hari. Bilik kami ni kira macam hotel bagi dia . Takpe din...kini aku memahami mu(ayat mual)...

Klimaksnya ialah pada pagi esoknya. Aku diberi satu persalinan pakaian yang memaksa aku menanggalkan pakaian yang aku pakai sekarang. Setelah itu aku dibaringkan atas troli(katil bergerak) dan disorong ke bilik pembedahan tingkat 1. Seronok juga rasanya. Macam Superman tapi terbang terbalik. Ayahandaku pun turut serta dalam ekspedisi aku ke wad pembedahan ini.

Sesampai je di sana terpaksa aku menunggu lagi di kaunter. Macam beratur naik bas pulak. Dengan keadaan terbaring ni menyebabkan pinggang aku lenguh dan buntut terasa panas. Dah tu betul-betul diletaknya aku bawah aircond. Demam aku mencanak naik. Setelah aku hampir dibawah takat beku barulah aku ditolak ke bilik pembedahan..... jeng..jeng....

Seolah-olah aku disorong masuk ke dalam ke dlm workshop. Dgn mesin canggihnya dan tool yang sofistikated aku terpegun seketika. Tapi kujengah-jengah kot-kot ada Lathe Machine ataupun Milling Machine yamg aku biasa gunakan tu. Jangan doktor tebuk hati aku guna Drilling Machine dah.

“Adik tahu tak apa yang kita nak buat hari ini?” sapa seorg doktor, cuba bermain popkuiz dgn aku.
“Liver biopsy”, jawabku pendek.
“Ya.....(10 markah untuk aku)..... Kami akn buat sedikit hirisan kecil kat abdomen adik dan gunakan alat ini untuk mengambil sedikit hati adik”, katanya sambil mengajukan aku sebentuk alat yang pemegangnya spt gunting tapi bilahnya spt jarum sepanjang sejengkal.

Entah mengapa aku sedikit pun tak berasa cemas atau takut. Aku rasa begitu biasa sekali. Doktor tu pun hairan dgn ketenangan aku ni. Saat ini aku cuma mampu bertawakal. Dilumurnya abdomen aku dgn cecair merah hati yang aku tak tahu apakebendanya. Mengeliat sebentar aku sebab cecair memang sejuk. Di skrin pael ultrasound tu tertera gambar organ bhgn dlam perut aku ni. Hanya doktor tu yang mengerti. Selepas dua injection bius dikenakan pada perut aku, aku tak dapat langsung mengagak apa yang doktor tu lakukan terhadap perut aku.

“Alahai, hatiku dah dicuri orang.....”

Doktor tu dah dpt apa yang dia nak. Secebis hatiku....
Walaupun aku dibius tapi aku masih sedar sebab yang kena bius tu perut aku bukannya otak aku . Setelah siap prosedur ini yang mengambil masa lebih kurang setengah jam, aku dibiarkan berbaring sebentar dalm dewan pembedahan. Sambil itu tekanan darah aku terus dicatat maungkin naj elak sebarang kemungkinan. Aku disorong keluar dan pada masa inilah saat keperitan timbul. Mungkin setelah kesan ubat bius semakin hilang dan dadaku kian sesak. Sakitnya bukan terasa pedih tapi rasa senak yang mengcengkam hulu hati. Apa perasaan aku waktu tu? Entahlah aku pun tak tau. Nak kata takut tak pun. Nak kata gembira ada juga skit2. Tapi apa yang pasti aku rasa sejuk time tu sbb aircond menderu menggigilkan aku. Hendak saja aku selimuti selurh tubuh dgn selimut tapi risau jugak aku nanti ditolaknya aku ke bilik mayat. Naya aku.
Natijahnya aku demam aku makin klimaks petang tu. Ibu datang menjelum kepala dan megelap badan aku yang sejak semalm tak kena air. Rasa seronok juga dibelai, dimanja sebegini. Kasih ibu membawa ke syurga. Tak akan aku sia-siakan ibu aku yang seorg ni. Syukur menjelang petang demam kian kebah. Aku kini melonjak=lonjak nak balik pulak. Tak tahan dok sini.

Sehari lagi aku kena tahan kat wad. Tensen betul. Nasib baik aku dipindahkan ke Wad Kelas Dua. Selesalah skit. Tahap keboringannya juga bertambah. Rasa macam nak lari je dari wad, tapi memandangkan aku perlu minta surat MC dari doktor, terpaksa aku tahan niat suci aku ini. Dalam wad ni aku yang paling muda dan sihat serta bertenaga. Hairan pakcik depan katil tengok aku sampaikan dia tanya apa sakit aku. Yelah aku tak nampak macam org sakit pun. Jawabku “sakit hati, pakcik”. Terpinga-pinga dia memikirkan mungkin aku ni terlepas dari wad mental kot .


Bagi mengisi ruang keboringan aku dapatlah juga aku buat beberapa pemerhatian. Perbezaan antara wad kelas dua(WKD) dan wad kelas tiga(WKT):
1) Katil kat WKD ada dua bantal tapi WKT dpt satu bantal je
2) Katil WKD rendah-rendah belaka tapi katil WKT tinggi-tinggi belaka, nak naik kena lompat skit.
3) Nurse kat WKT kebanyakan muda-muda dan comel lote tapi nurse kat WKD kebanyakan yang dah berumur dan berpengalaman.
4) Lampu kat WKD mesti kena tutup waktu tidur tapi lampu kat WKT terpasang 24 jam.
5) WKD ada tv, WKT takde tv.
6) Charge WKD RM20 sehari, charge WKT RM 5 sehari.


Aku rasa kalau legi lama aku kena tahan kat wad ni aku boleh buat thesis pasal perbezaan WKD dan WKT dan lagi cepat aku dpt title doctorate ehehh...
Petang Rabu 21hb tu barulah aku dilepas bebas oleh doktor. Itupun mungkin setelah doktor jemu melayan pertanyaan aku, “Doktor. Bila saya boleh balik”. Ataupun nurse risau dgn kehyperaktifan aku dalam wad boleh mengganggu pesakit lain. Aku dihantar pulang oleh ibu bapaku yang setie menemani aku di wad ini. Petang tu juga mereka balik ke Kedah. Kesian abah, mungkin penat drive kesin tak hilang lagi, dah nak pulang dah. Apa boleh buat, tuntutan tugas. Mujur adikku yang dua org tak buat banyak masalah sewaktu disini. Terima kasih mak abah, jasamu ini pasti akan ku balas suatu hari nanti. Ya Allah, kau berikanlah aku kesempatan kepada aku untuk melunaskan jasa kedua ibu bapaku di dunia ini. Kau jadikan aku ank yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka didunia dan akhirat. Amin.



alone at 4:56 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS