Sunday, April 10, 2005
10 April 2005
1 Rabiulawwal 1425
The Battle For Jerusalem
Hari ni aku secara solo berpeluang ke MPH Midvalley dan seperti biasa aku jadi seperti dok dalam inkubator buku. Hampir sepetang suntuk aku lepak dalam tu buat macam rumah sendiri. Dan kali ini aku tak mampu nak kawal nafsu buku aku. Niat sekadar nak usap belek-belek, baca free sahaja. Tewas aku dengan godaan buku-buku tu yang minta aku bawa pulang mereka. Aku borong RM 169.60 beli buku sahaja. Kopak duit scholar aku lagi. Nampaknya kena puasa makan buku ni je lah.
Antara buku yang aku sambar ialah The Battle of Jerusalem. Tulisan Lt Gen Mordechai Gur yang terlibat secara langsung ke atas penaklukan Palestin. Kali ini aku nak baca pandangan mengenai isu Palestin ini daripada perspektif lain, iaitu tentera Israel laknatullah sendiri. Sebelum ni kita selalu tengok isu ni dari sentimen umat Islam kita sendiri. Aku juga dah baca pandangan pihak yang berkecuali (bukan Muslim, bukan Yahudi). Dr Ang Swee Chai, seorang Malaysian Chinese dalam bukunya From Beirut to Jerusalem. Cuma kali ini tengok apa Yahudi kata untuk menjustifikasikan tindakan haram jadah mereka itu!