Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: Seminar Bahaya Islam Liberal
Saturday, May 21, 2005


21 Mei 2005
12 Rabiul Akhir 1426

Seminar Bahaya Islam Liberal
Balai Budaya Tun Syed Nasir
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sempat juga minggu ini melapangkan masa sehari suntuk untuk menghadiri seminar ini. Dengan diskaun hanya RM 30 (yuran asal RM 50) atas kapasiti pelajar U dan pihak universiti menyediakan bas percuma untuk ke sana, aku tidak melepaskan tawaran hebat seumur hidup ini. Ye la maklumlah kewangan tengah kritikal ni....

Bukan ini yang ingin aku paparkan. Tapi lebih kepada hasil isi perbincangan seminar sehari ini. Memang puas hati aku. Terasa berbaloi sangat. Perbincangan yang dijalankan secara neutral dan telus tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Menjelaskan lagi kepada kami betapa bahana pengaruh Islam Liberal dengan ajarannya yang rancu (rancu (bhs Indon): samar-samar, tidak jelas) ini mampu mengkucar-kacirkan akidah umat Islam. Antara isu yang dibangkitkan oleh puak ini adalah persamaan semua agama di dunia dan semuanya akan masuk syurga jika berkelakuan baik. Mereka menggunakan ayat Surah al Baqarah ayat 62 sebagai senjata mereka. Apa ni....! Allah dah nyatakan "Bagi kamu ugama kamu, bagiku ugamaku". Kalau semua agama adalah sama, buat apa Rasulullah bermatian-matian memperjuangkan kalimat Laa ilaha illallah. Mereka memulas nas-nas Al Quran sehingga kelihatan seperti menyokong mereka. Siapa sahaja boleh mentafsir ayat Al Quran mengikut pemahaman mereka dan mengamalkannya.

Jaringan Islam Liberal
Antara isu yang remeh yang cuba diperjuangkan mereka sehinggakan orang biasa mudah keliru adalah megenai perkahwinan antara agama, solat dalam dua bahasa, 'iddah lelaki, poligami no; kahwin mut'ah yes, tiada azab kubur dan lain-lain lagi. Meskipun kebanyakan isu yang dibangkitkan ini dah terangan berlaku di Indonesia, (kerna Sdr Adnin Armas ini org Indon) tak mustahil akan tersebar ke seluruh rantau Asia Tenggara. Mereka juga mempunyai organisasi Jaringan Islam Liberal yang ada web site dan program yang dijalankan untuk menyebarkan dakyah. Golongan ini boleh dilabelkan sebagai "Islam Protestan" (sepertimana Kristian Protestan....!) yang kecewa melihatkan nasib umat Islam sekarang di dunia ini. Mereka menganggap bahawa tafsiran agama yang jumud merupakan faktor kemunduran umat Islam seterusnya mengambil langkah menafsir ikut suka mereka. Mereka ini tidak ubah seperti alat sekular yang berselindung di bawah label yang moderate.

Perbincangan yang hangat dan panas daripada panelis Ustaz Asri Zainul Abidin, Sdr Adnin Armas, Ustaz Fauzi Deraman dan pengerusi Ustaz Zamri IKIM. Sesekali panelis dihentam tapi dengan mudah dipatahkan mereka dengan hujah kukuh dan berisi. Ada juga audien yang menyuarakan pandangan mereka mengenai kesedaran mereka terhadap bahaya Islam Liberal ini. Sedar tidak sedar waktu sudah menganjak petang sedangkan kami masih kehausan dengan ilmu dan maklumat.

Alhamdulillah kerajaan memang amat prihatin dan mengakui bahawa golongan Islam Liberal ini merupakan ancaman kepada kesejahteraan agama dan negara melalui ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md Zin. Tapi apa yang aku hairan mengapa pemikir-pemikir puak ini dibenarkan untuk bernaung dalam satu pertubuhan sah yang diiktiraf!. Tambahan pula ada dari kalangan mereka yang mendapat ruangan di akhbar tempatan utama berselindung untuk menyampaikan 'fikrah' mereka ini. Aku rasa hangpa semua mungkin sedia maklum, siapa kumpulan ini dan orangnya. Tak tahu tanya aku secara personal! Bahaya utk didedahkan di sini...


alone at 9:58 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS