Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: December 2004
Tuesday, December 28, 2004


Nasihat maya buat seorang sahabat....



Assalamualaikum kembali kpd empunya diri....

Ptg td...entah mengapa gatal sgt tangan nak buka komputer. Terasa mcm ada s'thing yg menyebabkn hati ini tergerak nak 'check' emel. Pergh! The skrin appear that I’ve got 52 unread emel. Baru 2hari tak bukak. Rupanya byk dihantar oleh member seperjuangan. Tapi dlm bebanyak emel tu, aku tertarik utk pd satu nama. Tanpa ragu2, aku klik kat nama tu.

Emel dr seorg sahabat yg beru setahun jagung aku kenal ni...lain macam je bunyi...lain benar intonasi bahasanya....entah benar rintihan nya atau sengaja direkanya. Tapi...dpt kurasakan ini bukan sandiwara...ini adalah lahir jauh dr sudut sepi hatinya. Mengapa aku buta sgt...nak tergelak dgn luahannya...tapi terlintas juga sedih dihati ini...laungannya berjaya meruntun sebak dihati aku seorang lelaki ini. Tergugat jugak ego aku. Tergelak bukannya apa...mengapa pd aku? Tidak org lain. Sebak bukannya apa...sedikit sebanyak terkena batang hidung sendiri. Walaupun berpayung, basah juga muka terkena juga tempias hujannya.

"Camana ek?... aku nak hidup di bumi yang nyata...aku nak hidup aku
terisi dengan sesuatu yang bermakna. Sampai skang aku tak tau apa nak jadik
ngan aku. Argh!!... boringnyer...ntahle... aku nak buat sesuatu...untuk diri aku... untuk manusia sekeliling aku...kekadang tu hari-hari aku berlalu cam tu je.. aku hidup cam biasa...bangun pagi.. time kat campus.. aku pegi kelas... buat keje sumer... abis... malam aku tido. Kalau aku cuti.. kat umah plak... dok melepak tak tentu arah.... baca buku, melukis, tengok tv.. sumernye berlalu cam tu je...."

Argh pedulikan....sapa aku? diri sendiri pun tak terurus...nak luruskan org lain. Sendiri hal pun berterabur nak kemaskan org lain punya...
Dia tanya aku mcmana nak idup, nak idup terisi...hahahaha...why she ask me such a stupid question? Tanyalah pd ulat dlm batu mcmana dia boleh idup...mungkin ulat tu akan jwb...aku makan utk hidup bukan hidup utk makan...Mcm tulah juga manusia...kita hidup utk Allah dan Allah hidupkan kita bukan memain...ada tujuan, ada matlamat akhir. Sampai dia katakan tak tau apa nak jadi. Logik jugak kalau tunggul kayu yg kata mcm tu. Tapi yg aku kenal dia ni org...ada dua kaki...ada dua tangan...dua lubang idung mcm aku jugak... Tapi apa yg dia rungutkan ...Ingat lima perkara sebelum lima perkara...rasanya tak perlu aku nyanyi sampai abis sbb dia pun dah sedia maklum dah...

" Tapi, bila malam...sebelum aku tido.. aku slalu terpk.. apa yang aku
dah sebenarnya
??... sedara2 aku kat palestin... checnya... apa yang aku
dah buat untuk diorang?? apa sangatla sumbangan aku?.. dengan Allah lagi
aku pk.. betapa cincainya amalan aku ngan Dia..."

Hahahaha...dia persoalkn apa yg dia dah buat kat sedara kita.....gulp! tak terjawab aku....aku ni pun bukan tahap ulama ataupun syeikh lagi. Mmg benar apa yg kita dah buat ye? Tapi aku cuba Tanya diri aku balik, mampukah aku nak berjihad kat sana. Ustaz Maszlee kata yg bomber berani mati kat sana tu bukan calang2 org. Dah hafal quran. Yang aku ni baru berapa ayat. Tapi kita kena ingat! senjata org mukmin adalah doa'. Apakata kalau kita berdoa agar Allah selamatkan sedara kita kat sana. Inilah selemah2 iman.

Kagum aku dgr yg mahar gadis kat palestin bukannya emas ataupun wang tapi raifal kalashnikov @ nyawa seorg yahudi@ nyawa sendiri sendiri sbg taruhan...kecut perut aku...kan bagus kalau aku dpt gadis sebegini sucinya. Apa yg nak aku tekankan kat sini Jihad kita bukan sekadar jihad nyawa. Apakata kita jihad ekonomi...pulaukan barang, derma. Ataupun jihad tenaga...belajar pandai2 jadi doctor, jadi engineer....majukan negara umat islam. Sapa kata kita tak boleh bagi sumbangan. Cuma kita je tak mau...selalu sgt mempertikaikan...
Masuk bab amalan ni aku tak mau campur hal dia...Ini antara dia dan Maha Pencipta....aku pun kekadang halai balai. Entah sampai ke tidak amalan aku ke langit ketujuh. Tapi prinsip aku... "Kita selalu mengharapkan yang terbaik dariNya, tapi adakah kita melakukan yg terbaik utkNya."

" Aku nak citer kat kawan2 aku... aku ada kawan ke?... entahla... aku kekadang jadik bingung... aku memang susah nak kongsi apa-apa ngan kawan aku... entahle.. aku salah sendiri... tak pernah jadikkan kawan sebahagian dr hidup aku... aku suka buat keje sendiri... pk sendiri... Nak citer ngan mak?... abah?... abang2?... aku tak pernah kongsi apa-apa ngan diorang!!... kat umah pun jarang nak borak bertukar citer entahle!!... pelik memang pelik... aku tak tau kenapa aku camtu..."

Mual aku baca ayatni. Mcm la dia idup sorang je kat dunia ni. Aku ni bukan kawan dia ke? Dah tu watpe dia cite kat aku semua ni... tapi nak pilih kawan ni kena betul2. sbb depa ni dlm sekelip mata boleh jadi musuh kita. Teringat satu hadis kot...lebih kurang mcmni bunyi dia. "Bandingan kawan yg baik tu adalah seperti berkawan dgn pejual minyak wangi, tak dpt pakai minyak wangi pun dpt mencium bau harumnya. Bandingan kawan yg jahat pula spt berkawan dgn pembuat pedang, tak kena percikan apinya pun tapi pasti akan tercalit juga abunya".... Betulkan kalau ana salah.
Sehinggakan nak cari jodoh pun kita nak tgk akhlak bakal isteri/suami...tgklah dgn sapa dia berkawan... Kalau nak luahkan s'thing kat kengkawan pastikan kita kenal benar sapa dia. Abg2 mmg dia takkan faham sbb kekadang perasaan malu tu timbul. Betul kan? Apa salahnya luah kat emak. Dia pernah jadi muda mcm kita jgk. Mungkin pengalaman dia boleh bantu kita.Yang paling aula sekali mengadu je pada Yang Maha Mengetahui...hanya Dia shj tempat kita berserah.

"Kekadang jadik benci pd diri sendiri... rasa seinci pun aku tak berguna pada ummah... tapi, digasak pula... aku ni extreme sangat ke?... melampau nak yang terbaik... camle aku boleh buat sume benda..."

Mengapa nak benci diri sendiri kalau ada org lain yg sayangkan empunya diri. Jgnla jd umat Muhammad yg kufurkan nikmat sudah. Teruk sgt ke diri sampai tak berguna langsung. Kecik hati ibu kalau dia tahu, anak yg dikandung selama 9 bulan ni tak boleh diharap langsung. Kita seharusnya impikan bintang di langit, kalau tak tercapai cukup sekadar dpt bulan. Lakukan yg terbaik....jgn hanya mengharap kpd nasib. Hapuskan ayat 'Good Luck' dalm minda. Gantikan dgn 'Try The Best'. Mmg betul kita tak boleh buat semua benda...tapi ingat Allah sentiasa org yg bersabar... Cuba renungkan satu ayat dlm Al-Quran "Allah tidak akan memberati seseorang sesuai dgn kemampuannya" Al-Baqarah ayat:??? 283 kot. Try semak balik...aku dah tak larat dah...

Eh..eh..eh...yang aku memandai nak nasihat org ni mcm la aku ni dah perfect. Tapi aku rasa peringatan ni bukan utk diri dia shj, tp sbg pedoman dlm hidup aku sendiri. Aku pun kekadang takpernah puas dlm hidup ini. Ada saja tak kena kat mana2. Aku teringat pengetua aku penah ckp "Amalan harian menentukan segalanya"... Mendalm maksudnya...terlalu umum lenggok bahasanya tapi memberi satu penekanan yg khusus.

Jadi aku harap dia ni dpt betulkan kembali stereng hidup dia. Aku dah tunjuk jln dah. Tapi tak semua kat atas tu boleh pakai. Aku menulis bukan semata2 kerana ilmu tapi pengalaman. Aku harap dia ni pun jemu2 nak ingatkan aku kalau aku dah tersilap jln. Yelah manusia...kena saling ingat mengingati. Dahla aku pun dah tak laratnak menaip ni. Kalau takpuas hati...ckp je direct. I’m open...kirim salam je la kat si dia tu. Sekian wassalam...maaf kalu ada ayat yg menyinggung.
*nama watak dalam karya benar ini juga telah diubah ikut kesedapan.


alone at 8:18 AM


Tuesday, December 14, 2004


14 December 2004

Hutang dan pinjam...

Hutang. Ayat beserta perbuatan yang sinonim dalam kehidupan kita. Pinjam. Kata kerja yang agak lembut bahasanya berbanding hutang. Tapi maksudnya sama. Sesuatu yang kita dapat dan kena bagi balik. Hidup ini penuh dengan hutang. Hatta nak belajar pun kena berhutang jugak dengan PtiPuTieN (alhamdulillah... aku dapat Yayasan BSKL). Nanti dah kerja nak beli kereta dan rumah pun kena berhutang dulu dengan bank. Yang sanggup tanggung risiko minta pinjam kat along. Hutang budi pulak boleh dibawa sampai ke selepas mati kerana ia ditukar dalam bentuk pahala yang sama nilai dengannya. Hutang darah pulak kata orang tua perlu dibayar dengan darah jugak. Tapi jangan memain dengan hutang ni.

Dan aku kini merana kerana hutang orang. Bukan aku pemiutang tapi aku adalah penghutang (betul ke ayat aku ni...atau terbalik...?). Dulu aku tak terasa sangat, tapi sejak belanjawan aku juga susut baru terasa bebannya. Aku ini bukannya ceti bertauliah jadi kengkawan minta pinjam aku pun bagi tanpa timbang tara. Silap aku juga tak pandai nak merekod. Dan juga tak pandai nak beranikan diri mintak balik hutang. Kini aku sendiri merana.

Segala-gala perancangan aku menjadi tergendala. Sementara nak menunggu duit loan kengkawan aku masuk supaya depa boleh clearkan hutang aku dan scholar aku masuk, apa yang aku patut buat ye? Pinjam duit orang lain dulu? :-) Berhutang kerana hutang....;-]

Sewaktu aku browse tafsir Quran, aku terjumpa ayat pasal hutang ini…
"Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka
berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu
sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu
, kalau
kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)."
Al Baqarah : 280

Adakah aku sanggup?


alone at 9:49 AM


Sunday, December 12, 2004


12 December 2004

Al Fatihah...
Buat tok kepada salah seorang teman seperjuangan. Meninggalkan dunia sementara untuk ke dunia persinggahan sebelum dihisab nanti. Moga rohnya dicucuri rahmat Di kala kita bergembira, di saat itu juga ada yang berduka. Moga dia dan keluarga tabah hati menghadapi ujian Allah ini. Jangan lupa!... mungkin lepas ini kita menyusul pula...

Student life…!

Semester baru bermula. Segala-galanya perlukan duit. Duit buku, duit makan, alat tulis, yuran itu ini, hutang semester lepas, kelengkapan bilik dan lain-lain lagi. Mujur suasana hari raya masih lagi terasa (raya kan sebulan!...hari ni sepatutnya habis). Dalam seminggu dua ni masih lagi rumah rakan-rakan yang mengadakan open house, society buat jamuan raya, raya gathering dan ziarah ke rumah lecturer dan pak cik-pakcik. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan duit makan yang kekadang boleh menjangkau RM 5 sehari. Aku dan rakan seperjuangan tak akan melepaskan segala jemputan yang datang. Dan yang terbaru semalam Sabtu aku, Safwan and the geng ke Klang. Open house rumah Solah Ad-Deen. Selepas pulang dan menjadi buruh kasar sekejap di Al-Amin (hanya kami yang tahu). Kami sambung dinner selepas da selamat di rumah Faridz Taman Melawati pulak. Pulang dengan kekenyangan dan kepenatan mujur kereta perjuangan (WBL 8400) tak buat hal. Syukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan dan dikurniakan kawan yang tak lupa kawan! Sapa lagi ada buat open house, jangan lupa ajak!


alone at 9:16 AM


Wednesday, December 08, 2004


08 December 2004
25 Syawal 1425

Mencari silap diri!

Semester ini aku amik satu subjek math. Numerical Methods for Engineer diajar oleh Dr Suleyman el Mureybi, Nigerian kot. Belajar mencari "error". Dalam erti kata lain mencari kesalahan pengiraan dan diterjemahkan dalam bentuk peratusan. Yang menariknya, kami terpaksa mencari silap dan jangankan sampai tersilap. Berulang-ulang kali pengiraan (iterative method) dilakukan sehinggakan kami mendapat peratusan silap (absolute error percentage) lebih kecil daripada peratusan yang telah ditetapkan (error citerion) itulah dikira sebagai jawapan yang betul. (Percent absolute value is lower than a prespecified percent tolerance).

Mungkin begitulah juga dengan diri aku ini. Janganlah tersilap ketika mencari silap diri. Perlu aku sentiasa dan berulang-ulang kali mencari silap diri (bermuhasabah) agar haluan hidup yang aku lalui hari-hari ini sentiasa tepat dan betul. Teringat kisah salah satu seorang Khalifah Ar Rasyidin (aku tak ingat....tolong ingatkan) yang setiap malam sebelum tidur baginda akan bermuhasabah mencari silap diri dan menilai amalannya pada hari tersebut. Aku...? Masih tak mampu dan masih tak sedar entah rendah mana amalan aku. Itu tak termasuk lagi yang hanya diterima di sisi Allah. Entah-entah layakkah aku menumpang teduh di syurga-Nya?


alone at 9:13 AM


Tuesday, December 07, 2004


07 December 2004
24 Syawal 1425

Aku dedikasikan lagu ini buat wanita yang pertama dan selama-lamanya bertakhta dalam hidupku. (Sila rujuk entri 21 Jun 2004)

Kau pertama ku kenali juga pertama mu kasihi
Penghibur setiap kedukaan Sinar di dalam kegelapan
Kau tercantik di mataku
juga terindah jiwaku
Tiada tandingan di seluruh dunia
Senyumlah ibuku oh senyumlah
Engkaulah wanita sempurna bagiku
Senyumlah ibuku oh senyumlah
Senyuman saktimu memberiku kekuatan mengharungi hidup ini dengan tabah
Oh ibuku….
Kau tercantik di mataku juga terindah dijiwaku
Tiada tandingan di seluruh duniaku
Senyumlah ibuku oh senyumlah
Engkaulah wanita termulia bagiku
Senyumlah ibuku oh senyumlah
Senyuman saktimu Penghibur dukaku penyuluh arahku
Senyumlah ibuku oh senyumlah
Senyuman saktimu beri ketenangan kekuatan menghadapi segala cabaran
Oh ibuku….

Credit: kumpulan Spin
[Aku memang tak betah dengar lagu group ni nyanyi. Loya tekak. Tapi lagu ni aku boleh tahan. Dengar berkali-kali pun ok lagi!]


alone at 9:10 AM


Sunday, December 05, 2004


05 Disember 2004
22 Syawal 1425

Mencari bunyi di kala sunyi...
Seperti maklum, pagi Ahad yang sunyi berlabuh kembali. Sunyi kerana mungkin ramai yang masih belum bangun dan tak kurang juga yang menyambung kembali 'perlayaran' malam semalam setelah fardu dilaksanakan. Rutin biasa hari cuti, melepas dendam tidur yang tak pernah puas.

Gian dan ketagihan...

Seawal pagi lagi, aku bersama ikhwah QYC menongkah angin dingin pagi untuk melepaskan 'gian'. Meskipun lelah semalam masih lagi bersisa. Gian yang telah lama aku pendamkan sewaktu sebulan berpuasa dan selama dua minggu cuti raya benar-benar menyiksa batinku. Umpama anak kecil kehilangan botol susunya. Walaupun aku tahu aku tak punya banyak masa, tapi sepertimana perokok dapat melepaskan ketagihnya walaupun dengan se'pam' sedut, begitulah juanya aku. Melonjak-lonjak aku kegembiraan tatkala diajak semalam oleh ikhwah yang rasanya turut sama gian macam aku. Ditambah pula kekecewaan kekalahan Kedah ditangan Perlis semalam menyemarakkan lagi keinginan aku ini.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku lepaskan gian aku ini. Mujur ketagihan aku ini disalurkan ke tempat yang betul. Pagi ini kami ada match bola dengan ikhwah Arab yang kebetulan turut turun bermain. Aku tidak boleh lama, setelah sebiji dua gol, aku dan Safwan mohon permisi sebab kami ada misi lain. Aku asalkan dapat lepaskan gian sudah.

Meeting rally...

Bergegas pulang dengan berpeluh-peluh demi mengejar satu agenda lain. Bersiap sedia untuk ke kompleks. Bukan jamuan raya tapi mesyuarat yang paling lama dalam hidup aku yang pernah aku hadiri. Hampir sembilan jam mesyuarat, lagi lama daripada aku travel KL-AS naik bas. Meeting rally yang sememangnya bukan meeting kosong. Berkumpulnya sedozen insan yang duduk berbincang mengenai hal orang lain (bukan mengumpat!!), berdiskusi demi kemaslahatan ummah. Tapi mengapakah sedozen makhluk ini sanggup duduk mencanai idea yang memenatkan otak untuk kerja yang mereka tidak dibayar gaji, kerja yang tak glamour langsung dan juga membuang masa mereka ini? Kerana mereka sedar bahawa gaji mereka akan dibayar oleh Allah di akhirat sana, biarlah mereka tidak glamor di kalangan manusia namun pandangan Allah kepada mereka mempunyai nilai. Dan juga mereka tahu bahawa Allah telah peruntukkan masa yang diberikan Nya adalah untuk kerja sebegini demi mencari keredhaan Nya. Teruskan perjuangan wahai ikhwah wa Akhawat sekalian.

Selama itulah juga aku terperap dalam kompleks. Dari memula masuk sirna matahari terpacak atas kepala sehinggalah keluarnya bulan sudah mengganti tempat. Mujur lawak teman seperjuangan mampu meneutralkan kembali suasana. Tekanan demi tekanan dalam mesyuarat dapat diselesaikan dengan syura. Dan juga dorongan oleh mereka yang mampu mengecas kembali bateri semangat yang semakin weak. Diberinya aku satu lagi tanggungjawab baru. Aku cuba tolak dengan cara baik tapi dipaksa dengan cara yang baik juga oleh mereka. Akhirnya dilema aku berakhir dengan jaminan bahawa aku akan buat yang termampu dan harapan oleh mereka bahawa mereka tidak meletakkan 'high expectation' pada aku. Sebenarnya aku lebih suka bekerja belakang tabir sepertimana sebelumnya. Menjadi 'think tanker' dan asas yang menyokong dari bawah. Tapi kini, aku perlu mengubah cara bekerja aku.

Terima kasih semua keluarga k-intl. Anda semua memang hebat. Bersyukur aku dapat bekerja dengan antum semua. Memberi satu dimensi baru bagi aku dalam kerja dakwah ini. Menjadikan isu ummah sebagai dasar perjuangan ke arah kesedaran untuk memartabatkan kembali Islam di bumi bertuah Malaysia kita ini. Selamat berjuang dan teruskan berjuang selagi mana nyawa masih lagi belum dituntut olehNya!


alone at 9:04 AM


Saturday, December 04, 2004


04 Disember 2004
21 Syawal 1425

Atas permintaan rakan-rakan, nak aku persembahkan kat sini catatan pengalaman kami ke selama dua hari ini yang penuh dengan aksi menarik, ketegangan dan kepenatan. Aku tujukan ‘karya’ ini buat Safwan, Suhaimi, Ezzad ditambah pula Wan Anwar dan Zubair.

From Kuantan with "Love"...

Dengan kalimah keramat bismillahirrahmanirrahim… perjalanan kami ke menuju ke Pantai Timur pun bermula tanggal 3 Disember, 4 petang. Dengan keputusan yang diambil secara ad hoc oleh kami [aku,safwan, Suhaimi dan Ezzad] lepas solat Jumaat tu. Kereta ‘perjuangan’ Safwan yang dipacu oleh aku meluncur menyelusuri logamaya lebuhraya Karak demi satu misi suci. Misi membawa panji-panji kebenaran demi melihatkan warga Kampus UIA disana turut merasa bahang semangat perjuangan Palestin bumi bertuah. Kami punya matlamat, visi dan persepsi yang sama.

Syukur perjalanan agak mudah walaupun mentari terik tidak bias mencairkan semangat yang kami punya ini. Dengan berbekalkan secebis iman dan selembar ilmu, kami rela bermusafir meskipun dengan perancangan yang tergesa-gesa. Namun, tak sampai 1/20 perjalanan aku kesan ada sesuatu yang tak kena dengan kereta ni. Apa tu? Temperaturenya mencanak naik.

Terpaksalah kami singgah di Hentian Genting Sempah. Melakukan rawatan CPR [hanya kami yang tahu :-)] dan menambahtukar air yang menjadi faktor utama enjin panas. Setelah solat asar, kengkawan yang lain masih bersemangat untuk meneruskan perjalanan meskipun dugaan pertama kami tempuhi tak sampai suku perjalanan dan kami boleh berpatah balik sahaja. Dan apa lagi, WBL8400 pun meluncur membelah Banjaran Titiwangsa.

Perjalanan awalnya ceria dengan usikan dan gurauan akhirnya kami keletihan dan masing2 melayan perasaan sendiri. Apabila maghrib mengesot tiba, kami singgah di rumah nenek Suhaimi di Temerloh bagi melepaskan lelah. Seperti biasa, kereta perjuangn ini perlu dilakukan CPR lagi. Best juga layan keramahan orang tua ni. Meskipun dengan pekat loghat Pahangnya, aku masih lagi faham butir2 percakapan neneknya yang masih lagi sihat bugar. Malam tu kami dijamu nasi berlaukkan ikan goreng, telor dan cicah budu. Pergh... sodap.

Perjalanan kami hanya tinggal separuh sahaja lagi dan kami tidak boleh membuang banyak masa. Setelah kenyang dan berbasa-basi dengan nenek dan sepupunya, kami memohon diri dahulu. Gelap zulmat malam jalan lama merisaukankan kami juga. Bukan sengaja tak mau naik highway LPT yang baru buka tu, tapi memikirkan kesuntukan budget terpaksalah kami bertawakal agar dipermudah dan dipercepatkan perjalanan kami. Silauan lampu dari kereta depan kekadang menggangu konsentrasi aku. Mujur depa ni tak layan tidur setelah kenyang. Ada juga teman berbual.

Berpandukan arah jalan yang samar-samar diberikan oleh member kat Gombak sewaktu mula-mula nak bertolak dulu, kami tersesat memncari arah. Setelah puas bertanya orang dan puas berpusing pi mai pi mai tang tu dijalan yang sama, akhirnya dengan susah payah akhirnya tiba juga di UIA Kuantan yang agak tersorok. Sesambil Safwan dan Ezzad menyelesaikan urusannya dengan akhawat Medic (sapa ye Safwan...?), aku mencari-cari sahabat lama aku sewaktu kat matrik dulu. Akhirnya jumpa juga kawan aku yang sorang ni, Tengku Amirul. Dia seperti lagi dulu, masih lagi ramah dan ceria.

Niat asalnya nak balik Gombak malam tu juga nampaknya terpaksa dilupakan. Jam sudah menjelang 10mlm dan gate tutup pukul 12mlm. Bermakna kami hanya ada dua jam untuk perjalanan pulang. Mana sempat! Akhawat ada menawarkan rumah pakcik-pakcik di sekitar Kuantan ni untuk kami tumpang bermalam. Akhirnya Mirul meng’offer’kan biliknya untuk dijadikan persinggahan kami. Terima kasih Mirul, jasamu tak akan kami lupakan.
Seusai solat Isyak qasar, aku terus merebahkan diri, meluruskan tulang belakang, mengendurkan urat saraf. Mana taknya, penat memandu 250 km dari Gombak ke Kuantan. Malam tu tidur dibuai dingin angin malam UIA Kuantan.

Sabtu pagi.....,

Seawal pagi lagi, bangun bersiap diri kerana kami perlu tiba awal di Gombak. Ada ziarah di rumah Ustaz Burhanuddin tengahari bersama member QYC yang lain. Terima kasih kepada Mirul yang beriya-iya nak bawa kami tour kampusnya ini. Mungkin lain kali pulak kot. Setelah subuh berjemaah dengan bebudak sini, kami pun bergerak pulang.

Sekali lagi jadi driver aku ni. Takpa selalunya Safwan yang jadi driver kami tapi kali ini biar dia rilek kat belakang pulak:-). Di perjalanan pulang, sempat juga aku singgah kat tempat membesar aku dulu, Kem Batu 10. Sudah banyak berubah kawasan tu namun kuarters tempat family aku duduk 13 tahun dulu masih lagi utuh berdiri. Segera kenangan silam menggamit hati. Setelah melepasi pekan Gambang aku mohon undur diri dari memandu, kerana konsentarsi aku dah tahap minimum. Suhaimi pula mengambil alih tugas. Giliran aku pulak untuk lelap walupun sepicing mata.

Dibawanya kami kerumahnya yang sememangnya dalam perjalanan untuk melepaskan lelah. Felda Bukit Damar. Pengalaman baru bagi kami. Memanjat pokok dokong. Kami jadi teruja sangat kerana perut ni sememangnya dah lapar belum sarapan. Setelah dua tiga dahan aku petik, terpaksa turun kerana tak tahan semut yang menghurung. Suhaimi yang dah alah menurunkan satu guni plastik buah dokong. Safwan dan Ezzad tunggu di bawah menyambut buah yang gugur. Setelah tu beralih ke depan rumah pulak, mengait buah rambutan. Mujur mak Suhaimi sporting dan tak kisah dengan kami. Lagi seronok dengan pulangnya anaknya dan kehadiran kami walaupun tak dimaklumkan terlebih dahulu. Iyalah…maknya hanya tinggal berdua dengan ayahnya. At least datangnya kami ini dapat menggamatkan suasana jugak.
Setelah mandi membersihkan keringat, kami bersarapan roti canai. Riuh rumah dengan jeritan sorang tu yang tak tahan sejuk mandi kolah :-) (Sapa ye…hanya kami dan Allah jua yang tahu). Berangkat pulang menjelang pukul 11. Sempat ke kami nak join ziarah kul 12.30 tengahari ni?

Sampai di Gombak tepat 12.30 tghari. Ikhwah yang lain dah siap menunggu kami. Dengan badan masih lagi penat, kami pulang bersiap diri menuju kerumah Ustaz Burhan. Makan lagi. Menunya nasi goreng, mee goreng, karamel, nugget, soya cincau dan juga buah dokong dan rambutan yang baru dipetik paginya.

From Bangi with pressure...

Aku ingat agenda aku untuk hari ini akan berakhir selepas ini. Tapi Wan Anwar bersemangat mengajak kami ke Bangi. Pelawaan ke rumah Kak MaryamJ yang agak berat untuk kami tolak. Tapi entah mengapa kali ini traffic jam lain macam je. Takkan semua orang pi Bukit Jalil tengok Piala Malaysia kot. Takkan semua orang kampong aku (Kedah) turun stadium Bukit Jalil hingga menyesakkan jalan ni. Ditambah pula dengan bahang panas petang tu dan juga temperature kereta yang turut sama naik. Terpaksalah sekali lagi melakukan CPR. Kali ini kami berlima [aku, safwan, Wan Anwar, Ezzad dan Zubair]. Perjalanan yang sepatutnya lebih kurang 45 min menjadi hampir dua jam. Tapi demi ukhuwah kami ketepikan rasa yang tak senang tu. Petang jam 5.30 kami tiba juga di destinasi. Mujur Pak cik Jailani dan Bilal masih sudi melayan kami walaupun dah lewat petang. Hari tu juga 1st time aku makan satay panggang oven..:-) sodap jugak.

Perjalanan pulang menjadi satu lagi tekanan bagi kami. Sehinggakan jalan highway pun jam jugak. Ezzad telah membuktikan kepada kami kebolehannya memandu meskipun dua tiga kali sangkut kat tengah jam. Mujur lawak ‘killer’ dan usikan ‘sensitif’ dan cerita dari Kuantan menjadi penyeri perjalanan. Terubat sedikit kepenatan dan secara tak langsung mengeratkan ukhuwah antara kami. Alhamdulillah. Opss…tapi, kembara kami tidak berakhir lagi disini.

From Wangsa Maju with lost…

Langsung pula ke rumah Mak Long Zubair selepas singgah untuk maghrib di Wangsa Melawati.Ajakan Zubair ni susah juga nak tolak sebab kami yang mengheretnya turut sama ke Bangi meskipun dia dah nak ke rumah Mak Longnya petang tu. Sampai tersesat jalan mencari rumah Mak Longnya sebab anak sedaranya ni dah lama tak pi beraya. Sambil beraya sempat juga kami layan bola, sebab sepupunya pun minat bola jugak. Sempat lagi mengusik Zu. Maaf ye Zu, lawak pengerat ukhuwah.

Pulang dengan kepenatan. Dalam perjalanan pulang tu sempat lagi disambung lawak ‘killer’ dan usikan ‘sensitif’ tu tadi tapi kali ini lebih berbisa. Takpe, semua orang jadi mangsa. ;-)
Dan berakhirnya permusafiran aku untuk hujung minggu ini. Hari esok pula menanti dengan pelbagai cerita. Ku harap kembara kami ini bukannya kembara yang sia-sia, kembara yang dapat kami jadikan pedoman dan panduan hidup demi memperolehi sedikit ilmu untuk hidup. Pengalaman dan perasaan yang pelbagai sesungguhnya dapat mematangkan kami yang sememangnya dah dewasa ini. Moga, melalui kembara ini juga kami dapat menilai hati budi masing-masing yang pelbagai ragamnya dan ini sudah pasti mengeratkan ukhuwah antara kami agar terus berpanjangan….

Mohon diri dahulu….


alone at 4:13 PM


Wednesday, December 01, 2004


01 Disember 2004

Kelas dah start!
Bermulalah kelas aku secara rasmi hari ini. Setelah dua hari merayau untuk adjustment, baru hari ini lecturer mahu mula mengajar. Credit hour aku semester ini ialah 21.5. Wow! Banyaknya…rekod untuk diri aku… Sebelum ni tak pernah sebanyak ini. Masih di peringkat awal lagi. Aku try masuk semua kelas dulu…mana yang agak tak boleh catch up aku drop… Ala..macam buat semester lepas. Macam tak biasa pulak.

Puasa 6
Hari ini juga dah masuk hari kedua aku berpuasa… Ops jgn silap bukan puasa ganti. Tapi puasa 6. Sepertimana yang disabdakan oleh nabi kita seperti mafhumnya… Sesapa yang puasa di bulan Ramadan dan disambung dengan puasa 6 hari di bulan Ramadan, seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Jadi aku juga tak nak turut ketinggalan fadilat puasa 6 ini yang dah sekian lama tertangguh. Kat rumah memang tak boleh buat…banyak dugaan. Dengan masakan ibu yang sedap bisa merangsang saliva aku untuk meleleh. Lagipun kat sini boleh save skit belanja makan aku yang bujang kat sini.



alone at 2:31 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS