Friday, February 25, 2005
Lagu lama yang boleh dijadikan zikir panduan hidup...
BERJUANG menempah SUSAH
Menangung DERITA menongkah FITNAH
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang MUJAHID memburu SYAHID
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah
Dibunuh syahid
Namun jiwa TETAP mara menuju cita
Membara DEMI ALLAH dan RASULnya
Berjuang TAK pernah SENANG
Ombak derita tiada henti
TENANG TEGANG silih berganti
Inilah SUNNAH orang BERJUANG
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat meluah tenaga
Berjuang memang PAHIT
kerana SYURGA itu MANIS
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya TERKORBAN
Rela terHINA kerana KEBENARAN
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah SYAHID atau MENANG
Sunnah Berjuang:Nadamurni