Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: Janda Baik lagi!!!
Sunday, May 15, 2005


13, 14, 15 Mei 2005
4, 5, 6 Rabiulakhir 1425

Janda Baik lagi!!!

Hujan yang sedari tadi rintik kini sudah lebat. Tenggelam zikir aku dalam rintihan hujan menimpa zink. Menimbulkan bunyi rintik bingit yang cukup tenang. Aku menjadi terleka dengan paduan irama hujan ini dan suara pujian tahmid kepada Pencipta. Irama hujan lebat ini tanpa selingan guruh ini benar-benar sayu. Tempias sipi hujan tidak sedikit pun menggigilkanku, malah memberi rasa nyaman. Entah berapa lama aku berteleku di atas sejadah ini, aku pun tak sedar. Doa khusyuk aku panjatkan di atas bibir meskipun hanya telinga ini yang mendengar dek hilang dalam bunyi hujan. Kata orang, doa mustajab pada waktu hujan sebegini kerana waktu inilah malaikat rahmat menurunkan rezeki untuk sekian makhluk. (Cuma kata orang, tak dapat pula aku quote nas yang sahih)

Begitulah suasana suatu maghrib di teratak Semanggol di Janda Baik ini. Amat sesuai seperti pencinta damai seperti aku. Kali ini aku dan rakan 'penadinamis' kembali ber'uzlah' di Janda Baik ini. Lari dari kebiasaan mencari ketenangan.

Siang harinya, apabila cuaca hebat. Dada langit terdedah tanpa sejurai awan. Namun terik mentari tak terasa perit bahangnya. Bau rumput segar selepas semalaman berembun lebat. Terdampar disini sana bukit-bukau berbalam-balam. Bukit yang gagah dan kecil berselang seli memberikan kombinasi warna hijau pekat dan cair yang hebat. Begitulah lukisan alam yang terbentang dari teratak Semanggol ini. Angin yang lembut menampar pipi ini amat begitu mengasyikkan. Gemersik bunyi dari hujung bukit sana, apabila sang angin bergesel dengan sang pohon. Irama asli pagi yang hanya didengari oleh mereka sedar betapa hebatnya alam ciptaan Allah ini. Dan idea ilham pun datang mencurah-curah.

Khalwat selama tiga hari dua malam ini memang terasa amat singkat! Aku nak datang lagi sini! Biarlah terpaksa tidur berembun di teratak ini pun aku sanggup. Biarlah darah ini menjadi santapan nyamuk hutan pun aku sanggup. Biarlah badan menggigil kesejukan malam pun aku sanggup. Biarlah lenguh pinggang dan tangan drive jalan rally pun aku sanggup. Kepada rakan se'penadinamis' (afan, mar, yam dan fizah), nak ikut aku lagi tak ke sini? Harap tak serik-serik. :-)


alone at 9:22 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS