Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: September 2004
Thursday, September 30, 2004


30 September 2004
15 Syaaban 1425


Bermulalah buku catatan amal yang terbaru aku dan juga bermaknalah sudah ditutup kitab amalan aku untuk setahun yang lepas. Entah bagaimana nilaian amal aku disisi Tuhan. Adakah akan membantu untuk menambahberatkan neraca kananku nanti. Terlalu sedikit amalan nak dibandingkan dengan nikmat yang melimpah ruah yang dikurniakanNya. Terlalu banyak dosa yang menyelubungi diri, apakah mampu untuk aku tebus pada catatan baru kali ini. Terlalu ciput sumbangan aku untuk ummah meskipun kudrat dan tenaga masih lagi di tahap optimum ini. Akan aku cuba baiki diri ini agar menjadi lebih baik dan sempurna dalam merealisasikan impian Rasulullah, “khairun ummatin ukhrijat linnas”. Wahai kengkawan aku sekalian, sama-samalah mengingatkan aku!!!



alone at 11:28 AM


Sunday, September 26, 2004


25-26 September 04

Training For Trainers Palestinian Issues...



DARI SYUHADA’ BUAT ANDA PEJUANG ISLAM


Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini. Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.

Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan "Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu…(3x).. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami.
Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.”


Petikan sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003




Pengebumian pada hari perkahwinan
In Remembrance of Syahidah Aayaat al-Akhras

.
Ululation's were mixed with tears, for today is her wedding day, even though she has not worn her white dress to be wed to her husband-to-be who has been awaiting this day for over a year and a half! Instead she wore a soldier's uniform and the Palestinian scarf and beautified herself with her noble red blood to transform her wedding into a Palestinian wedding that brings happiness to the hearts of the mothers of the martyrs and the wounded.

Aayaat was to hold her wedding like any other girl in the world, yet she insisted on being a bride in the suit of blood in which only the likes of her are wed, in order to bring pride to her Palestinian people by succeeding to kill and injure tens of Zionist occupiers in a successful heroic operation undertaken by a girl in the heart of the Zionist entity.

Palestine's bride Aayaat al-Akhras will remain an example for every Palestinian woman and man looking for security among the rubble of the massacres of murderer Sharon, and giving his blood and future as a price for this security.


Apa yang boleh kita buat???

Persoalan yang pasti bermain di setiap minda kita sebagai insan yang prihatin dan simpati dengan penderitaan saudara seagama kita ini. Kekadang timbul di benak kita nak berjuang mengangkat senjata sama sama membela maruah agama yang kini diratah oleh Yahudi laknatullah. Sudah menjadi fardu ‘ain bagi seluruh umat Islam andaikata ada negara Islam yang diserang musuh untuk berjihad. Namun, situasi dan keadaan semasa tidak mungkin mengizinkan ditambah pula kekurangan serba serbi material. Tetapi ada lagi senjata jihad yang paling ampuh. Apa itu? BOIKOT...

Boikot adalah pemulauan barangan Israel dan syarikat Amerika yang menyokong entiti Zionis oleh penduduk seluruh dunia menggunakan hak mereka untuk memilih barangan yang mereka beli untuk membantu menghentikan penindasan di Palestin. Ini adalah tindakan yang paling aman untuk meletakkan tekanan terhadap negara haram Israel berbanding dengan peperangan secara terbuka. Inilah perkara yang paling mudah dilakukan oleh kita untuk berjihad menentang sahabat kita ini.

Kita hendaklah menyahut seruan Dr Syeikh Yusuf Qardhawi agar umat Islam memulau barang-barang keluaran Amerika Syarikat dan Israel. Seruan ini turut disuarakan oleh Syeikh Tantawi, syeikhul Azhar. Ulama Jamaatil Islami, Pakestin dan Bangladesh. Syeikh Yusuf Qardhawi mengatakan satu rial yang dibelanjakan membeli barang Amerika bererti membeli sebutir peluru yang akan membunuh anak-anak kita di Palestin. Tujuan boikot ialah untuk mendesak syarikat-syarikat perniagaan Amerika Syarikat (spt restoran makanan segera, minuman ringan, pakaian berjenama, syarikat minyak dsbnya) supaya mendesak Amerika mengkaji semula dasar luar Amerika terhadap Israel kerana ditakuti mengalami kerugian. Peranan Amerika memihak kepada Israel begitu jelas sehingga lebih dari 70 resolusi yang dikeluarkan oleh PBB mengenai perintah supaya Israel mengundur dari kawasan yang diduduki semasa perang 1967 tidak diendahkan oleh Israel. Ini tidak termasuk labih dari 25 resolusi yang dibatalkan oleh Amerika Syarikat melalui kuasa veto atas tekanan gerakan zionis antarabangsa.
Sanggupkah kita??? Tepuk dada tanya iman...:-
p/s: Adakah komputer yang sedang anda gunakan ini dilengkapi Intel??? Sekadar persoalan :-)
Bertukarlah kepada AMD Athlon...[sempat promote lagi tuh]...


alone at 1:00 PM


Thursday, September 23, 2004


23 September 2004
8 Syaaban 1425

Buku yang terbayang-bayang di mata aku ini untuk aku lunyaikan. Tapi duit takdak..

1) Thinking Allowed? – Warren Fernandez – dicadangkan oleh Pak Cik Ariffin. Tapi mesti dalam heavy Englishnya.

2) Ada apa dengan buku? – Shaharom TM Sulaiman – cerita pasal buku pun boleh buat juga? Penulis menganggap buku ini umpama makhluk. Menarik tuh...

3) Arjuna Hati - ????aku tak kenal penulis dia tapi baca sinopsis macam best.

4) Pemikiran Sistemik – Fazrul Ismail – nak beli dah hari tu, tapi budget lari.

5) 1515 Combat – Faisal Tehrani – sambungan dari 1515. geram dengar Din Dang dok cerita ke’best’annya

6) Nak ke Tak Nak – Dr Tuah – adik Am aku ia-ia nak beli dah hari tapi aku tak bagi sebab tak bawa kad diskaun. Kesian kat dia.

Mungkin ada sesiapa yang dah ada buku ni dan sudi nak derma/pinjamkan kat aku boleh gak!!
Buku yang atas rak ni pun tak habis lagi ada angan nak beli lain. Buku teks pun tak larat nak baca apatah lagi…


Dodoian sebelum tidur…

Gelisah dikamar sepi
Bertemankan malam yang dingin
Terlintas di minda detik kematian
Yang entahkan bila akan menjelma
Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terkujur kaku berselimut putih
Wahai Tuhanku apakah nasibku di kubur gelap sesempit itu
Bisakah aku memberi jawapan pada soalan malaikatMu
Dilapisan mana di neraka Mu Kau campak aku kesakitan
Betapa banyaknya dosa-dosaku tak bisa ku meraih syurga Mu
Hanya amal kebajikan didunia yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku...



alone at 11:53 AM


Wednesday, September 22, 2004


22 September 04
7 Syaaban 1425

Sejak dua tiga menjak ni, rutin aku semakin berubah. Mesyuarat sana sini, menjadi agenda baru dalam hidup aku. Tambahan pula diberikan amanah untuk menjadi Head Comm Program Coordinator bagi DINNER dan Annual General Meeting (AGM) QYC malamnya tadi. Malam ini merupakan malam bala bagi aku.

Aku terpilih menjadi salah seorang mainboard yang akan memimpin satu badan yang boleh dianggap penting untuk kelestarian dakwah di UIA ini. Walaupun sebelum ini syura sudah mencanangkan nama aku dalam pemilihan kali ini, tapi tak ambil pusing. Tapi bila diumumkan nama aku setelah undian dijalankan, umpama satu ujian amanah yang yang Allah berikan kepada hamba-Nya ini. Amanah yang akan menjadi bala jika aku tak laksanakan dengan baik namun merupakan rahmat dan redha Allah jika aku tak terpesong niatku. Sesungguhnya aku bukannya orang yang amat layak untuk tugas sebegini. Tapi aku yakin Allah telah aturkan sesuatu untuk aku. Sebagai muhasabah dan peringatan buat diri yang selalu terpedaya dengan hawa. Sebagai ‘Performance Review’ dan ‘checklist’ diri dalam core business aku iatu BELAJAR atau nama lainnya MENUNTUT ILMU!!!




alone at 10:23 AM


Sunday, September 19, 2004


18-19 September 04
3-4 Syaaban 1425

Banyak yang aku dapat daripada program hujung minggu kali ini. Antaranya, bagaimana memanifestasikan bidang yang aku belajar sekarang dengan keagungan Tuhan. Kami di’basuhotak’kan (brainwash) oleh akh Fazrul Ismail. Seorang lulusan Chemical Engineering dari US dan pernah menuntut di Mesir. Ilmunya dalam dakwah tidak menggambarkan beliau merupakan pelajar dari bidang kejuruteraan. Mungkin inilah gambaran seorang “prostaz” sepertimana yang Ustaz Maszlee canangkan dulu. Umur baru 24 tahun tapi dah tulis buku sendiri, Pemikiran Sistemik. Aku bila lagi? Nak buat term paper 16 pages pun tercungap-cungap : )




alone at 10:22 AM


Wednesday, September 15, 2004


15 September 2004
29 Rejab 1425

Pilihanraya kampus...

Hari ini merupakan hari penentuan. Seluruh IPTA serata negara kini sedang me’raya’kan satu perayaan. Apa itu? Pilihanraya...

Kampus aku turut tidak terkecuali walaupun kemeriahan dan kehangatannya tidak dapat dirasai sepertimana tahun lepas. Surat khabar Utusan Melayu semalam muka depan, menceritakan perihal politik kampus yang bakal berlangsung hari ini. Muka depan dengan gambaran suasana di USM berwarna-warni dengan gantungan poster. Namun ironis sekali suasana di UIA ini. Tiada perang poster yang hebat. Tiada perang surat layang. Dan yang paling penting tiada kedengaran perang mulut dan perang fizikal yang berlaku antara penyokong golongan yang bertanding. Seolah-olah setiap lawan menggunakan taktik perang psikologi yang mana masing-masing cuba menonjolkan kekredibilitian secara sihat dan misteri.

Aku juga secara tak langsung menyibukkan diri dalam pilihanraya kali ini. bukan sebagai calon...jauh sekali. Bukan juga sebagai jentera. Namun sebagai penunggu setia perkhabaran kemenangan. Entah mengapa kali ini aku benar-benar berminat dengan suasana politik kampus kali ini. Mungkin kerana spekulasi dangkal dan plot-plot jelak yang dirancang oleh golongan yang terdesak, memanggil hati untuk turut serta.

Banyak perkara menarik berlaku dalam pemilihan kali ini. Munculnya sebuah puak baru yang bernama REVO yang mana dikatakan serpihan daripada Sahabah (rujuk Utusan Melayu semalam muka depan). Dan juga pelaksanaan 100% e-voting yang membimbangkan mereka yang ragu dengan kesahihannya. Serta peraturan yang menggelikan hati oleh pihak STAD yang dikenakan terhadap calon yang bertanding. Gabungan antara PKPIM dan WUFI tidak menjadi pada kali ini menyebabkan ramai pemerhati meramalkan akan berlakunya pecah undi. Kebanyakan kerusi bertanding lebih daripada dua kerusi dan tiada lagi pertarungan satu lawan satu (cuma untuk kerusi IRK). Munculnya ramai calon yang bertanding atas tiket bebas dengan melarikan diri daripada terikat dengan mana-mana anasir. Dan taktik jijik parti bertanding dengan menyebarkan risalah palsu. Dan seperti biasa, kerusi untuk bebudak aliran sains (Medic, Science, Engineering) dimenangi tanpa bertanding.

Khabar teman dari UPM menyatakan percaturan politik di sana lebih tertekan. Dengan calon bukan daripada golongan mereka, diugut, digertak dengan pelbagai ugutan, gertakan bagi melemahkan semangat mereka dan seterusnya menarik diri untuk bertanding. Di UM pula, calon sudah memboikot pilihanraya akibat bantahan terhadap proses penamaan calon yang berjalan.

Alhamdulillah syukur, akhirnya kemenangan berpihak kepada yang benar. Aku bukannya pro mana-mana pihak cuma dengan mata hati kami sendiri dapat menilai. Mana calon yang lebih berkaliber dan ikhlas bertanding. UIA dan UPSI kini dibawah naungan golongan yang mahu memperjuangkan Islam. Moga gerakan dakwah dapt berjalan tanpa gangguan di Taman Ilmu dan Budi ini.



alone at 10:19 AM


Tuesday, September 14, 2004


14 September 04
28 Rejab 1425

Monolog seorang aku...

Kadangkala terasa hambar hidup ini. Walaupun di depan pelbagai cabaran menarik menanti. Cukup monotonous walhal pelayaran dilambung ombak senantiasa. Tak cukup untuk menguji kekenyalan jiwa dan kekentalan semangat aku ini. Meskipun aku sedar yang aku tak lama disini, tapi tak mampu untuk menggerakkan seluruh roh agar turut bersama dalam perjalanan yang singkat ini.

Mana impian yang dulu engkau sasarkan? Mana angan-angan yang dulu kau citakan? Mana semangat yang dulu berkobar-kobar? Takkan sudah padam disimbah air sejuk. Jangan sekali-kali engkau salahkan diri tapi akuilah kelemahan diri sendiri. Memang diri banyak kelemahan tapi mengapa kau cuba nak lari dari kenyataan. Kerana engkau adalah engkau, tiada siapa yang dapat menahan.




alone at 10:09 AM


Friday, September 10, 2004



10 September 2004
25 Rejab 1425


Aku cukup suka hari Jumaat. Kekadang tak sabar nak tunggu tibanya hari Jumaat. Bukan kerana aku tak ada kelas hari ini dan juga bukan bermakna esoknya cuti tapi ada sesuatu yang lain bagi aku pada hari yang berkah ini. Subuh pagi harinya memang sejuk mencengkam sehingga ke tulang hitam. Namun sinar matahari paginya tidak sepertimana hari-hari lain. Memancar cemerlang rona jingganya menyirami ke seluruh daerah yang terdedah. Tidak terlalu panas tidak terlalu samar. Silauannya cukup untuk memaksa mata ini berkernyit. Matahari menonjolkan diri tengah-tengah dada angkasa tanpa sekelumit pun awan membayanginya. Pagi yang tenang dengan burung-burung galak berkicau keluar mencari rezeki. Adakah sempat lagi kuketemu dengan Jumaat depan?


Usrah hari ini bermula dengan tadarus surah Ar-Rum dan seterusnya kupasannya. Mukjizat Nabi Muhammad ditunjukkan dalam surah in bagaimana baginda telah menyampaikan kisah futuristik. Surah dimana menceritakan kebangkitan semula Rom dalam beberapa tahun akan datang setelah kalah perang kepada bangsa Parsi. Kekalahan Rom dalam peperangan ini telah memberi kesedihan kepada penduduk Islam kerana kita mempunyai ikatan agama samawi yang sama Islam dan Kristian. Namun, kekalahan terhadap bangsa Parsi yang beragama Majusi menyembah api membawa mengembirakan penduduk Quraisy yang menyembah berhala. Turunnya surah membawa khabar gembira kepada orang Islam bahawa pertolongan dari Allah (nasrumminallah) pasti tiba.




alone at 11:27 AM


Wednesday, September 08, 2004


8 September 2004
23 Rejab 1425

Hari terakhir UPSR. Subjek Sains sebagai penutup. Adik aku antara yang dikenalpasti sudah boleh bergembira. Moga dikurniakan Allah keputusan yang baik. Waktu aku dulu subjek Sains untuk UPSR tak ada lagi. Pernah dulu dia tanya aku soalan Sains kerja rumah dia dulu. Penat memikir juga nak menjawab. Memang agak sukar bagi aku dengan Sains sekolah rendah yang mudah kerana dah terbiasa dengan yang lebih advance. Lainlah kalau soalan Fluid Mechanics, Mechanics of Material ke tak pun Statics atau Dynamics. Ala...mengaku je la yang hang tu tak tau..

Dalam dok tengah nak dekat exam tu, ibu bagitau sempat lagi dia pi main bola, mengail ikan dan macam-macam lagi. Ibu sampai tak larat nak pesan. Sepertimana refleksi diri aku dulu, begitulah situasi adik aku sekarang. Time tu aku tak risau dan tak kisah sangat nak periksa UPSR, lebih banyak main dari membaca. Sampai puas disuruh oleh ibu. Ye lah budak-budak baru nak naik. Syukur dapat gak keputusan cemerlang. Moga adik aku dapat keputusan cemerlang juga sepertimana abang dia dulu:). Tak sabar nak tengok betapa gembiranya wajah ibu aku...



alone at 1:08 PM


Tuesday, September 07, 2004


7 September 2004
22 Rejab 1425

Sekadar prihatin...

Tika kaki melangkah derap ke kelas tadi, bersua aku dengan seseorang. Yang aku sendiri tidak kenal dan tiada kaitan secara langsung dengan aku. Yang hanya sesekali aku bertembung dengannya dan langsung tidak mengendahkan perjalanan aku, apatah lagi nak bertegur sapa. Teringin juga nak menghulur senyuman namun apa yang dia nak kisahkan nanti. Dia merupakan watak kecil yang berlegar sekitar penghidupan ini, hanya sekadar menumpang peranan tapi tanpa disedari dialah yang memberi makna sebenar kepada dunia hidup kita ini. Peranan seorang manusia, seorang ibu, seorang isteri dan juga segala-galanya. Lambang insan gigih mencari sedikit sinar pengharapan di kehidupan sementara ini.

Siapakah ‘dia’ ini? Seorang yang aku sendiri tak pandai nak menghuraikan kerana aku sendiri tidak kenal akan dia. Seorang makcik cleaner antara berpuluh-puluh cleaner yang memastikan kemaslahatan hidup kami di mahallah ini. Yang pada pengamatan aku, sudah tidak selayaknya melakukan kerja sedemikian. Lebih wajar kalau aku bahasakan dirinya sebagai nenek. Sudah terlalu tak larat untuk kerja mencuci longkang, mop lantai, mengankat sampah dan lain-lain lagi bidang tugas mereka. Nenek seperti ini sepatutnya berehat dirumah melayan kerenah cucu dan juga menambah lagi amalan sebelum tiba masanya. Timbul persoalan di benak, dimanakah anak-anaknya yang sepatutnya memberi peluang kepada ibu mereka untuk menikmati nikmat hidup setelah bersusah payah mengorbankan seluruh hidup untuk kesenangan anak-anak? Dimana sanak saudara lain yang sepatutnya prihatin dengan keadaannya. Bukan nak salahkan orang lain atau patut salahkan diri aku sendiri kerana tak dapat memahami keadaan dia. Mungkin ada sebab disebaliknya.

Tak boleh aku membayangkan jika ibu aku yang berada ditempatnya. Sebagai ingatan buat diri agar tidak mensia-siakan insan yang telah berpenat jerih membesarkan kami lima beradik. Itupun selagi aku berkesempatan selagi diberi peluang oleh-Nya.


alone at 1:07 PM


Sunday, September 05, 2004


5 September 2004
20 Rejab 1425


Minggu ini aku bertukar profesion. Daripada seorang pemain bola sepak kepada bola baling. Sempena Inter-Mahallah Sports Carnival, aku mewakili Mahallah Uthman dalam permainan bola baling. Hampir 4 tahun dah aku tak bergiat dalam sukan sejak zaman muda-muda ketika mewakili sekolah dan tetiba dipanggil untuk berkhidmat. Team ini baru dibentuk kerana usia Mahallah Uthman baru setahun jagung dan tidak pernah bertanding lagi (sebelum ini kolej ini diduduki oleh sister dan dikenali sbg Mahallah Aminah). Sebagai pasukan ad-hoc dan pemain muda (1st &2nd year) memang tak terjangkau dengan team lain yang sudah mantap dan senior. Namun tentangan sengit berjaya diberikan sehingga naib juara pun seri dengan kami. Permulaan yang baik bagi kami. Tapi kurang baik bagi aku. Terasa injured dan sengal satu badan.




alone at 1:06 PM


Saturday, September 04, 2004


4 September 04
19 Rejab 1425


Artikel di bawah telah melalui proses penciplakan 100% yang dibuat oleh penulis dengan menggunakan teknik “copy & paste” daripada seorang hamba Allah yang tidak diketahui. Namun, penulis mengucapkan penghargaan kepada penulis artikel ini atas idea kreatifnya dan moga Allah menilainya. Dipersembahkan semula dalam blog ini dengan hanya perubahan dari segi font dan size untuk renungan bersama.

Arti Seorang Sahabat...


Kenapa disaat terjatuh kita ingin seseorang memeluk kita atau sekedar menemani kita? Mengapa juga ketika disakiti kita inginkan seseorang untuk tempat kita mengadu?
Mungkin kita akan menjadi sakit kembali ketika melihat atau mendengar seseorang yang kebetulan mirip dan dekat dengan orang yang pernah melukai kita.
Adakalanya dengan ketakutan dan kebingungan kita memutuskan tidak akan pernah percaya dan mencintai siapapun lagi. Kitapun merasakan senang jika ada seseorang yang selalu disisi kita saat sedih maupun saat senang.
Seseorang yang selalu membantu kita tanpa mengharap apapun selain senyuman kita Yang mengerti, yang memahami dan menerima kita apa adanya.
Beberapa dari kita menyebutnya sahabat perjalanan hidup.
Sebagian lebih sederhana mengatakan teman seperjuangan.
Bagi yang romantis menyatakan kekasih hati.
Teruntuk yang telah menikah mengakui bahwa Tuhan menciptakannya agar kita tidak merasa kesepian.
Sejauh mana beda dari semua itu?
Kenapa bersahabat?
Benarkah hidup terlalu keras untuk dijalani seorang diri?
Atau karena kita ingin menumpahkan rasa sayang dan cinta yang ada dalam hati?
Mungkinkah karena kita memiliki sesuatu yang sejalan hingga kita menyamakan orang lain dengan apa yang kita rasakan?
Sungguh! Betapa sulit mencari sahabat diwaktu kita tengah kesusahan
Dan benarlah betapa mudah mengajak seseorang untuk bergabung dalam kegembiraan kita.

Memang....kita semua begitu tidak menyukai penderitaan, meski kita tahu tidaklah mungkin bisa lepas darinya Meski kita semua tahu hidup hanyalah ritme bergantian antara kesedihan dan kesenangan Walau kita sadar kebahagiaan hanya milik orang-orang yang pernah menderita dahulu Dan tiap orang pastilah punya arti sendiri dalam memaknai penderitaan dan kebahagiaan.
Siapa yang kau anggap sahabat?
Apakah seseorang yang tiada pernah menyakitimu?
Mungkinkah seseorang yang tidak akan pernah meninggalkanmu?
Betulkah seseorang yang kamu memutuskan untuk mempercayainya?
Atau seseorang yang tidak pernah mengatakan kebaikannya padamu?
Seumpama kita bisa mendengar hati orang lain dan memang benar mau mendengar?
Tak pernah ada yang mempunyai cita-cita untuk jadi orang jahat dan hidup tidak berbahagia. Seandainya kita bisa melihat dan memang benar mau melihat?

Ketika seseorang tengah tertidur pulas. Kita akan bisa untuk lebih berfikir beberapa kali sebelum berani sekedar berprangsangka keji apalagi untuk menyakitinya.. Tetapi kenapa itu terkadang terpaksa harus?
Disaat kita tiba-tiba merasa peduli dengan seseorang, kita seolah bisa merasakan apa yang sedang menjadi bebannya dan kita ingin meringankannya Namun terkadang kita sangat acuh kepada seseorang yang benar-benar membutuhkan kita.
Apa yang kita cari?
Untuk siapa dan untuk apa kita di ciptakan didunia ini?
Apa beda kita dengan orang lain?
Sedalam kelemahan kita harusnya kita lebih sering berkata "maaf" dibanding "aku' jika kita memang manganggapnya sahabat. Setinggi keinginan kita harusnya kita lebih berbahagia berkata "aku tidak mau merepotkanmu" dibanding "mengertilah diriku" jika kita telah mengerti bahwa dia sahabat kita.
Membayangkan kita berbahagia sendiri sedang sahabat-sahabat kita kesusahan haruskah kita makan dan tidur dengan tenang?

Mungkin lebih baik semua sahabat telah berbahagia dan kita turut berbahagia meski itu harus berbohong demi perasaan itu. Karena surga masih terlalu luas untuk semua ini, kenapa tidak berbagi?
Bertahanlah, karena sahabatmu adalah semua yang pernah hadir dalam hatimu. Berterimakasihlah, sahabatmu adalah semua yang telah membentukmu hingga kamu menjadi seperti sekarang ini
Bersiaplah, karena kamu akan masih kehilangan banyak sahabat untuk menemukan sahabat-sahabat baru sepanjang perjalannan hidupmu.




alone at 1:04 PM


Friday, September 03, 2004


3 September 04
18 Rejab 1425


Khutbah Jumaat hari ini disampaikan oleh Syeikh Abdul Rahman As-Sudaisi, Imam Besar Masjidil Haram. Selama ini hanya mendengar suara lunaknya mengalunkan ayat suci Al Quran melalui MP3 komputer aku dan corong radio je. Beliau datang atas jemputan mudir Sekolah Kiblah dan alang-alang itu beliau dijemput untuk menyampaikan khutbah di Masjid UIA, khabar akh Haziki dua tiga hari sebelumnya. Lagipun bukan senang dia nak datang Malaysia. Hari ni dari jauh sayup aku dapat melihat beliau. Ingatkan selepas solat sunat nak pi salam dengan dia, namun hampa kerana dengan selautan umat UIA berebut nak bersalaman dengan antara tokoh tertinggi dunia Islam sekarang. Saat bacaan khutbah memang kita tak boleh sangka beliau adalah Sheik Abdul Rahman As-Sudaisi kerana loghat Arabnya yang pekat dan ucapan berkobar-kobar. Namun, alunan ayat suci semasa dia mengimami solat memang syahdu, senada dengan apa yang aku dengar selama ini.


Hai’ah Siyasiah

Bebasnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim memang mengemparkan dan mengharu-birukan negara. Hatta dalam kampus isu ini pun tak terkecuali menjadi bualan. Walaupun dibebaskan, namun mahkamah masih percaya atas tuduhan liwat yang disabitkan atas beliau adalah benar walaupun satu negara sudah maklum keraguannya. Suasana politik negara pasti berubah pasca pembebasan DSAI dan aku yakin turut mempengaruhi perkembangan politik kampus yang dijangka akan mengundi pada 15 September ini. Dengar khabarnya tempoh berkempen hanya 24 jam dan entahlah apa yang boleh dibuat dalam masa sesingkat tu. Macam pilihanraya umum pulak tempoh berkempen disingkatkan. Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga mengawal kebangkitan student power. Rata-rata yang aku temui masih sangsi akan peng’implementasi’kan 100% e-voting di UIA. Keputusan yang sahih boleh dimanipulasikan semudah ABC dengan hanya menekan punat butang keyboard. Pastinya pihak tertentu mampu mengawal golongan yang bertanggungjawab. Mari kita lihat election kali ini telus atau tembus? Husnu zan jelah.


Kebetulan atau Kesengajaan...
Sekadar mengungkap kembali pojok seorang kawan...

Tibanya Sheikh Abdul Rahman As-Sudaisi sewaktu dengan bebasnya DSAI. Ada yang menganggap kedatangannya memang atas tujuan DSAI. Dengan khabarnya, jet peribadi Arab didatangkan bersama sheikh untuk membawa Anwar ke Jerman. Sekadar bantuan prihatin kepada seorang sahabat lama. Entah betul atau tidak. Wallahualam. Yang penting kami warga UIA beruntung kerana diziarahi oleh tokoh teragung Islam.




alone at 1:56 PM


Wednesday, September 01, 2004


31 August 2004
15 Rejab 1425

Nama Operasi: Ops Merdekarisma I
Lokasi: Pinggir barat daya KLCC dan sekitarnya.
Masa: 0030 – 0500
Objektif: Menghapuskan saki baki penjenayah maksiat dan memastikan kawasan sekitarnya bebas dari ancaman lagha.
Sasaran: Remaja Muslim yang berpeleseran. Termasuk lelaki dan perempuan.
Modus operandi: Sebar dan rakam
Kekuatan: 3 Kancil dan 1 Serena bermuatan ± 20 anggota elit Karisma.
Senjata: risalah, kamera, camcorder dan doa.
Status: Misi berjaya dan Selamat.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, sambutan malam Merdeka aku semalam diisi dengan aktiviti bermanfaat. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, hanya meraikan dalam bilik tanpa apa-apa erti signifikasi. Malam ini tidak sepertimana malam setahun yang lalu.

Syukur sekali lagi, kerana program yang hanya dirancang secara ad-hoc dan last minute mandapat sambutan hangat daripada ikhwah. Mungkin dari kesedaran hendak melihat sendiri kemungkaran dan seterusnya mencegah dengan daya sendiri menjadi pemangkin kepada operasi yang julung kali diadakan ini. Seusai sahaja kuliah Baitul Muslim di Al-Amin Gombak, tenaga ikhwah terus dikerah mencari siapa yang sanggup berembun malam ini. Alhamdulillah 3 buah kancil dan sebuah Serena meluncur membelah kedinginan pagi 1230 malam menuju ke KLCC.

Perjalanan masuk ke bandaraya seperti sudah dijangka, pasti menongkah kesesakan. Sepanjang perjalanan pun kami dihidangkan dengan aksi excited warga kota menyambut Merdeka ini. Bunyi bingit hon dan juga riuh rendah peleser tepi jalan menjadikan malam tidak mati. Mujur Serena dapat ‘parking khas’ depan Balai Polis Jln Tun Razak dan terpaksa menapak sedikit menuju ke Masjid As-Syakirin, operation center kami malam tu. Pelbagai gelagat dan ragam manusia aku abadikan dalam lensa kamera untuk dijadikan sempadan. Nak tengok gambar mintak kat Awang& Safwan!

Turut menanti kami disana ialah Pak Cik Rahim& beberapa orang ikhwah. Taklimat ringkas diberikan oleh beliau dan diikuti solat hajat fardhi dengan harapan moga dipermudahkan urusan kami dan diikhlaskan niat ini. Imam Masjid juga tak ketinggalan memberi perangsang dan membaca doa berjemaah. Berterima kasih atas usaha kami ini yang sanggup untuk membantu pihak masjid mencegah kemungkaran di sekeliling masjid sendiri meskipun sumbangan kami tidaklah sehebat mana. Kewajipan mencegah mungkar adalah satu tugas mulia yang sememangnya berat untuk dilaksanakan. Mencegah mungkar dengan tangan dan daya sendiri adalah lebih baik daripada mencegah dengan hati secara berdoa kerana itulah adalah selemah-lemah iman -Riwayat Muslim. Selain itu, program sebegini mendedahkan du’at Karisma dengan suasana sebenar di medan perjuangan dakwah. Setelah mengenalpasti lokasi setiap kumpulan, dengan bersenjatakan risalah, kamera dan camcorder kami memulakan langkah. Doa sebagai perisai. Bismillahirrahmanirrahim.

Kumpulan aku mensasarkan kawasan parking yang gelap sebagai medan kami. Perasaan was-was dan bimbang pada mulanya menjadi lenyap apabila tidak tahan melihat maksiat berterusan dan juga semangat berjemaah yang ditunjukkan. Inilah penting konsep amal jamaei dalam usaha kita melakukan kerja-kerja dakwah. Kambing yang bersendirian akan dimakan serigala. Pelbagai reaksi ditunjukkan melalui air muka mereka apabila diunjukkan risalah dan booklet. Seolah-olah menyindir, tidak puas hati, terkejut dan tak kurang juga yang memerli usaha kami ini. Namun kami kuatkan hati kerana kami tahu apa yang kami buat ini adalah benar.

Tiada bezanya antara remaja yang bertudung atau tidak kerana seolah-olah mereka berkata, “Ah...Orang lain boleh buat mengapa kami tidak”. Tudung di kepala hanya sebagai fesyen bukannya sebagai memenuhi tuntutan agama. Apa tidaknya, rambut kepala dibungkus rapi namun bahagian dada tu dibiarkan terdedah. Sepertimana dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, Allah dah menegaskan hal ini:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bagi remaja yang tidak cukup kain pula, dengan terdedahnya kawasan yang tidak sepatutnya dengan pakaian yang jarang dan menampakkan bentuk tubuh badan seakan-akan membiarkan mahkota kebanggaan mereka dibiarkan terdedah dijamah lihat oleh pemuda yang memang liar matanya. Barang yang berharga selalunya ditutup rapi dan disembunyikan daripada pandangan umum, namun mereka seolah-olah tiada harga bagi diri mereka lagi. Kekadang aku pun terlepas pandang pemandangan sebegini lantaran lemahnya iman di dada ini. Hanya istighfar sebagai penawar. Firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat 30:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Tergeleng-geleng kepala aku menyaksikan suasana negara Islam yang kita banggakan ini menjadi model negara Islam liberal dengan motto Islam Hadhari (baca: Had-Hari). Adakah ini bermaksud Islam yang kita anuti ini ada had dan hari-hari tertentu sahaja yang kita boleh amalkan. Hanya merangkumi soal ibadah dan muamalah dan tidak boleh melepasi had pelaksanaannya dalam hukum dan pemerintahan. Ataupun hanya boleh diamalkan pada hari kematian, hari perkahwinan dan hari-hari perayaan Islam sahaja. Islam hadhari yang bermaksud moden, progresif dan bertamadun. Islam agama yang syumul yang merangkumi segalanya tidak memerlukan definisi lain untuk menjelaskannya dalam teori yang lain.

Bercampur baur perasaan aku, menyaksikan muda-mudi berpelukan dengan berlatarbelakang rumah Allah. Umpama sudah dicabut perasaan malu dari jiwa mereka. Seperti ancaman Nabi dalam hadisnya yang bermaksud “Apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki” –Riwayat Bukhari (rujuk Matan al-Arbain karya Imam Nawawi). Tugas ini memang mencabar terutamanya bagi yang permulaan seperti kami ini. Teringat kata-kata Syed Qutb yang lebih kurang begini maksudnya, “kita perlu didedahkan kepada jahiliyyah. Runtuhkan jahiliyyah dan bangunkan kebenaran atas jahiliyyah”. Beliau berjaya mengangkat senjata,menentang ideologi mungkar seterusnya menggungkapkan istilah jahiliyyah moden. Pemikiran beliau amat kotemporari dan berjaya memaparkannya dalam penulisanmaalim fi'l-tareeq atau petunjuk sepanjang jalan. Buku tersebut membentangkan kemungkaran dalam masyarakat Islam, memberikan panduan untuk para pendakwahseterusnya menyatakan langkah-langkah ke arah menegakkan masyarakat Islam yang berasas sepenuhnya kepada pimpinan an-nahjus-sahih. Terasa betapa kerdilnya diri.
Aku dengan kamera terus berkelip memetia setiap aksi sebagai bukti bahawa daerah ini pernah dicemari. Setiap kerlipan kamera aku dipandang tidak selesa oleh mereka. Mungkin menyangka aku spy dengan berjaket ala SB bertujuan mengaibkan atau mendedahkan setiap perilaku buruk mereka kepada umum:-) Mujur tak ada yang kejar aku. Takpa, aku tahu ikhwah lain dah bersedia nak mempertahankan aku kalau apa-apa terjadi. Betul tak? ;-)

Sedari tidak hampir pukul 3.30 pagi kami bertugas. Kumpulan manusia ini tiada tanda-tanda nak beransur meskipun sudah lewat pagi. Kami mengakhiri tugas pagi itu dengan sesi muhasabah di masjid. Setiap ikhwah memberi reaksi tersendiri dan pengalaman terhadap apa yang mereka lalui malam ini. Ujar salah seorang daripada ikhwah, kita tak perlu melihat hasil apa yang kita lakukan ini mendapat perubahan drastik. Kita hanya berusaha. Siapa lagi yang nak buat kerja sebegini kalau bukan lagi kita yang masih kuat kudrat dan kurang tanggungjawab. Nak harapkan pak cik-pak cik sahaja memang tak terdaya mereka. Tak kurang juga ikhwah yang terserempak dengan member sendiri dari UIA. Sepertimana ujar Pak cik Rahim, lihat bagaimana mereka dihalau oleh DBKL yang menyapu sampah seolah-olah turut sama di’sapu’ sekali dengan selonggok sampah yang bertimbun. Begitulah kuasa Tuhan mampu merendahkan dan menghinakan martabat sesiapa yang Dia kehendaki hingga setaraf dengan sampah bagi mereka yang ingkar akan perintahNya. Segala pengalaman tersendiri yang diperolehi, akan kami adun dan uli segebu-gebunya untuk menjadi pedoman dan tauladan dalam perjuangan jalan dakwah ini.

Pulang kembali ke Al-Amin menjelang 5 pagi. Bebudak sana dah bangun bersiap nak qiam. Letih memang tak tergambar tapi yang penting hati puas dan lepas. Dapat sumbangkan sesuatu untuk ummah. Meskipun usaha ini kecil, moga-moga ada nilaian di sisi Allah. “Ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu ini memang kerdil tak mampu nak menegakkan syariatMu dengan pengorbanan kecil ini, namun Engkau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini agar kami istiqamah dalam perjuangan dakwah ini agar syariatMu kembali ke tempat tertinggi. Amin”.


alone at 4:59 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS