Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: May 2004
Saturday, May 22, 2004


22 Mei 2004
2 Rabiul Akhir 1425

Ke mana hang hari ini ye. Oh... aku dan kengkawan sepatutnya ke FRIM sebab ada rehlah tapi lokasi telah bertukar ke Hutan Lipur Kancing. Amboi tak berenti-renti berjalan. Satu kejayaan bagi aku kerana aku berjaya mengheret Din sekali dalam rehlah ini. Seingat aku sebelum ini tak pernah dia ikut program ikhwah yang aku ajak kecuali iftar je. Asyik-asyik mengelat. Tapi syukur kali ini hati dia terbuka nak ikut sekali dan dia tak dak excuse nak nafi kehadirannya kali ini.

Semalam pukul 2 pagi meredah kedinginan malam ke rumah akob sebab nak kena sediakan sandwich untuk rehlah pagi ni. Tapi ini tak menghalang aku untuk cergas bermain air dan akibatnya selsema aku mencapai tahap maksimum. Tak kisah yang penting gumbira.

Haihh... entah bila aku nak balik kampung ni. Terlalu banyak tentatif aku sepanjang cuti ni dan ada yang bertindih. Pening kepala aku memikirkan mana satu yang patut aku pilih dan korbankan.

22 Mei 04 – Rehlah QYC and KARISMA. Hutan lipur Kanching.
23, 24, 25 Mei 04 – Program kat Bangi.
29 Mei 04 – Urusan rasmi di Jengka, Jerantut.
30 Mei 04 – kenduri rumah sahabat baik aku, Arfendi. Kakak dia kahwin. Dahla kak dia bertunang dulu pun tak dapat hadir.
3-8 Mei 04 – jadi fasilitator di Kersani Training Center, Segamat. Program akh Wan Muhammad. Ni tak confirm lagi.
4-6 Mei 04 – program dengan GMB [Gabungan Mahasiswa Baling] kat sekolah di Pendang. Aku dipaksa hadir untuk slot Palestin.
2- 6 Mei 04 – Fariz ajak pi Penang untuk program dengan Ustaz Asri Zainul Abidin. Menarik jugak. Tak wajar kalau aku lepaskan.
6 Mei 04 – kenduri rumah YB kat Lubuk Merbau. Abang dia kahwin. Aku bagitau condition aku mungkin tak dapat pi. Dia kata tak kisah tapi dia kata kalau time dia kahwin aku tak pi, dia tak akan jemput aku dah kali kedua dia kahwin :-). Memang pandai buat lawak member aku sorang ni.


alone at 11:30 AM


Thursday, May 20, 2004


20 Mei 2004
30 Rabiul Awal 1425


Setelah sekian lama aku tak bersua muka dan bertukar cerita dengan sifu aku akhirnya kami bersantap semeja menikmati makan malam warung tepi jalan di Bangsar. Rindu aku dengan kupasan kuliah hadisnya sewaktu di matrik dulu. Diselang-seli dengan humor dan disuntik kritikan pedas yang menusuk kalbu menyebabkan aku tak miss setiap Khamis malam Jumaat. Berita terbaru darinya mengatakan sambutan Kuliah Hadisnya kini tidak seperti dahulu lagi. Dulu zaman kami dulu hanya kelas di sebelah library yang boleh memuatkan kira-kira 40 orang pun tak penuh, tapi kini katanya dia terpaksa menempah Lecture Hall A yang berkapasiti 300 orang itu. Itupun katanya penuh sehinggakan ada yang terpaksa duduk di lantai. Azam aku buka semester baru nanti, aku nak menjenguk juga suasana di sana dan juga urusan rasmi :-)

Itulah Ustaz Maszlee, ustaz muda yang bersemangat yang menjadi mentor aku selama dalam saf perjuangan ini. Teringat lagi saranannya, agar jangan jadi ustaz sepertinya tapi jadilah “prostaz”, [professional + ustaz]. InsyaAllah


alone at 11:29 AM


Wednesday, May 19, 2004


19 Mei 2004
29 Rabiul Awal 1425


Merdeka!(x7).... Syukur... Terasa seperti dunia ana yang punya. [ihsan lagu P.Ramlee] Bebas aku dari formula dan nombor yang memeningkan. Setelah penat study marathon dengan Akob dan Anas sepanjang minggu lepas maka berakhirlah satu “azab”. Aku tak mau fikir dah pasal exam yang lepas. Barang yang lepas jangan dikenang. [juga ihsan P.Ramlee].

Jadi dengan rasminya bermula cuti semester aku dan juga bermulalah pekerjaan aku. Tak bercadang nak pulang lagi kerana ada banyak kerja yang nak aku setelkan dan program yang perlu aku hadiri. Malamnya aku, Din dan akh Aidil ada meeting dengan Celcom dan IT team Pas berkaitan dengan teknologi SMS di Taman Melewar. Ini bukannya meeting election atau apa-apa yang berkaitan dengan politik. Pak cik Rasyid, Vice President Celcom [if I’m not mistaken] memang dah aku kenali sebelum ini menawarkan teknologi syarikatnya untuk kami developkan dan implementkan dalam bisnes kami. Din memang pakar dalam bab teknikal sistem ini. Kebetulan meeting ini di Markas Pas kerana ikhwah Pas juga turut berminat dengan teknologi ini untuk rangkaian network mereka.


alone at 11:27 AM


Tuesday, May 18, 2004


18 Mei 2004
28 Rabiul Awal 1425


Salamun khair.... Hari yang keramat bagi aku. Memang aku tewas dengan percaturan mental aku sendiri. Menghadapi dua exam dalam satu hari memang membebankan kepala otak aku. Seperti processor komputer yang di”overclock”kan, terasa seperti overload pulak. Dah la processor kepala otak aku ni hanya standard AMD Athlon 2400+ yang sememangnya cepat panas kalau beroperasi berterusan non stop. Tetapi kengkawan aku yang kepala otaknya berkapasiti processor Intel Pentium 4 pun tak kurang panas jugak.

Exam Enginering Material pada paginya sememangnya telah menuntut sejumlah besar memory hard disk aku dengan deretan formula dan fakta yang perlu difahami. Jadi pada petangnya exam Economics menyebabkan seperti aku lelah, dah la air cond Foyer 2 CAC umpama di bawah takat beku. Yang aku tahu soalan objektif semua dapat dijawab oleh aku [tanda je kan, tak tau tembak je] dan soalan esei aku goreng cili api sesedap rasa tanpa gula dan garam. Apapun yang penting sekarang ialah tawakal setelah penat berusaha.


alone at 11:25 AM


Sunday, May 16, 2004


16 Mei 2004
26 Rabiul Awal 1425
Salam khair....

Pagi hujung minggu ini seperti biasa aku di padang beriadah bola bersama ikhwah QYC. Bezanya cuma kali ini kami ada match ad-hoc dengan bebudak ISMA [Ikatan Siswazah Muslim Malaysia]. Sebab apa aku panggil depa bebudak sebab mereka kebanyakannya baru lepas sekolah dan muda daripada kami.

Tetapi, semuda-muda dan sekecil-kecil mereka kami dibelasah teruk dengan jaringan gol yang besar. Memang kami akui kebanyakan kami memiliki skil individu yang tinggi [termasuk aku :-)] namun tak dapat nak menandingi teamwork dan kelicikan mereka. Aku yang dah sekian lama tak bermain full field terasa seolah-olah bermain di padang golf yang saujana mata memandang. Pancit aku mengejar bola melayan gelagat bebudak ni yang sememangnya well-trained dan berpengalaman. Team kami hanya bermain untuk keluar peluh sahaja. Aku dengan rambut mengerbang ala-ala David Seaman (gara-gara dah lama tak gunting rambut) hanya mampu bertahan setengah jam sahaja. Memang aku dah “season”. Tak secergas waktu zaman muda-muda dulu.

Lagipun memang kami tak kisah dengan kekalahan ini kerana apa yang penting ialah ukhuwah [mengelat konon]. Tapi aku kagum dengan semangat coach mereka yang amat mengharapkan ada satu team bola yang menutup aurat bermain dalam liga Malaysia. Tunjukkan kepada mereka bahawa kita juga boleh berjaya dengan mengikut syariat. Memang tinggi harapan coach mereka namun tak mustahil untuk dicapai. InsyaAllah.

Ada satu ayat coach kata kat aku dan beberapa kawan yang lain yang tak boleh aku lupakan, “Badan macam awak ni ada body sebagai seorang player”. Memang body aku ada fit tapi aku tak ada stamina! Tak guna jugak!


alone at 11:23 AM


Friday, May 14, 2004


14 Mei 2004
24 Rabiul Awal 1425
Salamun khair...

Setelah genap seminggu aku menunggu, Jumaat yang berkat tiba lagi. Penantian aku berbalas jua akhirnya. Syukur masih diberi peluang oleh-Nya untuk mengambil berkat dan sunat Jumaat hari ini.

Jumaat hari yang berkat doanya. Hari di mana Adam diciptakan. Hari ini juga Adam dikeluarkan dari syurga dan diturunkan kedunia. Hari yang mana juga dijanjikan Allah akan Hari Kebangkitan ke atasnya. Hari yang membezakan kita umat Islam antara kaum Yahudi dan Nasrani. Barangsiapa yang meninggal pada hari ini, bebaslah dia dari azab kubur. Hari yang mempunyai seribu satu makna bagi umat Islam amnya.

Jadi sebagai umat yang taat, maka haruslah kita mengambil manfaat yang sepenuhnya dari berkat hari ini. Doakan agar kita dimatikan pada hari ini dan semoga pengakhiran kita adalah husnul khatimah. Amin


alone at 11:22 AM


Thursday, May 13, 2004


13 Mei 2004
23 Rabiul Awal 1425
Salam khair....

Sempat aku telefon bonda malam semalam. Sebagai pelepas rindu sejak sekian lama tak berhubung (padahal baru Jumaat lepas ibu telefon). Bicara berkisar hidup aku di sini dan keadaan kampung sana. Ada satu kejadian yang dilaporkan ibu yang membuatkan hati cekal aku terasa. Ibu menceritakan hal adik keempat aku memberinya hadiah sempena Hari Ibu yang lalu. Aku sebagai abang memang tak particular dalam hal-hal ini. Bagi aku sambutan hari-hari keraian tertentu ini adalah biasa bagiku. Pendapat aku biarlah hari-hari adalah Hari Ibu, Hari Bapa dan lain-lain lagi. Tetapi tindakan adik aku ini telah mencabar wibawa aku sebagai seorang abang. Takpa, aku nak tunggu Hari Bapa nanti. Aku nak bagi “something” lebih special buat ayahanda dan bonda sekaligus.

Aku tahu tujuan ibu menceritakan hal ini bukan semata-mata nak kenakan aku tapi cuma lebih bersifat kenyataan laporan rutin. Apa yang lawaknya, adik bongsu yang baru kering hingus tu turut bersungguh-sungguh mendesak abah supaya membeli hadiah untuknya. Katanya “Nak bagi hadiah kat mak macam Bang Wan bagi”.


alone at 11:20 AM


Wednesday, May 12, 2004


12 Mei 2004
22 Rabiulawal 1425
Antara Peranan dan Bebanan...


Tercari-cari arah haluan diri
Adakah betul jalan pilihan hati
Bimbang kelak tak mampu tanggung nanti
Tapi rasanya ini yang terbaik
Buat diri ini yang sememangnya pelik.



Suatu malam yang sunyi aku berteleku sendiri. Memikirkan diri aku sekarang dan masa hadapan. Yang silamnya aku simpan baik-baik jauh dalam serebrum kiri aku. Mempertimbangkan apakah jalan yang aku pilih sekarang bakal memandu aku ke masa depan yang gemilang. Risau juga tenggelam di separuh jalan tak jumpa pelampung nak berpaut. Difikirkan kembali masa hadapan, umpama angan-angan, lebih baik aku hadapi hadapi realiti sekarang. Biar aku senang dengan cara dan gaya aku tersendiri tanpa menyakitkan sesiapa.

Inilah aku. Kini dipersimpangan delima. Apakah jalan yang harungi kini adalah salah atau betul. Tidak timbul persoalan dosa atau pahala. Kerana niatnya sama-sama suci.

Entahlah labu.... Alkisahnya begini. Hidup aku rasanya kini bukan sebagai pelajar. Umpama belajar sambil bekerja[bukan bekerja sambil belajar, PJJ tuh]. Banyak projek yang kini aku dan team aku sedang usahakan. Antaranya kedai basikal+buku, website komersial, networking setup (project Sarawak), MLM (Jerantut-KL), Landmark kuliyyah dll. Walaupun tak semua aku involve, tapi komitmen kami sebagai satu team turut mengheret aku. Memang aku akui ini satu advantage bagi kami, terutama apabila menghadapi alam kerjaya nanti. Tapi aku risau juga sedikit sebanyak akan menjejaskan study kami. Sesungguhnya pengalaman sambil belajar sambil bekerja ini memang mencabar dan menyeronokkan.



p/s: Ustaz Maszlee lain pulak, dia cadangkan kat ahli jilsah dia supaya kahwin sambil belajar. Banyak kelebihannya dia kata. Insya Allah aku cuba usahakan :-)


alone at 11:17 AM


Tuesday, May 11, 2004


11 Mei 2004
21 Rabiulawal 1425

Salam khair....
Didoakan kepada aku semoga berada dalam situasi yang hebat dan berkat!

Hidup manusia memang kompleks. Apatah lagi hidup seorang insan aneh macam aku ni. Cuba memahami dunia dengan caranya yang tersendiri sampai kekadang tak faham apa yang dibuatnya. Kononnya mampu mengharungi alur yang tenang namun lemas di lubuk yang tohor. Mengakui diri sudah masak ranum matang walhal masih lagi kelat dengan pengalaman.

Dalam usaha kita terkial-kial mencari jalan peluang bagi hidup kita, kekadang kita tidak sedar bahawa ada “road-block” di hadapan yang menyekat perjalanan. Cabaran dan dugaan yang kita hadapi adalah sesuatu yang positif. Sebagai satu analogi, andaikan situasi hidup kita sebagai satu logam. Setiap logam mempunyai tahap kekuatannya yang berbeza. According to Hooke’s Law [nak cerita pasal study aku kena dlm English, dlm bahasa nanti sapa pun tak faham termasuk aku :-)], stress that applied by the spring is directly proportional to the length. It means that, for most metals that are stressed in tension and at relatively low levels, stress(tekanan and strain(regangan) are proportionality to each through the relationship: σ=Eε

The differences betwen those spring is the value “modulus of elasticity”, E. The more stiffness (kuat) the spring, is the greater value of constant of proportionality E1. Jadi apa yang membezakan hidup seorang insan dengan insan yang lain ialah nilai “E” nya ini. Semakin dia tegar dan alah dengan cabaran serta dugaan hidup, semakin kuatlah dia bertahan mengharungi hidup ini. Tapi ingat! walaupun kita kuat seperti sebatang logam besi sekalipun namun akan patah berbanding dengan sebatang plastisin yang hanya bengkok apabila cuba dilenturkan.

Rujukan: 1Callister W.D (2003). Materials Science and Engineering: An Introduction. New York: John Wiley & Sons, Inc.


alone at 10:52 AM


Monday, May 10, 2004


10 Mei 2004
20 Rabiulawal 1425

Salam khair...
Aku pun tak tau kenapa dua tiga menjak ni motivasi aku semakin kurang. Tidur cukup. Makan kenyang. Mandi pun basah. Mungkin aku tak cukup duit kot.... he..he..he.



alone at 10:50 AM


Thursday, May 06, 2004


06 Mei 04
16 Rabiulawal 1425

Senandung Suatu Hari


Ke Putrajaya aku hari ini. Ready 8 pagi, jalan 10 pagi. Utk hal sponsorship program Engitex kami nak selesaikan. Bersama Fahmi dan Azril aku pergi. Gebang panjang pegawai kementerian Sains& tech kami dengar. Kebas punggung aku, lenguh pinggang Azril. Fahmi tetap maintain. Demi RM 6000 bertahanlah kami. Syukur Alhamdulillah InsyaAllah dapat. Sudah tertunailah satu tanggungjawab.

For all my friendster.....
Thanks for supporting me...


Thank You
For simply being there
On the cloudy days
On the sunny days

Thank You...
For sharing your joy’s and pain with me
For showing me that I’m so special
That my contribution count
Through our friendship
I have grown as a person and I hope you have too...

Thank you for being my friend
For the special memories
We share together now.
For the never ending support
You always give me...

I will always love you
I can’t tell you how much
That you mean to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special
And I hope tomorrow will be better...
Thank you.... for everything



alone at 4:43 PM


Wednesday, May 05, 2004


05 Mei 04
15 Rabiulawal 1425

Salam khair....

Maaf teman.... sekian lama aku tak mengemaskan “Teratak Khair” ini. Semakin bersawang dan suram jadinya tanpa sentuhan ayat penerus bicara. Tak bermakna aku dah berkubur atau minda ini terus kabur. Cuma lantaran kesibukan tugas dan tanggungjawab yang perlu akur pada perhatian.

Syukur sepanjang cuti lepas aku dapat menghabiskan masa di mahligai ketenangan. Pulang ke kampung sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepala dan melepaskan lelah setelah penat bergelumang dengan hal pelajaran dan tanggungjawab hidup di sini. Rona hamparan sawah padi yang masih keanakan hijau dan segar bauan anak padi umpama satu penawar bagi pencinta damai seperti aku ini. Sungguh aku leka dengan nikmat Tuhan yang aku hayati ini...

Di tempat aku US (Utara Semenanjung), rata-ratanya kini sedah bermula musim padi baru. Cuma beberapa petak shj yang masih lagi belum memulakan proses “menabur” anak benih termasuk sawah ayahanda. Kerja menabur benih terpaksa ditangguh lantaran benih tak menjadi dan terpaksalah ayahanda mencari benih baru. Terpaksalah kami mengepam semula air kedalam petak tetapi mujur hujan rahmat membantu. Kuranglah sedikit beban.


alone at 4:40 PM


Tuesday, May 04, 2004


04 Mei 04
14 Rabiulawal 1425

Selasa malam Rabu setiap awal bulan. Ceramah Ustaz Shamsuri Ahmad di Masjid Sultanah Bahiyah. Kitab Bahrul Mazi (Lautan Madu) karya Syeikh Idris Al-Marbawi. Jilid 18..... Malam ini ustaz huraikan hadith pasal bab yang menyatakan akan nikmat-nikmat yang akan diperolehi penghuni syurga dan segala kesedapan yang terdapat dalam syurga. Seperti biasa masjid akan penuh melimpah ruah umpama ada pesta. Tapi yang datang malam ini bukannya untuk bergembira tetapi dahagakan sedikit ilmu sebagai amalan di sini dan bekalan di sana....


alone at 4:39 PM


Sunday, May 02, 2004


02 Mei 04
12 Rabiulawal 1425

Di mana aku sempena Maulud Nabi ini. Tetap di rumah umpama tiada apa-apa. Apa punya umat aku ini. Memori cuti Maulud yang lepas. Aku bersemangat seorang diri ke Bukit Jalil menghayati sambutan Maulidur Rasul di sana. Apa dah jadi dengan aku tahun ini? Perlu ditajdid kembali semangat yang hilang ini.


alone at 4:36 PM


Saturday, May 01, 2004


31 August 2004
15 Rejab 1425
Nama Operasi: Ops Merdekarisma I
Lokasi: Pinggir barat daya KLCC dan sekitarnya.
Masa: 0030 – 0500
Objektif: Menghapuskan saki baki penjenayah maksiat dan memastikan kawasan sekitarnya bebas dari ancaman lagha.
Sasaran: Remaja Muslim yang berpeleseran. Termasuk lelaki dan perempuan.
Modus operandi: Sebar dan rakam
Kekuatan: 3 Kancil dan 1 Serena bermuatan ± 20 anggota elit Karisma.
Senjata: risalah, kamera, camcorder dan doa.
Status: Misi berjaya dan Selamat.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, sambutan malam Merdeka aku semalam diisi dengan aktiviti bermanfaat. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, hanya meraikan dalam bilik tanpa apa-apa erti signifikasi. Malam ini tidak sepertimana malam setahun yang lalu.

Syukur sekali lagi, kerana program yang hanya dirancang secara ad-hoc dan last minute mandapat sambutan hangat daripada ikhwah. Mungkin dari kesedaran hendak melihat sendiri kemungkaran dan seterusnya mencegah dengan daya sendiri menjadi pemangkin kepada operasi yang julung kali diadakan ini. Seusai sahaja kuliah Baitul Muslim di Al-Amin Gombak, tenaga ikhwah terus dikerah mencari siapa yang sanggup berembun malam ini. Alhamdulillah 3 buah kancil dan sebuah Serena meluncur membelah kedinginan pagi 1230 malam menuju ke KLCC.

Perjalanan masuk ke bandaraya seperti sudah dijangka, pasti menongkah kesesakan. Sepanjang perjalanan pun kami dihidangkan dengan aksi excited warga kota menyambut Merdeka ini. Bunyi bingit hon dan juga riuh rendah peleser tepi jalan menjadikan malam tidak mati. Mujur Serena dapat ‘parking khas’ depan Balai Polis Jln Tun Razak dan terpaksa menapak sedikit menuju ke Masjid As-Syakirin, operation center kami malam tu. Pelbagai gelagat dan ragam manusia aku abadikan dalam lensa kamera untuk dijadikan sempadan. Nak tengok gambar mintak kat Awang& Safwan!

Turut menanti kami disana ialah Pak Cik Rahim& beberapa orang ikhwah. Taklimat ringkas diberikan oleh beliau dan diikuti solat hajat fardhi dengan harapan moga dipermudahkan urusan kami dan diikhlaskan niat ini. Imam Masjid juga tak ketinggalan memberi perangsang dan membaca doa berjemaah. Berterima kasih atas usaha kami ini yang sanggup untuk membantu pihak masjid mencegah kemungkaran di sekeliling masjid sendiri meskipun sumbangan kami tidaklah sehebat mana. Kewajipan mencegah mungkar adalah satu tugas mulia yang sememangnya berat untuk dilaksanakan. Mencegah mungkar dengan tangan dan daya sendiri adalah lebih baik daripada mencegah dengan hati secara berdoa kerana itulah adalah selemah-lemah iman -Riwayat Muslim. Selain itu, program sebegini mendedahkan du’at Karisma dengan suasana sebenar di medan perjuangan dakwah. Setelah mengenalpasti lokasi setiap kumpulan, dengan bersenjatakan risalah, kamera dan camcorder kami memulakan langkah. Doa sebagai perisai. Bismillahirrahmanirrahim.

Kumpulan aku mensasarkan kawasan parking yang gelap sebagai medan kami. Perasaan was-was dan bimbang pada mulanya menjadi lenyap apabila tidak tahan melihat maksiat berterusan dan juga semangat berjemaah yang ditunjukkan. Inilah penting konsep amal jamaei dalam usaha kita melakukan kerja-kerja dakwah. Kambing yang bersendirian akan dimakan serigala. Pelbagai reaksi ditunjukkan melalui air muka mereka apabila diunjukkan risalah dan booklet. Seolah-olah menyindir, tidak puas hati, terkejut dan tak kurang juga yang memerli usaha kami ini. Namun kami kuatkan hati kerana kami tahu apa yang kami buat ini adalah benar.

Tiada bezanya antara remaja yang bertudung atau tidak kerana seolah-olah mereka berkata, “Ah...Orang lain boleh buat mengapa kami tidak”. Tudung di kepala hanya sebagai fesyen bukannya sebagai memenuhi tuntutan agama. Apa tidaknya, rambut kepala dibungkus rapi namun bahagian dada tu dibiarkan terdedah. Sepertimana dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, Allah dah menegaskan hal ini:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bagi remaja yang tidak cukup kain pula, dengan terdedahnya kawasan yang tidak sepatutnya dengan pakaian yang jarang dan menampakkan bentuk tubuh badan seakan-akan membiarkan mahkota kebanggaan mereka dibiarkan terdedah dijamah lihat oleh pemuda yang memang liar matanya. Barang yang berharga selalunya ditutup rapi dan disembunyikan daripada pandangan umum, namun mereka seolah-olah tiada harga bagi diri mereka lagi. Kekadang aku pun terlepas pandang pemandangan sebegini lantaran lemahnya iman di dada ini. Hanya istighfar sebagai penawar. Firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat 30:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Tergeleng-geleng kepala aku menyaksikan suasana negara Islam yang kita banggakan ini menjadi model negara Islam liberal dengan motto Islam Hadhari (baca: Had-Hari). Adakah ini bermaksud Islam yang kita anuti ini ada had dan hari-hari tertentu sahaja yang kita boleh amalkan. Hanya merangkumi soal ibadah dan muamalah dan tidak boleh melepasi had pelaksanaannya dalam hukum dan pemerintahan. Ataupun hanya boleh diamalkan pada hari kematian, hari perkahwinan dan hari-hari perayaan Islam sahaja. Islam hadhari yang bermaksud moden, progresif dan bertamadun. Islam agama yang syumul yang merangkumi segalanya tidak memerlukan definisi lain untuk menjelaskannya dalam teori yang lain.

Bercampur baur perasaan aku, menyaksikan muda-mudi berpelukan dengan berlatarbelakang rumah Allah. Umpama sudah dicabut perasaan malu dari jiwa mereka. Seperti ancaman Nabi dalam hadisnya yang bermaksud “Apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki” –Riwayat Bukhari (rujuk Matan al-Arbain karya Imam Nawawi). Tugas ini memang mencabar terutamanya bagi yang permulaan seperti kami ini. Teringat kata-kata Syed Qutb yang lebih kurang begini maksudnya, “kita perlu didedahkan kepada jahiliyyah. Runtuhkan jahiliyyah dan bangunkan kebenaran atas jahiliyyah”. Beliau berjaya mengangkat senjata,menentang ideologi mungkar seterusnya menggungkapkan istilah jahiliyyah moden. Pemikiran beliau amat kotemporari dan berjaya memaparkannya dalam penulisanmaalim fi'l-tareeq atau petunjuk sepanjang jalan. Buku tersebut membentangkan kemungkaran dalam masyarakat Islam, memberikan panduan untuk para pendakwahseterusnya menyatakan langkah-langkah ke arah menegakkan masyarakat Islam yang berasas sepenuhnya kepada pimpinan an-nahjus-sahih. Terasa betapa kerdilnya diri.
Aku dengan kamera terus berkelip memetia setiap aksi sebagai bukti bahawa daerah ini pernah dicemari. Setiap kerlipan kamera aku dipandang tidak selesa oleh mereka. Mungkin menyangka aku spy dengan berjaket ala SB bertujuan mengaibkan atau mendedahkan setiap perilaku buruk mereka kepada umum:-) Mujur tak ada yang kejar aku. Takpa, aku tahu ikhwah lain dah bersedia nak mempertahankan aku kalau apa-apa terjadi. Betul tak? ;-)
Sedari tidak hampir pukul 3.30 pagi kami bertugas. Kumpulan manusia ini tiada tanda-tanda nak beransur meskipun sudah lewat pagi. Kami mengakhiri tugas pagi itu dengan sesi muhasabah di masjid. Setiap ikhwah memberi reaksi tersendiri dan pengalaman terhadap apa yang mereka lalui malam ini. Ujar salah seorang daripada ikhwah, kita tak perlu melihat hasil apa yang kita lakukan ini mendapat perubahan drastik. Kita hanya berusaha. Siapa lagi yang nak buat kerja sebegini kalau bukan lagi kita yang masih kuat kudrat dan kurang tanggungjawab. Nak harapkan pak cik-pak cik sahaja memang tak terdaya mereka. Tak kurang juga ikhwah yang terserempak dengan member sendiri dari UIA. Sepertimana ujar Pak cik Rahim, lihat bagaimana mereka dihalau oleh DBKL yang menyapu sampah seolah-olah turut sama di’sapu’ sekali dengan selonggok sampah yang bertimbun. Begitulah kuasa Tuhan mampu merendahkan dan menghinakan martabat sesiapa yang Dia kehendaki hingga setaraf dengan sampah bagi mereka yang ingkar akan perintahNya. Segala pengalaman tersendiri yang diperolehi, akan kami adun dan uli segebu-gebunya untuk menjadi pedoman dan tauladan dalam perjuangan jalan dakwah ini.

Pulang kembali ke Al-Amin menjelang 5 pagi. Bebudak sana dah bangun bersiap nak qiam. Letih memang tak tergambar tapi yang penting hati puas dan lepas. Dapat sumbangkan sesuatu untuk ummah. Meskipun usaha ini kecil, moga-moga ada nilaian di sisi Allah. “Ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu ini memang kerdil tak mampu nak menegakkan syariatMu dengan pengorbanan kecil ini, namun Engkau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini agar kami istiqamah dalam perjuangan dakwah ini agar syariatMu kembali ke tempat tertinggi. Amin”.


alone at 4:32 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS