Friday, July 07, 2006
7 Julai 2006
Cuti.....!
Cuti seminggu selepas praktikal sebelum masuk belajar balik. Terkejut aku dah rendang-rendang belaka padi di negeri Jelapang padi ni. Seingat aku, waktu aku balik 1 Mei dulu (Hari Pekerja; time ni ada cuti panjang skit waktu aku be’kerjaya’ dulu) aku turun padang (padang = bendang/sawah; istilah lain bagi orang Utara) tolong abah menabur benih. Baru dua bulan dah separas lutut aku padi ni membesar. Subur betul tanah bertuah ni. Tak lama lagi, kata abah, bolehlah menuai. Mungkin tak sempat aku nak follow sebab time tu dah masuk kampus balik.
Sayangnya, time aku balik ni pisang dan mempelam belakang umah aku tak menjadi lagi. Mungkin baru abis musimnya hari tu sampai tak larat nak makan bawa balik sekotak penuh ke Subang. Tapi, buah durian sangat menjadi. Bukan dari belakang rumah tapi dari pasar malam. Pulun durian sampai panas.

"Pemandangan matahari terbenam di belakang rumah dengan dilatari Gunung Keriang"