Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: May 2005
Sunday, May 29, 2005


29 Mei 2005
20 Rabiul Akhir 1426

Nikmat

Emm... sedap sungguh baring atas tilam empuk ni. Dah le penat siang tadi tolong walimah sahabat kat UM. Terima kasih Allah kerana masih bagi aku peluang untuk rasa nikmat ni. Betapa nikmatnya baring ni. Urat terasa kendur, otot hilang lenguh kepala terasa ringan. Perkara semudah baring ni pun Ya Allah engkau berikan rasa nikmat. Apatah lagi nak dibandingkan dengan nikmat Kau yang lain yang tak jemu jemu Kau kurniakan. Nikmat makan, nikmat tidur, nikmat sihat, nikmat masa, nikmat ukhuwah dan juga nikmat iman dan Islam ini. Mengapa kita masih tak reti nak bersyukur?

Tahukah anda?
Tahukah anda bahawa buang air (termasuklah yang besar dan kecil) juga merupakan nikmat daripada Allah. Kepada perkara yang se"jijik" (maaf terpaksa guna perkataan jijik; tak dpt fikir perkataan yang sesuai) ini pun Allah berikan nikmatnya kepada hamba Nya ini. Bayangkan apabila "tiba masa"nya, anda terhalang untuk qada hajat. Betapa sengsaranya terasa. Tetapi, alangkah nikmatnya kita tatkala keluar dari tandas tanda ke'legaan'. Contoh lainnya bersin. Inipun nikmat juga. Selain dapat melancarkan perjalanan udara di hidung dalam mas yang masa dapat membuang kuman yang tak sepatutnya masuk kedalam rongga pernafasan kita. Lihat betapa pemurahnya Tuhan pencipta kita.

Ketahuilah anda...
Tahukah anda bahawa sehebat-hebat nikmat yang Allah turunkan kepada manusia ini di muka bumi ini? Hal ini dinyatakan oleh Ustaz Samsuri Ahmad sewaktu menghuraikan kitab bahrul mazi bahawa nikmat ini hanya dirasai oleh orang yang dah berkahwin. Apa tu? Faham-faham je lah sendiri.


alone at 10:02 AM


Saturday, May 21, 2005


21 Mei 2005
12 Rabiul Akhir 1426

Seminar Bahaya Islam Liberal
Balai Budaya Tun Syed Nasir
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sempat juga minggu ini melapangkan masa sehari suntuk untuk menghadiri seminar ini. Dengan diskaun hanya RM 30 (yuran asal RM 50) atas kapasiti pelajar U dan pihak universiti menyediakan bas percuma untuk ke sana, aku tidak melepaskan tawaran hebat seumur hidup ini. Ye la maklumlah kewangan tengah kritikal ni....

Bukan ini yang ingin aku paparkan. Tapi lebih kepada hasil isi perbincangan seminar sehari ini. Memang puas hati aku. Terasa berbaloi sangat. Perbincangan yang dijalankan secara neutral dan telus tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Menjelaskan lagi kepada kami betapa bahana pengaruh Islam Liberal dengan ajarannya yang rancu (rancu (bhs Indon): samar-samar, tidak jelas) ini mampu mengkucar-kacirkan akidah umat Islam. Antara isu yang dibangkitkan oleh puak ini adalah persamaan semua agama di dunia dan semuanya akan masuk syurga jika berkelakuan baik. Mereka menggunakan ayat Surah al Baqarah ayat 62 sebagai senjata mereka. Apa ni....! Allah dah nyatakan "Bagi kamu ugama kamu, bagiku ugamaku". Kalau semua agama adalah sama, buat apa Rasulullah bermatian-matian memperjuangkan kalimat Laa ilaha illallah. Mereka memulas nas-nas Al Quran sehingga kelihatan seperti menyokong mereka. Siapa sahaja boleh mentafsir ayat Al Quran mengikut pemahaman mereka dan mengamalkannya.

Jaringan Islam Liberal
Antara isu yang remeh yang cuba diperjuangkan mereka sehinggakan orang biasa mudah keliru adalah megenai perkahwinan antara agama, solat dalam dua bahasa, 'iddah lelaki, poligami no; kahwin mut'ah yes, tiada azab kubur dan lain-lain lagi. Meskipun kebanyakan isu yang dibangkitkan ini dah terangan berlaku di Indonesia, (kerna Sdr Adnin Armas ini org Indon) tak mustahil akan tersebar ke seluruh rantau Asia Tenggara. Mereka juga mempunyai organisasi Jaringan Islam Liberal yang ada web site dan program yang dijalankan untuk menyebarkan dakyah. Golongan ini boleh dilabelkan sebagai "Islam Protestan" (sepertimana Kristian Protestan....!) yang kecewa melihatkan nasib umat Islam sekarang di dunia ini. Mereka menganggap bahawa tafsiran agama yang jumud merupakan faktor kemunduran umat Islam seterusnya mengambil langkah menafsir ikut suka mereka. Mereka ini tidak ubah seperti alat sekular yang berselindung di bawah label yang moderate.

Perbincangan yang hangat dan panas daripada panelis Ustaz Asri Zainul Abidin, Sdr Adnin Armas, Ustaz Fauzi Deraman dan pengerusi Ustaz Zamri IKIM. Sesekali panelis dihentam tapi dengan mudah dipatahkan mereka dengan hujah kukuh dan berisi. Ada juga audien yang menyuarakan pandangan mereka mengenai kesedaran mereka terhadap bahaya Islam Liberal ini. Sedar tidak sedar waktu sudah menganjak petang sedangkan kami masih kehausan dengan ilmu dan maklumat.

Alhamdulillah kerajaan memang amat prihatin dan mengakui bahawa golongan Islam Liberal ini merupakan ancaman kepada kesejahteraan agama dan negara melalui ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md Zin. Tapi apa yang aku hairan mengapa pemikir-pemikir puak ini dibenarkan untuk bernaung dalam satu pertubuhan sah yang diiktiraf!. Tambahan pula ada dari kalangan mereka yang mendapat ruangan di akhbar tempatan utama berselindung untuk menyampaikan 'fikrah' mereka ini. Aku rasa hangpa semua mungkin sedia maklum, siapa kumpulan ini dan orangnya. Tak tahu tanya aku secara personal! Bahaya utk didedahkan di sini...


alone at 9:58 AM


Sunday, May 15, 2005


13, 14, 15 Mei 2005
4, 5, 6 Rabiulakhir 1425

Janda Baik lagi!!!

Hujan yang sedari tadi rintik kini sudah lebat. Tenggelam zikir aku dalam rintihan hujan menimpa zink. Menimbulkan bunyi rintik bingit yang cukup tenang. Aku menjadi terleka dengan paduan irama hujan ini dan suara pujian tahmid kepada Pencipta. Irama hujan lebat ini tanpa selingan guruh ini benar-benar sayu. Tempias sipi hujan tidak sedikit pun menggigilkanku, malah memberi rasa nyaman. Entah berapa lama aku berteleku di atas sejadah ini, aku pun tak sedar. Doa khusyuk aku panjatkan di atas bibir meskipun hanya telinga ini yang mendengar dek hilang dalam bunyi hujan. Kata orang, doa mustajab pada waktu hujan sebegini kerana waktu inilah malaikat rahmat menurunkan rezeki untuk sekian makhluk. (Cuma kata orang, tak dapat pula aku quote nas yang sahih)

Begitulah suasana suatu maghrib di teratak Semanggol di Janda Baik ini. Amat sesuai seperti pencinta damai seperti aku. Kali ini aku dan rakan 'penadinamis' kembali ber'uzlah' di Janda Baik ini. Lari dari kebiasaan mencari ketenangan.

Siang harinya, apabila cuaca hebat. Dada langit terdedah tanpa sejurai awan. Namun terik mentari tak terasa perit bahangnya. Bau rumput segar selepas semalaman berembun lebat. Terdampar disini sana bukit-bukau berbalam-balam. Bukit yang gagah dan kecil berselang seli memberikan kombinasi warna hijau pekat dan cair yang hebat. Begitulah lukisan alam yang terbentang dari teratak Semanggol ini. Angin yang lembut menampar pipi ini amat begitu mengasyikkan. Gemersik bunyi dari hujung bukit sana, apabila sang angin bergesel dengan sang pohon. Irama asli pagi yang hanya didengari oleh mereka sedar betapa hebatnya alam ciptaan Allah ini. Dan idea ilham pun datang mencurah-curah.

Khalwat selama tiga hari dua malam ini memang terasa amat singkat! Aku nak datang lagi sini! Biarlah terpaksa tidur berembun di teratak ini pun aku sanggup. Biarlah darah ini menjadi santapan nyamuk hutan pun aku sanggup. Biarlah badan menggigil kesejukan malam pun aku sanggup. Biarlah lenguh pinggang dan tangan drive jalan rally pun aku sanggup. Kepada rakan se'penadinamis' (afan, mar, yam dan fizah), nak ikut aku lagi tak ke sini? Harap tak serik-serik. :-)


alone at 9:22 PM


Thursday, May 12, 2005


12 Mei 2005
3 Rabiulakhir 1425

Puasa Sunat

Alamak!!! Balance scholar aku makin hari makin susut. Tu la hari tu pi borong banyak buku buat apa! (rujuk entri 10 April, klik sini) Dah tu sempat lagi tambah 120GB hard disk beli kat Low Yat. Hari tu Yb nak pinjam RM 230, senang-senang je bagi. Din mintak pinjam RM 50 pun senang je hang hulur. Boleh ke aku survive dalam masa 3 bulan lagi sementara duit scholar ni nak top-up. Nampaknya kena start balik puasa sunat Isnin dan Khamis ni.
Jangan niat puasa aku macam ni sudah:

Sahaja aku berpuasa sunat sebab tak cukup duit makan kerana Allah Ta'ala.

Ikhlaskan niat diri hang tu. Jangan nak tunggu sengkek baru nak buat baik!!!


alone at 10:07 AM


Tuesday, May 10, 2005


10 Mei 2005
1 Rabiulakhir 1425

Ada apa dgn RM 1?

Tambang bas Metrobus ke KL pun tak lepas...

Pisang goreng 3 ketul pun tak kenyang...

Pen sebatang pun tak lepas budget ...

The O ais limau pun dapat basah tekak je...

Roti canai + the tarik pun miss soru...

Apatah lagi kredit nak download ringtone Rabbani...

Ah... Betapa kecilnya nilai RM 1 bagi kita.

Tapi tidak bagi sahabat kita di Palestin, Tak Bai, Acheh dan serata dunia...

Sumbangan ciput kita amat besar nilainya bagi mereka.

Apalah sangat RM 1 tu?

Mengapa aku kedekut pahit sangat nak sumbang?

Image hosted by Photobucket.com

Untuk sumbangan sila contact Safwan 013-3970196


alone at 9:55 AM


Thursday, May 05, 2005


5 Mei 2005

Artikel aku berkenaan isu ini yang aku cuba hantar kat Berita Hairan(?) dua, tiga minggu lepas untuk disiarkan. Aku perturunkan kat sini sebagai nak mengubati kekecewaan artikel aku ini direject (aku check paper tak keluar pun). Sekurang-kurangnya dengan tersiarnya kat blog ini, bolehlah menyedarkan beberapa pihak yang mungkin terbaca.

Saudara pengarang,
Merujuk kepada isu pemindahan program Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa UPM ke UKM dan penggabungan dengan Jabatan Angkasa UKM adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dan mengejutkan banyak pihak terutamanya yang terlibat dalam industri angkasa negara.

Pada hemat saya sebagai graduan aeroangkasa yang terlibat secara langsung dalam bidang pengajiaan ini dan bakal menjadikan bidang ini sebagai kerjaya merasakan ini adalah satu kerugian kepada pelajar dan negara sendiri yang berhasrat untuk melihat Malaysia menjadi salah satu daripada negara 'kuasa besar' yang mempunyai teknologi ini apatah lagi bidang ilmu ini yang kini dianggap kritikal.

Ini adalah kerana betapa pentingnya untuk menguasai ruang udara dan angkasa kerana kedaulatan sesebuah negara itu merangkumi bukan sahaja tanah sempadannya. Tambahan pula, betapa perlunya menguasai kawasan tinggi sebagai simbol kemenangan ke atas musuh yang berada di bawah seperti yang tersebut dalam falsafah perang lama.

Sesungguhnya, penerokaan bidang ilmu aeroangkasa itu amat luas sebagaimana luasnya angkasa itu sendiri. Program pengajian angkasa yang ditawarkan di UPM dan UKM sememangnya amat berbeza sekali meskipun mencakupi dalam satu bidang ilmu yang sama. Jabatan Angkasa di UKM lebih menumpukan kepada sains angkasa yang berkaitan astronomi, cakerawala dan planet manakala Kejuruteraan Aeroangkasa UPM lebih berkaitan hal-hal teknikal berkaitan pesawat terbang dan pesawat angkasa lepas. Analoginya sepertimana pengkhususan akaun dan ekonomi tidak boleh digabung dalam dibawah satu program pengajian meskipun ianya dalam bidang ilmu yang sama iaitu Perniagaan.

Jadi tidak hairanlah isu ini mendapat bantahan langsung daripada Senat UPM dan ahli akademiknya yang lebih memahami berkaitan industri dan bidang ilmu ini. Jadi kami sebagai graduan aeroangkasa yang punya harapan tinggi untuk melihat negara mengorak langkah dalam bidang ini turut sama membantah cadangan Kementerian Pendidikan Tinggi ini. Meskipun kami merupakan pelajar IPT lain yang tidak terlibat dalam proses pemindahan ini tapi turut merasakan tempias kerisauan 120 pelajar sahabat kami di Kejuruteraan Aeroangkasa UPM. Kami merasakan sedemikian kerana tidak mustahil kami juga akan menjadi sasaran selepas ini. Negara kita ini pada masa akan datang akan kehilangan kepakaran jurutera aeroangkasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian yang dibentuk oleh acuan universiti masing-masing sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara.

Apa yang dimaksudkan disini ialah setiap universiti pasti mempunyai visi dan misi tersendiri untuk membentuk graduan mengikut acuan dan tradisi mereka. Jika graduan lepasan pelbagai jenis universiti tempatan dan luar negara yang mempunyai pelbagai idea dan cara bekerja bergabung tenaga bekerja dibawah satu bumbung untuk memajukan negara ini pastinya menjadikan bukan sahaja industri aeroangkasa negara menjadi lebih berkembang bahkan juga industri pertanian, pendidikan, pengurusan, pentadbiran negara dan lain lain lagi.

Apa yang difahami oleh kami dengan tindakan untuk memastikan universiti menumpu hanya kepada satu-satu bidang disiplin sepertimana UPM menumpu dalam bidang pertanian, mengapa tidak program pengajian di universiti tempatan lain juga mempunyai penumpuan masing-masing? Sebagai contoh, UTM hanya semata-mata melahirkan graduan teknikal, UIAM hanya menawarkan jurusan agama, UM cuma melahirkan graduan undang-undang dan UUM dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Jadi, bagaimana pula hasrat UIAM untuk melahirkan graduan yang mampu mengintegrasikan nilai Islam dan bidang ilmu professional (kejuruteraan, senibina, perubatan) dan visi UTM untuk melahirkan graduan yang kreatif. Bahkan MIT yang terkenal dalam kegemilangan dalam bidang teknologi juga sendiri tidak menawarkan semata-mata program teknikal dalam kursus pengajian mereka.
Sementelahan pula, jika Kementerian Pendidikan Tinggi benar-benar ikhlas dalam pelaksanaan penggabungan ini, mengapakah hanya program aeroangkasa UPM menjadi sasaran penggabungan. Tidakkah mereka sedar bahawa ada kursus dan program pengajian lain yang lebih munasabah untuk bergabung seperti kursus perladangan seperti yang sama-sama ditawarkan oleh UiTM dan UPM serta Sarjana Muda Usuludin UM dan UIAM.(sekadar memberi contoh). Harap ini bukanlah akibat reaksi salah seorang ahli akademiknya mengenai isu "roti canai" dan "teh tarik" yang menyebabkan fakulti kejuruteraan aeroangkasa UPM menjadi sasaran. (Kes Dr. Zek UPM kritik cadangan Dr Mazlan BAKSA nak bawa roti canai dan teh tarik ke angkasa!)

Walhal, program kejuruteraan aeroangkasa di UPM dianggap sudah matang dan tersohor di antara universiti tempatan sehinggakan menjadi rujukan universiti-universiti lain. Mengapa kita perlu mencantas dahan yang telah tegap semata-mata untuk mencambah tunas baru? Biarkanlah dahan yang lama memayungi tunas-tunas yang baru nak berputik ini dan sama-sama berkembang membentuk sepohon pokok yang rendang. Seperti mana saranan dalam Berita Harian semalam agar Kementerian Pendidikan Tinggi menubuhkan sendiri kursus aeroangkasa di UKM. Bukan untuk menidakkan kemampuan UKM untuk mengendalikan fakulti kejuruteraan daripada UPM ataupun menghalang hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi memberi pengkhususan disiplin bagi universiti, tetapi mengapa tidak semua pihak terutamanya pihak universiti bantu membantu bekerjasama untuk meningkatkan lagi kemampuan industri angkasa negara yang kini sedang mengorak langkah untuk maju setanding dengan negara kuasa besar yang lain.

m_khair.aero@iiu.edu.my
Gombak


p/s Ok jugak tak keluar paper. Kalau tidak rasanya aku mungkin pun boleh masuk dalam senarai bakal tahanan tanpa bicara kerana mengkritik dasar-dasar kerajaan. Aku bukannya membangkang, cuma menegur mana yang tak kena. JJ Memang aku akui artikel ini agak sedikit provokasi dan sindiran. Mungkin sebab itulah tak keluar paper. (Ye la kan, media kerajaan)


alone at 12:34 PM


Tuesday, May 03, 2005


3 Mei 2005

Versi KONSIS 2005

Wargh....! Dah dua tiga hari jari aku berhenti dari mengetuk papan keyboard ini. Dalam dua tiga hari ini juga jari ini aku sibukkan dengan memetik suis itu ini, cabut masuk plug, angkat pasang notebook, video camera dan LCD projektor. Kali ini aku menjadi "buruh kasar" untuk Konvensyen Mahasiswa Nasional KONSIS 2005 di Anjung Rahmat.

Setelah mendapat arahan "ad-hoc" daripada pengarah program Na'im, seminggu sebelum program untuk melancarkan "coup de etat" (baca: rampasan kuasa) daripada seorang ketua AJK yang tak available, aku diarahkan (baca: dipaksa) untuk turut serta dalam comittee ini. Mereka telah berbulan-bulan lamanya bertungkus lumus untuk program ini, namun aku hanya seminggu diberi persiapan untuk team aku. Ingat minggu awal semester baru ni bolehla rilek-rilek dulu tapi panggilan tugas ini tetap aku sahut, demi tak menghampakan harapan mereka.

Alhamdulillah, tugas team technical untuk KONSIS ini berjalan dengan lancar dengan izin dan bantuan Allah meskipun singkat. Konvensyen yang ala "Perhimpunan Agung UMNO" ini (sebab ada gambar besar speaker dipancarkan ke skrin ini) boleh disifatkan antara yang terbaik pernah aku anjurkan. Dengan bantuan Salman AR (2nd cameraman), Zubair (backup cameraman), Akob dan Syarief (tukang klik notebook :-] ), Firdaus dll memang mantap combination. Seronok bekerja dengan antum semua. Salman: kita jumpa lagi di KONSIS 2010 sebab enta dah nak ke Mesir kan?. Zubair: moga success dengan group nasyid Nalury enta. Akob, Syarief: khidmat antum diperlukan lagi tahun depan. Jangan serik sudah...


alone at 12:27 PM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS