14 April 2005
Mamak stall....
Golongan mamak ni famous dgn dua benda je dalam dunia perniagaan ni. Kedai nasi Kandar dan gerai majalah. Kali ini fokus aku kepada golongan mamak kategori kedua. Semasa menyeret langkah menuju ke Pudu waktu nak balik AS semalam, kaki aku singgah sebentar di sebuah antara berpuluh-puluh gerai mamak paper di tengah kota KL ni. Berhenti sekejap, mengscan, judul tajuk pelbagai jenis makalah santapan minda. Daripada komik remaja kepada majalah hiburan, tabloid, digest cerita tahyul, cerita picisan dan memacam lagi. Niat di hati dan kekangan sumber dalam dompet aku memang tidak berhajat langsung nak beli, sekadar nak update palaotak dgn berita terkini setelah dua kali keluar masuk terperap dalam hutan Janda Baik selama seminggu.
Datang mamak tu mendekati. Tangannya yang separa berbulu lebat tu pantas cuba menutup satu dua cover majalah yang ada kat situ. Memula aku tak berapa perasan, tapi akhirnya aku faham ini adalah salah satu luahan hatinya yang berbunyi "Woi, nak baca belilah satu, no free reading!!", tapi hanya mampu dia terjemahkan dalam bentuk aksi. Respek ngan aku kot. Mungkin ulah aku ini tidak disenangi oleh mamak tu walaupun aksi protest dia tu tak dizahirkan secara langsung tetapi hati kemanusiaan aku ni dapat meneka.
Ok...aku test mamak tu. Aku kilas tangan aku kebelakang, mengagau dompet yang tebal dengan resit dan Akuan Penyata Wang ATM dari poket belakang seluar aku. Semerta tindakan aku tu berjaya mengalihkan tangan mamak tu seolah-olah memberi ruang kepada mata aku untuk memilih semua magazine yang ada. Aku buka dompet aku dan aku dapat rasakan ke\’excited\’kan mamak itu terhadap pelanggannya yang sorang ni. Dalam masa kurang dari sekelip mata aku terus blah meninggalkan mamak tu terkebil-kebil rasanya. Pasti hatinya panas sebentar dengan makian untuk aku. Ha...ha...haa... Terkena mamak tu...
Persoalan ini timbul dalam tulisan Shaharom TM Sulaiman dalam bukunya bertajuk Buku Kekasih. Mengenai senario toko buku di Malaysia kebanyakannya tidak bersifat reader-friendly. Pekerjanya pula lebih bersifat information worker bukannya knowledge worker. Namun, apa yang aku nak highlightkan disini ialah sikap pekerja kedai buku ini seolah menghalang minat orang untuk membeli. Kita sebagai pembeli ingin bahan yang kita beli itu benar-benar apa yang kita nak. Jika sekadar melihat luaran kulit sahaja tidak mencukupi. Tangan ini perlu membelek-belek helaian satu persatu walau sepintas lalu untuk melihat gaya persembahan buku dan butiran isinya. Pernahkah kalau anda semua membeli novel dengan hanya yakin dengan sedap tajuk bukunya tanpa membelek melihat bagaimana ending ceritanya? Hanya toko buku besar di Malaysia sahaja spt MPH dan Kinokuniya yang bercirikan "kedai perpustakaan". Nak tahu lanjut, bacalah Buku Kekasih. Ada satu lagi siri oleh Shaharom TM Sulaiman juga yang berjudul Ada Apa Dengan Buku. Disarankan dibaca oleh semua pencinta buku. Nak pinjam dari aku pun boleh. Silakan...
P/s: "Kedai Perpustakaan"- sbb itulah aku selalu lepak sehari suntuk kat MPH atau Kinokuniya walaupun sengkek tak berduit. Dapat cuci minda cukuplah... Emmm...