Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: February 2004
Monday, February 23, 2004


23 Feb. 04
02 Muharram
Salam khair....
Didoakan kepada diri aku sendiri... Semoga sihat sejahtera dan kuat untuk menghadapi hari ini dan seterusnya...

Kampus aku sekarang menghadapi satu musim yang biasa dihadapi oleh semua kampus di dunia ini apabila tiba hujung semester. Tekanan, ketabahan, kekalutan, ketenangan, kerisauan semuanya bagai diadun khas dalam saat genting sebegini. Bagi yang dari awal lagi telah bersedia, kebimbangan tak terserlah sehingga dalam tidur pun boleh tersenyum lagi. Bagi aku (dan juga rakan seangkatan) sedaya mungkin mencari sedikit ruang masa untuk menyelak hatta secebis formula. Walauapapun saat sebegini harus aku manfaatkan sepenuhnya kerana pengalaman sebegini hanya boleh dikecapi hanya ketika kita belajar. Lagipun tanpa ujian apalah guna kita belajar dan tiada makna belajar tanpa cabaran.

Belajar ini umpama hidup kita. Dan musim peperiksaan adalah umpama ujian yang datang menduga kita. Saat dimana harus kita bermuhasabah dimana tingkat diri kita. Sepertimana selesainya sesuatu peperiksaan, kita akan sedar kelemahan kita menguasai seseatu subjek itu dan betapa banyaknya yang kita tak tahu (bagi orang macam aku ni..). Begitu juga selepas menerima ujian takdir dari Ilahi kita akan terkesan (bagi org yg sedar) dengan kedudukan iman kita disisi Allah dan dimana silap kita. Selalunya (tapi bukan kemestian) pasti ada peluang kedua bagi kita untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang selagi mana kita tidak melakukan dosa syirik kepada-Nya.

Demikian juga dengan hal peperiksaan, andai kata kita tak lulus, pasti kena repeatlah jawabnya asalkan kita tak jatuh melepasi syarat minimum yang melayakkan kita kena dismiss . bersama fikirkan..

Ops.. ada lagi. Exam ini umpama medan bagi kita mengukur tahap ilmu kita dan sebagai menguji kekuatan fizikal dan mental tatkala di dalam dewan peprikasaan. Ujian hidup pula merupakan medan bagi mengukur tingkat iman kita dan menguji keutuhan akidah dan spiritual kita. Kan ada persamaan tu... Gebang punya gebang, hang tu dah study ke belum???? Esok ada paper...


alone at 5:00 PM


Sunday, February 22, 2004


22 Feb. 04
1 Muharram
Salam khair.....
Tahun ini masih sudi menerima aku sebagai tetamunya. Dengan izin Yang Maha Esa, roh aku bersatu semula dengan jasadku pagi subuh ini. Kembali menguasai sukma dunia yang nyata setelah semalaman terawangan dalam fantasi. Dengan lafaz kalimah keramat, Allah, terputuslah satu belenggu syaitan yang mengikat diri. Mandi, bersuci dan berwuduk, maka terurailah satu lagi belenggu syaitan. Dan solat subuh pada pagi yang bening, menyerah diri pada yang Esa, tanda iman padu dijiwa, menidakkan sama sekali bibit penguasaan syaitan dengan terputusnya belenggu syaitan yang penghabisan itu. Syukur....

Menghadapi hari baru, membuka lembaran episod baru. Meninggalkan babak-babak kesia-siaan hidup menerobos tirai pengharapan yang baru. Aku mesti bersemangat. Nak tegakkan Islam, aku mesti kuat. Jangan jadikan bayangan kekecewaan semalam menjadi kabut yang melemaskan diri. “Ya Allah engkau jadikan aku tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas dan engkau jadikan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini”. Amin...

Sesungguhnya semalam hari terakhir tahun hijrah itu, memang agak mengecewakan aku. Menghadapi dua exam berturut-turut pagi dan petang ternyata menewaskan aku yang sememangnya lemah kekuatan mental. Paper Bahasa Melayu yang agak kacang (bukan ayat riak...) tak sempat ku sudahkan dgn baik kerana kesuntukan masa. Begitu juga dgn paper English, masa menjadi penghalang. Dua jam exam terasa bagai hanya dua puluh detik. Salahku juga, terlalu yakin dan berhati-hati sehinggakan masa berlari tak disedari. Kukira andai diberi ½ jam lagi pun belum tentu aku boleh habiskan. Ah sudahlah... barang yang lepas.... ai jgn dikenang... Pastikan tahun baru ini tidak sebegini lagi!!!

Awal Muharram detik permulaan...
Perkiraan tahun Islam hijrah...
Perpindahan nabi dan umat Islam...
Dari kota Mekah ke kota Madinah...
Dengan keyakinan dan iman yang teguh...
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu...
Rela berkorban... harta dan nyawa...
Demi menegakkan Islam tercinta...
Hijrah itu pengorbanan...
Hijrah itu perjuangan...
Hijrah itu membentuk persaudaraan...
Hijrah membentuk perpaduan...
Oleh itu.. mari semua kita sambut maal hijrah...
Tingkatkan semangat... tegakkan syiar Islam...
Untuk sepanjang zaman....(3x).


DOA AKHIR TAHUN

“Ya Allah sesungguhnya tahun ini aku telah melakukan larangan-Mu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menagguhkan azab-Mu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohan keampunan dari-Mu, ampinilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.”


DOA AWAL TAHUN...

“Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yamg Maha Agong dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada-Mu perlindungan dari syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perkindungan dat\ri nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan da melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu.”


Amin


alone at 4:58 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS