Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: April 2005
Sunday, April 24, 2005


24 April 2005
15 Rabiulawwal 1425
Salam khair...
Makanan perut dan makanan rohani

Tengahari ini aku dan Safwan melilau mencari Hotel Crown Plaza Mutiara. Berapa kali pusing dan lalu tempat yang sama tapi masih tak jumpa jalan masuk walhal hotel dah terpampang depan hidung. Jalan KL ni memang memeningkan aku. Kalau naik motor dah lama aku cross divider jalan tu ;-)

Demi program makan-makan Fund Raising Tea Talk anjuran Muslim Professional Forum (MPF) ni juga kami bersabar dan berusaha cari jalan masuk ke sana. Sampai di sana Ustaz Maszlee (iklan: sila baca artikel provokasi ustaz tentang PGL dalam Majalah i April) dah tunggu kami. Kami datang pun atas jemputan Ustaz Maszlee sebagai memenuhkan kuota meja sponsor yang kosong.

Tak pernah aku makan di tempat semewah begini. Jarang dapat aku makan dilayanhidangkan begini. Meskipun menunya ada yang asing bagi aku tapi semuanya kami bedal. (Kami: Aku, afan, dan 4/5 orang budak matriks yang ustaz bawak). Dengar cerita harga untuk satu seat ni menjangkau RM 100. Mak aiii... budget makan aku sebulan. Padanlah namanya pun Fund Raising untuk anak mahasiswa perubatan Aceh yang terkandas pengajian mereka. Terima kasih kepada Karangkraf kerana menaja meja kami. Ada sampul atas meja, aku selit sedikit wang not sebagai tanda aku datang sini bukan semata-mata untuk makan!!!
Talk oleh Bro Moez Mas'ud sebagai makanan rohani. Cerita pasal Zuuq yang kita perlu ada dalam kehidupan beragama kita ni. Aku dan Safwan tersenyum, teringat majalah QYC Az-Zouq...


alone at 2:40 PM


Saturday, April 23, 2005


23 April 2005
14 Rabiulawwal 1425

Cerita daripada seat 13-K

Meninjau pemandangan drp tempat duduk 13 K Ekspress Durian Burung mempunyai ceritanya sendiri. Pertama kali aku menaiki bas dua tingkat ni (mujur aku tak dok atas, kalau tidak mesti gayat). Tingkat bawahnya hanya mempunyai 7 seat (disusun dalam dua barisan: 3 seat depan, 4 seat belakang). Aku macam jadi 'jakun' pulak. Perjalanan AS ke KL nak mengadap semester pendek. Tempat duduk aku di penjuru belakang sekali bersebelahan tingkap dan berjiran seorang pakcik. Tatkala roda bas baru berputar, aku lihat penumpang 3 sederet di hadapanku sibuk dengan hal sendiri. Masing-masing sibuk membelek handphone masing-masing. Yang betul-betul depanku ni pulak layan video klip daripada handphone canggihnya... Seolah tak ambil kisah langsung siapa disebelah mereka di sepanjang perjalanan 6 jam ni. Teknologi ni kekadang boleh mengakis boleh nilai manusia kita ini. Bagaimana? Nanti aku cerita.

Teringat satu kisah yang pernah diperdengarkan kepada aku mengenai seorang pemuda di Mesir (kalau tak silap antara pimpinan tertinggi Ikhwan) yang tergamak untuk pijak kaki orang di sebelahnya dalam bas sebagai asbab untuk berkenalan dengan orang lain. Bila dah terpijak kaki, pastinya maaf dihulur, seterusnya bertegur sapa dan menjadi pemula bicara kepada ukhuwah Islamiyyah yang berpanjangan dan berkekalan. Kan menarik tu, ukhuwah persaudaraan bermula daripada pijak kaki!

Aku pun toleh kiri aku dengan niat untuk tegur pakcik sebelah aku ni. Alamak! Dia dah start tidur dah. Takkan aku nak pijak kaki dia kot. Termelatah pulak orang tua tu. Terbantut niat suci murni aku ni. Aku toleh kanan balik mengadap jalan dan mula membilang lampu jalan (baca: berangan). Aku pun tak sedar bila aku terlelap. Sedar-sedar dah sampai di plaza tol Jalan Duta. Pakcik tu masih lagi tidur...

5.30 pagi. Hari masih awal lagi. Tapi kota kosmopolitan sudah bernyawa dengan hiruk pikuknya. Terus kaki ini melangkah ke Masjid Jamek. Masjid kegemaran perantau sepi seperti aku di tengah kota ini.

Amaran keras: Taktik pijak kaki ini amat sekali tidak sesuai serta ditegah sama sekali untuk dilakukan pada mereka yang berlainan jantina. Amalan ini tidak sesuai untuk mengorat. Gunakan kaedah dan saluran lain yang lebih murni untuk menghalalkan perhubungan yang suci.


alone at 10:37 AM


Friday, April 22, 2005


22 April 2005
13 Rabiul Awal
Kisah dari kayangan...

Image hosted by Photobucket.com

Alhamdulillah cuti kali ini walaupun singkat (hanya separuh drp cuti dapat rilek kat umah) terasa ke'baloi'annya. (betul ke ayat aku ni). Kem Penulisan Remaja Intensif- KEMPRIT (walaupun yang hadir semuanya remaja tua...ehe..he.) anjuran PTS Publications memang bermanfaat menyediakan platform kepada aku dan rakan yang lain untuk bertapak dalam medan penulisan ini. Bukannya tak berminat tapi tak ada saluran yang betul. Diadakan sendiri di rumah Puan Ainon di Janda Baik, memaksa aku (dan yang lain: afan, Imad, Wawi) mendaki kembali banjaran Titiwangsa dengan "kereta perjuangan". (walhal 3, 4 hari lepas kami dah ke sana). Memang menarik pendekatan PTS, melatih dan membentuk kumpulan penulis tersendiri sejak dari awal lagi mengikut acuan/kaedah/gayanya sendiri. Peluang yang dikurniakan Allah ini sebagai salah satu wasilah perjuangan ini akan aku gunakan sebaik-baiknya. Apa projek kami?? Tunggu... Akan "terhangat di pasaran" dan menjadi "hak milik kekal" umat Islam.

Bertemu dan bergaul dengan penulis prolifik dan progresif(?) tanah air memberikan satu motivasi sendiri buat aku. Beramah tamah dengan Puan Ainon dan Prof Abdullah (sapa tak kenal pasangan penulis duo ni), berbasa-basi dengan Ahmad Fadzli Yusof (www.resipikejayaan.com), bermesra dengan Ahmad Naim Jaafar (Kuasa Karisma), juga Abg Fauzul Naim (jgn lupa dia ni, marah dia kang :cool:) membuatkan aku memasang impian untuk seperti mereka. Tapi itu bukan niat asalku! (nanti aku ceritakan)

Sekurang-kurang pengangguran musim cuti kat rumah aku kali ini ada faedahnya. Nak tolong abah kat bendang, tak dak apa boleh dibuat (musim membajak la ni). Ada juga "assignment" daripada "Prof" Dr Fauzul (www.drcinta.com) untuk kami selesaikan. Tidaklah hanya duduk rumah meng"abihkan boreh" je.
Jemput ke Laman Pasangan Bahagia Dr Cinta kita ni. Panduan bercinta utk org dah kahwin. Yang belum kahwin jangan gatal nak amalkan. Kalau belum mcm aku ni, elok utk jadi panduan bila dah berdua nanti! aku tak boleh baca kerap sangat, jadi tak sabar nak tempuh alam perkahwinan. Boleh minta drcinta kita ni kenalkan sorang. Boleh tolong, dr? ;0)
p/s: cerita "anak-anak kucing angkat" Puan Ainon. Salah seekor daripadnya masuk tidur dalam sleeping bag aku waktu aku tengah tidur dan masuk dalam kain aku waktu kami tengah berjemaah. Mujur tak menjerit, kalau tidak batal solat semua. Sebab imamnya adalah aku ;-)


alone at 4:21 PM


Thursday, April 21, 2005


21 April 2005
12 Rabiul Awal 1425
12 Rabiulawal VS 14 Februari
oleh: me, myself and I
Hari ini merupakan Hari "Valentine" bagi orang Islam. Hari mengingati kekasih yang tidak pernah kita bersua, bertentang mata apatah lagi mengucup dahinya. Hari untuk kita menunjukkan betapa dalamnya cinta kita terhadap kekasih yang dirindui, yang jauh di mata dekat di hati. Hari yang sepatutnya disambut lebih meriah oleh golongan muda-mudi kita kini berbanding dengan Hari Valentine, 14 Februari.
Bezanya, tiada acara bertukar-tukar bunga Ros merah dan coklat tapi apa yang ada adalah laungan selawat yang pastinya menjanjikan tukaran syafaat daripadanya kelak. Tiada agenda membawa kekasih bersiar-siar memadu kasih tapi apa yang ada hari ini ialah perarakan besar-besaran memuji Allah dan Rasul Nya sebagai tanda cinta yang tak berbelah bagi. Juga tiada acara "candle light dinner" sebagai tanda rela sehidup semati tapi apa yang ada kenduri-kenduri kahwin sebagai meraikan hari cuti dan juga meraikan bangganya kekasih kita dengan umatnya yang ramai. Kendatipun budaya masyarakat Mexico menjadikan muzik sebagai tempat menyatakan rasa cinta, budaya masyarakat Amerika dengan kiriman kad valentine, kita pun tak kurang hebatnya dengan alunan pelbagai selawat sebagai lagu meluahkan perasaan cinta kita terhadap kekasih kita itu dan kain rentang yang berkali-kali ganda besar daripada kad. Kan lebih molek kalau kita menjadikan Hari "Valentine" Islam ini sebagai platform untuk menyatakan rasa cinta kita bukan sahaja terhadap kekasih Allah itu bahkan juga buat suami, isteri, anak-anak, masyarakat dan juga umat (bukan awek, girlfren, boyfren, pakwe, balak dll)!!! daripada mengagungkan budaya Valentine barat yang langsung tidak memberi apa-apa makna dalam dunia Islam.

Namun apa yang penting ialah bagi kita ialah bagaimana untuk menjadikan kekasih kita itu hanya semata-mata untuk disayangi dan dan dirindui, malahan juga sebagai idola, bintang pujaan hati yang boleh ditiru perilakunya dan diikut trendnya oleh golongan muda kini. Kita kini di'semak'kan kepala otak kita dengan pelbagai rancangan yang menjadikan golongan artis sebagai tokoh seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Audition dan Anugerah Bintang Popular dan pelbagai lagi yang menyebabkan kita rabun ayam terhadap siapakah sebenarnya yang patut dijadikan idola. Artis? Pemimpin negara? Ulama? Ahli Ilmuwan? Jutawan? Ahli Sukan?. Sesungguhnya pada Rasulullah kekasih kita itu ada suri teladan yang sempurna. Akhlaknya adalah Al-Quran itu sendiri sebagaimana kata isterinya, Aisyah.

Meskipun kekasih ini sudah lama pergi namun dia tidak lupa meninggalkan dua hadiah yang besar kepada kita, Al-Quran dan Sunnah. Meskipun kekasih ini juga tidak pernah bertentang mata dengan kita, namun dia masih menyebut nama kita hingga akhir hayatnya, Ummati, Ummati. Nah! Selayaknya dialah menjadi kekasih sejati kita lantaran betapa dalam kasihnya terhadap kita. Mengapa kita masih mengagungkan kasih insan yang lainnya selain Rasulullah. Meskipun jasadnya sudah lama bersemadi di Bumi anbiya', namun dia masih tinggalkan harumnya buat kita manusia zaman ini. Perilakunya dan contoh tauladannya mewangi menjadi ikutan kita dalam segenap aspek kehidupan. Apatah lagi jasanya membawa kalimah tauhid ini memungkinkan kita mengenal Allah itu satu. Dan juga bekas-bekas jejak langkahnya dalam menegakkan agama suci ini menjadi panduan perjuangan buat kita umatnya yang wasatan.

Masih banyak lagi hikmah daripada sirah kekasih Allah ini yang belum kita gali dan korek terutamanya panduan menjadi seorang remaja, pemuda dan belia yang ideal. Menyelusuri perjalanan hidupnya satu persatu menyebabkan hati kita patut sebak memikirkan betapa mudahnya hidup kita hari ini. Itupun kita sebagai remaja sering mengeluh tidak cukup itu ini. Melalui biodatanya kita mengenali betapa kayanya dia dengan pekerti meskipun dia tidak sepandai mana (tak tahu membaca langsung!). Melalui cerita yang dibawa oleh sahabat beliau yang boleh dipercayai (sunnah), kita dapat tahu makanan kegemarannya, trend pakaian kesukaannya, apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Kerana apa yang dia suka itu tentulah perkara yang baik kita ikuti dan apa yang dia benci itu tentulah perkara yang ditegah Allah. Kan betapa sempurnanya hidup kita jikalau Rasulullah menjadi kekasih dan idola kita. Tak begitu kawan-kawan?


alone at 6:12 PM


Saturday, April 16, 2005


16 April 2005

Ekstrak perbualan telefon dua hala antara aku dan roommate aku (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan)....

dia: bila hang nak balik sini (uia) pulak?
aku: Minggu depan kot.
dia: Apsal? Dah jemu kat rumah keee? (nada perli)
aku: dak aihhh..... aku ada banyak kerja kat sana…(nada maintain)
dia: emmm..
aku: :-)


alone at 10:02 AM


Thursday, April 14, 2005


14 April 2005

Mamak stall....

Golongan mamak ni famous dgn dua benda je dalam dunia perniagaan ni. Kedai nasi Kandar dan gerai majalah. Kali ini fokus aku kepada golongan mamak kategori kedua. Semasa menyeret langkah menuju ke Pudu waktu nak balik AS semalam, kaki aku singgah sebentar di sebuah antara berpuluh-puluh gerai mamak paper di tengah kota KL ni. Berhenti sekejap, mengscan, judul tajuk pelbagai jenis makalah santapan minda. Daripada komik remaja kepada majalah hiburan, tabloid, digest cerita tahyul, cerita picisan dan memacam lagi. Niat di hati dan kekangan sumber dalam dompet aku memang tidak berhajat langsung nak beli, sekadar nak update palaotak dgn berita terkini setelah dua kali keluar masuk terperap dalam hutan Janda Baik selama seminggu.

Datang mamak tu mendekati. Tangannya yang separa berbulu lebat tu pantas cuba menutup satu dua cover majalah yang ada kat situ. Memula aku tak berapa perasan, tapi akhirnya aku faham ini adalah salah satu luahan hatinya yang berbunyi "Woi, nak baca belilah satu, no free reading!!", tapi hanya mampu dia terjemahkan dalam bentuk aksi. Respek ngan aku kot. Mungkin ulah aku ini tidak disenangi oleh mamak tu walaupun aksi protest dia tu tak dizahirkan secara langsung tetapi hati kemanusiaan aku ni dapat meneka.

Ok...aku test mamak tu. Aku kilas tangan aku kebelakang, mengagau dompet yang tebal dengan resit dan Akuan Penyata Wang ATM dari poket belakang seluar aku. Semerta tindakan aku tu berjaya mengalihkan tangan mamak tu seolah-olah memberi ruang kepada mata aku untuk memilih semua magazine yang ada. Aku buka dompet aku dan aku dapat rasakan ke\’excited\’kan mamak itu terhadap pelanggannya yang sorang ni. Dalam masa kurang dari sekelip mata aku terus blah meninggalkan mamak tu terkebil-kebil rasanya. Pasti hatinya panas sebentar dengan makian untuk aku. Ha...ha...haa... Terkena mamak tu...

Persoalan ini timbul dalam tulisan Shaharom TM Sulaiman dalam bukunya bertajuk Buku Kekasih. Mengenai senario toko buku di Malaysia kebanyakannya tidak bersifat reader-friendly. Pekerjanya pula lebih bersifat information worker bukannya knowledge worker. Namun, apa yang aku nak highlightkan disini ialah sikap pekerja kedai buku ini seolah menghalang minat orang untuk membeli. Kita sebagai pembeli ingin bahan yang kita beli itu benar-benar apa yang kita nak. Jika sekadar melihat luaran kulit sahaja tidak mencukupi. Tangan ini perlu membelek-belek helaian satu persatu walau sepintas lalu untuk melihat gaya persembahan buku dan butiran isinya. Pernahkah kalau anda semua membeli novel dengan hanya yakin dengan sedap tajuk bukunya tanpa membelek melihat bagaimana ending ceritanya? Hanya toko buku besar di Malaysia sahaja spt MPH dan Kinokuniya yang bercirikan "kedai perpustakaan". Nak tahu lanjut, bacalah Buku Kekasih. Ada satu lagi siri oleh Shaharom TM Sulaiman juga yang berjudul Ada Apa Dengan Buku. Disarankan dibaca oleh semua pencinta buku. Nak pinjam dari aku pun boleh. Silakan...

P/s: "Kedai Perpustakaan"- sbb itulah aku selalu lepak sehari suntuk kat MPH atau Kinokuniya walaupun sengkek tak berduit. Dapat cuci minda cukuplah... Emmm...


alone at 6:33 PM


Sunday, April 10, 2005


10 April 2005
1 Rabiulawwal 1425

The Battle For Jerusalem


Hari ni aku secara solo berpeluang ke MPH Midvalley dan seperti biasa aku jadi seperti dok dalam inkubator buku. Hampir sepetang suntuk aku lepak dalam tu buat macam rumah sendiri. Dan kali ini aku tak mampu nak kawal nafsu buku aku. Niat sekadar nak usap belek-belek, baca free sahaja. Tewas aku dengan godaan buku-buku tu yang minta aku bawa pulang mereka. Aku borong RM 169.60 beli buku sahaja. Kopak duit scholar aku lagi. Nampaknya kena puasa makan buku ni je lah.

Antara buku yang aku sambar ialah The Battle of Jerusalem. Tulisan Lt Gen Mordechai Gur yang terlibat secara langsung ke atas penaklukan Palestin. Kali ini aku nak baca pandangan mengenai isu Palestin ini daripada perspektif lain, iaitu tentera Israel laknatullah sendiri. Sebelum ni kita selalu tengok isu ni dari sentimen umat Islam kita sendiri. Aku juga dah baca pandangan pihak yang berkecuali (bukan Muslim, bukan Yahudi). Dr Ang Swee Chai, seorang Malaysian Chinese dalam bukunya From Beirut to Jerusalem. Cuma kali ini tengok apa Yahudi kata untuk menjustifikasikan tindakan haram jadah mereka itu!


alone at 10:54 AM


Saturday, April 09, 2005


9 April 2005

Tak sejukkah dia?

Pulang daripada stesen Terminal Putra LRT selepas amik member suatu malam, singgah sebentar di Shell isi minyak moto. Terpana aku melihat (jgn salah faham: bezakan melihat dan meng'ushar') seorang gadis Melayu ni membonceng motosikal suami(baca: balak)nya kot! (aku husnu zan..) berpakaian minim, menelanjangkan seluruh lengan hingga ke ketiak, terdedah atas dada. Ironisnya, compare dengan aku T-shirt kemudian diselimuti jaket tebal yang omputih pakai main salji. Hanya kura tangan aku yang terserlah. Itupun mengigil aku menahan tamparan angin malam Gombak. Tak sejukkah dia???? Mungkin panas bahang api neraka sudah dia terasa....emmm entahlah....


alone at 4:34 PM


Monday, April 04, 2005


4 April 2005

Demi membuktikan rasa ukhuwah dan kekitaan (aku adalah kau, kau adalah aku), perjalanan ±400 km dalam sehari aku tempuhi. Bermula dari utara menghala ke selatan, kemudian melencong ke timur. Merentas 6 buah negeri, menembusi dua buah terowong menyusup banjaran, hampir separuh semenanjung aku redahi. Dengan dua, tiga, empat kali (baca: berkali-kali) bertukar kenderaaan dari yang beroda dua ke empat, dari yang bergerak ke yang menjalar (train LRT), dari pengangkutan awam ke yang persendirian, akhirnya aku tiba di destinasi aku di Janda Baik, Pahang kurang dari tujuh jam setengah. Adakah ianya rekod dunia? Sudah pasti sebab aku yakin pada hari tu aku sorang saja yang buat aksi macam ni. Tahniah kepada aku!

Daurah bersama brothers kali ini memang best. Sebab satu: takdak sister yang memerlukan kami menundukkan pandangan kami dan semua hal pun menjadi lebih terbuka (tak semua, cuma yang tertentu sahja). Dengan nikmat ukhuwah yang Allah kurniakan, kami gunakn sebaik mungkin peluang ini bagi men'transparens'kan segala apa yang ada dalam diri kami. Mana mungkin aku lupakan detik makan setalam, mandi sekolam yang mewujudkan kebersamaan antara kami. Juga ada acara yang boleh aku panggil "acara mengeratkan ukhuwah sambil menghilangkan thiqah". Nak tahu lanjut kena cerita lisan. Meskipun menu sardin dan 'sayur rasmi'- timun menjadi santapan setiap kali makan, ini tidak menghalang kami untuk menjadi pelahap hingga tiada sisa yang ditinggalkan untuk kucing makan. Meskipun telur goreng hangit Imad tak sesedap yang digoreng ibu, tapi cukup untuk menaikkan selera nafsu kami. Pengisian yang disampaikan amat berguna bagi kami untuk melakukan 'kerja' kami. Juga ilmu sebagai pelengkap hidup seorang Muslim. Terima kasih aku dedikasikan untuk barisan rakan seperjuangan:- afan (dan keta perjuangan), ajil (chief de mission), Imad, Wawi, Zubair, Solah, NaimJ, Ucop, RahmanD, Redja, Mus, Bro Fatah dan Bro Khairi (chef rasmi) dan Suhaimi. Moga ukhuwah kita berkekalan.

Ukhuwah yang terbina persis rantaian untaian tasbih, ada awal tida
penghujung, dibuat untuk mengingati Nya, dicantum kerana Nya, diratib
semata-mata kerana Nya!
Ukhuwah fillah abadan abada

.
(source: sms ucop).


alone at 4:20 PM



Warm up minda...

Salamun khair...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah syukur Lillahi, atas nikmat rahmahnya, jari ini masih lagi berupaya menari atas keyboard ini. Memetik satu persatu aksara, disusun atur menggabung suku kata membentuk perkataan. Perkataan demi perkataan diselang seli sehela jarak menjadi frasa yang memberi makna kepada ayat. Makna itulah yang sebenarnya akan ditafsir oleh proses kompleks dalam serebelum kepada pembaca. Ayat itulah apa yang mata anda sedang tenung sekarang ini dan apayang otak anda sedang baca sekarang. Jangan risau! Andai kata anda tak berapa faham dengan apa yang cuba aku sampaikan..., itulah adalah normal bagi sesetengah orang yang isyarat sinaps agak lembap. Cuba baca sekali lagi untuk membantu fungsi sel sinaps dan neuron anda untuk bekerja dengan lebih lancar. Selamat mencuba!.


alone at 9:41 AM


Saturday, April 02, 2005


Gush Shalom

Berita malam semalam juga ada siarkan mengenai Persidangan Keamanan Palestin yang berlangsung di Putrajaya. Wawancara dengan salah seorang jurucakap kumpulan pejuang keamanan Israel, Gush Shalom (http://zope.gush-shalom.org/home/en). Menurut jurucakap ni (aku tak ingat nama dia) anaknya telah terbunuh dalam serangan suicide syahid bomber Palestin. Apa yang menarik, dia pernah tanya anaknya beberapa minggu sebelum anak dia terbunuh,
"Arik(nama anak dia), apa yang akan kamu lakukan sekiranya kamu
menjadi rakyat Palestin"
Apa jawab anak dia?
"Saya akan membunuh sebanyak mana tentera Israel dan..." (selebihnya
tak dapat nak tangkap dah).
Nah, terbukti sekali rakyat Israel sendiri membenarkan tindakan yang dilakukan oleh rakyat Palestin. Ni apatah lagi kita (sapa yang terasa???) yang mendakwa tindakan mereka adalah pengganas.

Gush Shalom ni salah satu pertubuhan keamanan Israel yang memperjuangkan misi agar rakyat Palestin dan Israel boleh hidup sekali dalam keadaan aman harmoni. Mana boleh!!!! Dah le datang dari mana, masuk rumah kita pastu halau kita keluar, tiba-tiba nak ajak tidur sebilik pulak. Ada setengah benda yang kita boleh ikut depa dan ada setengah benda yang kita tak setuju dengan mereka. Cuba surf dalam web kumpulan ni. Ada benda yang betul dan ada yang perlu ditapis. Ada juga list boikot barangan Jew settlement. Dan mereka juga join perkabungan Palestin dll. Seperti dalam story title Berita Harian yang menyatakan "'Pengkhianat' Israel bawa cerita sebenar konflik Palestin". Rujuk BH 30 Mac2004.

Bila dah jenguk web Gush Shalom (http://zope.gush-shalom.org/home/en) ni, jangan lupa download pdf format "Truth against Truth- a Completely Different Look at the Palestinian-Israeli Conflict". Tapi jangan telan bulat2 apa yang depa kata.

P/s: Berita semalam juga ada cerita pasal Aerospace Engineering UIA dah lancarkan pesawat UAV (pesawat tanpa pilot). Lepas ni bolehlah kita hantar satu perisik kat sana. Kuar temuramah dean engin dan adik dia (tutor aku). Tumpang bangga jap... eheheh..


alone at 6:25 PM



2 April 2005


Petang semalam dok tgh rilek-rilek depan tv. Terpampang satu dokumentari ESPN dlm slot Celcom in Play (peminat bola tahule apa kebendenya nih). Mengisahkan baru2 ni coach baru Chelsea Jose Mourinho mengadakan lawatan keamanan ke Israel atas jemputan Shimon Peres sbg salah satu langkah utk promote peace through football. Satu team football yang mengandungi pemain muda Israel dan Palestin akan ditubuhkan dalam project ini. Lepas ni kita akan tengok team bola Israel akan ada pemain Palestin yang main.

Dalam slot tu jugak ditayangkan wawancara dengan Jose Mourinho dan Shimon Peres. Aku tertarik sepatah ayat yang dilafazkan oleh Shimon Peres,
"Football is a war without bloodshed".
Pepatah yang menarik. Memang betul. Mungkin dia sudah muak menumpahkan darah rakyat Palestin jadi nak nak melindungi dosanya dahulu dia tubuhkan project ni. Mungkin salah satu agenda tersembunyi politik Israel yang menunjukkan betapa mereka perjuangkan keamanan.

Rakyat Palestin dan kaum Yahudi sejak sekian lama dah boleh duduk sekali malahan berjiran tanpa sebarang syak wasangka sebelum tertubuhnya negara Israel lagi. Kini, untuk menjustifikasikan tindakan mereka, mereka cuba nak menyatukan kembali dua racist yang bertelagah ni atas nama kesukanan. Tapi bolehke?. Seperti rangkap yang terngiang-ngiang dalam telinga aku yang pernah aku dengar dulu waktu program dengan Dr Azzam Tamimi dulu, "They cannot have fun in my own land". Keamanan tanpa keadilan hanya membawa kemusnahan.Nak tahu lanjut klik sini-http://www.haaretzdaily.com/hasen/spages/557398.html


alone at 6:15 PM


Friday, April 01, 2005


My chatterbox.

Maaf kepada semua. Tingkap doodle board sebelah kiri tu dah nak nak tertanggal. Tengah beli "paku dan kayu" nak repair balik. Alang gambar kat atas tu pun dah reput. tengah cari "cat Nippon Paint" nak sapu balik. Maklumlah...dah lama tinggalkan teratak ni... kalau nak berckap dengan empunya juga. Guna je handphone :-)


alone at 6:07 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS