Baru punya……………………….. ::T e r a t a k K h a i r:: ::T e r a t a k<<>>K h a i r::: July 2006
Monday, July 24, 2006


24 July 2006
Jadi Cikgu...

Alhamdulillah... permohonan aku hari tu untuk jadi cikgu tuisyen disambut. Aku ditugaskan untuk jadi cikgu pengganti bagi subjek fizik form 4. Setelah beberapa sem berpengalaman mengajar orang dewasa (ajar budak U 1st ana 2nd year) waktu aku jadi tutor dan Lab Demo Dynamics dan Engineering Materials, kini aku bertukar profesion mengajar budak sekolah pulak.

Memang lain macam fe'el depa budak sekolah ni. Nak berseronok je waktu belajar sampaikan riuh gamat kelas tu. Aku cuba jadi abnag kepeada mereka dan bukannya cikgu, tapi itu lagi membuatkan kelas riuh bilamana aku turut layan mereka.

Budak sekolah biasalah. Jiwa masih kelat, akal masih mentah. Aku lihat mereka seperti tiada fokus, matlamat. Begitulah jua aku dulu-dulu ni.

Sebelum tu, pada hari yang sama, ada forum Gerakan Tajdid anjuran Muslim Profesional Forum di Sime Darby Convention Center Bukit Kiara. Setelah mendapatkan bahan material untuk pengajaran tuisyen. Aku terus ke Bukit Kiara denagn kapcai aku tu. Entah apa hal, tersemput2 mati dua tiga kali atas jalan on the way ke sana. Sampai je disana aku tidak boleh concentrate sebab kena menelaah topik apa yang aku kena ajar budak2 tu nanti. Meskipun, panelisnya mantap dan tokoh antara gerakan tajdid ni seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Kapten Hafiz Firdaus, Ustaz Maszlee dan Prof Dr Farouk, tumpuan aku hanya pada buku rujukan SPM tu. Aku kutip kertas kerja mereka untuk rujukan bila balik nanti. Pukul 11pg, separuh majlis, aku terpaaksa mohon diri untuk pulang mengajar tuisyen yang kul 12 tu. Motor aku juga meragam lagi dan mujur Alahamdulillah selamat sampai pada masanya di Pusat tuisyen Taman Melati nun.


alone at 11:33 AM


Monday, July 17, 2006


17 Julai 2006
Kembara PantaiTimur

Hujung minggu ni aku berkelana ke Pantai Timur bersama 4 sahabat perjuangan. Kembara kali kedua bagi aku ke Terengganu ini bukannya untuk berlibur tapi menggalas satu tugas penting dalam menyampaikan risalah kesedaran ke seluruh pelusuk Semenanjung. Ingin sekali melihatkan betapa rasa penderitaan umat Islam di Palestin turut sama dikongsi oleh setiap diri yang bernama Muslim. Memikirkan minggu awal semester yang masih belum dibebani tugas berat dan final year project yang belum bermula, aku menerima tawaran sahabat yang tak dapat ikut serta sekali. Lagipun ini bukannya satu tugas biasa tapi adalah satu tanggungjawab yang terletak di atas pundak kami.

Bergerak selewat sejam sebelum tengah malam dari Gombak, aku, Ucop, Taqi, Mujahid dan Wak Jo memandu Unser meredah kegelapan malam Banjaran Titiwangsa. Alhamdulillah, highway baru LPT ini melancarkan perjalanan kami. Aku bertukar driver dengan wak Jo setelah mata tak tahan dengan lurusnya highway LPT seolah tiada penghujungnya. Selepas tu aku menggantikan tidur mereka sehingga sedar sudah tiba Kuala Terengganu. Sedar je, aku nampak Taqi di tempat duduk driver sedangkan dia tidak punya lesen. Mungkin semua driver lain dah keletihan kot...

Merayau seawal 5 pagi di tengah kota Kuala Terngganu ni mencari jalan ke Jambatan Sultan Mahmud. Begitu sunyi sekali seperti ‘Bandaraya’ Alor Setar pada subuh hari tapi tak seperti kota serabut KL. Acapkali aku tiba awal pagi di KL dari AS, suasana subuhnya sudah bingit dan sesak dengan kereta dan manusia. Memang mustahil nak cari ketenangan di kota KL ni...

Kami berlima yang sememangnya orang asing dengan tempat ni. Aku dan Taqi org utara, Mujahid dan Wak Joe orang selatan dan ucop orang asli kl ni. Setelah melilau keluar masuk jalan, dua tiga kali u-turn akhirnya jumpa jalan juga setelah puas belek peta. Terus kami menuju ke tempat yang dijanjikan, Masjid Wakaf Tembesu.

Subuh berjemaah dan bersiap diri sementara menantikan cikgu Penolong Kanan HEM SMK Kompleks Gong Badak menjemput kami. Jam 7 pagi cikgu Nor Arzman tiba dengan dressing spt wakil rakyat menyambut mesra kami. Setelah berbasa-basi seposen dua, kami terlebih dahulu dibawa singgah bersarapan roti canai sebelum ke sekolahnya.

Tiba disekolah, perhimpunan pagi mingguan sudah bermula di dataran sekolah. Kami dijemput mengambil tempat duduk sebarisan dengan guru sekolah dengan selaut pelajar Form1 – Form5 dihadapan kami. Kami diperkenalkan kepada audien pelajar datang atas tiket sebagai wakil JIM daripada KARISMA yang baru pulang daripada Beirut, Lubnan (walaupun tak semua yang pi!). Perhimpunan pagi itu diteruskan dengan deklamasi sajak mengenai Palestin oleh dua orang pelajar sekolah. Daripada kata2 aluan pengerusi majlis, aku dapat fahami bahawa sekolah ini menganjurkan program khas sebegini dengan tema Penghayatan Perjuangan Remaja Palestin dan slot kami adalah salah satu acaranya. Seterusnya, selepas ucapan motivasi pagi daripada Mujahid, ada juga didendangkan nasyid Palestin oleh kumpulan Nasyid sekolah.

Mujahid memanaskan acara pagi itu dengan ceramah motivasinya yang berdegar-degar. Diselang-selikan isu Palestin yang menjadi rencah utama dalam ucapannya seumpama lagak seorang ahli politik. Syabas Mujahid! Masih mampu melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun hanya bermodalkan air liur tanpa bantuan persembahan audio dan video multimedia. Ternyata Mujahid dapat mencipta suasana dan pelajar lain tidak sabar menanti slot seterusnya.

Berhenti rehat sekejap sebelum slot seterusnya dan kami dijamu Nasi dagang. Memang tak sah kalau datang ke Terengganu ni tak pekena Nasi Dagang ni.

Slot setrusnya pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut tingkatan memandangkan dewan sekolah hanya boleh memuatkan 200 orang pelajar sahaja. Perjuangan diteruskan oleh Taqi yang mengambil kesempatan menayangkan gambar dan menceritakan pengalaman mereka di Beirut hari tu. Terpana kagum mereka mendengar cerita Taqi.

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku kemudiannya terus menyambung pencak di atas pentas yang telah dimulai Taqi tadi. Penerangan perjuangan pembebasan Palestin menjadi tajuk aku pagi tu. Dengan mood yang telah dimulai oleh Mujahid awal pagi tadi dan Taqi sebentar tadi, menjadi aku lebih mudah menarik perhatian budak-budak ni. Aku lebih gunakan pendekatan bercerita logik dengan mengurangkan fakta nombor dan sejarah bagi menyesuaikan target group kami ini. Aku juga cuba kaitkan dengan sentimen kemanusiaan tanpa meminggirkan sentimen agama yang menyebabkan budak2 ni lebih teruja untuk mendengar. Dengan bantuan multimedia yang berkesan, aku lihat ada terbit juga air mata keinsafan di kalangan mereka. Mereka yang pada awal slot tadi agak keriuhan, berakhir dengan sepi sebaik tamat persembahan. Ya, aku di atas pentas ni nampak segala-galanya.
Slot kedua dihadiri oleh peljar tingkatan 4 pula. Format persembahan kami tidak jauh berbeza dengan slot pertama kerana bezanya cuma audiennya sahaja. Cuma, kali ini Yusuf mengambil alih tempat Taqi, menceritakan cerita kembara Beirut mereka. Aku dalam slot kedua ini menjadi lebih bersemangat dan berkobar-kobar menarikan pencak di atas pentas lantaran respon positif daripada pelajar ini. Sementara disatu sudut lain di luar dewan, Mujahid dan Wak joe sibuk melayan pelajar lain yang singgah di pameran yang mana tidak berpeluang masuk kedalam dewan.

Seawal 12 tengahari kami mohon permisi kerana memikirkan perjalanan yang jauh amat dan ada hal-hal studi yang belum diselesaikan. Terharu pabila kami dihulurkan seberkas sampul oleh Cikgu Azman. "Ini dia sumbangan daripada pelajar sekolah ni untuk Palestin, diaorang kumpul dari kelas ke kelas tadi" Sewaktu kami berceramah tadi, ada inisiatif daripada pelajar itu sendiri untuk memungut derma dari kelas ke kelas yang lain. Kami menerima sampul yang berat penuh denagn syiling tu dengan ucapan terima kasih tak terhingga.

Unser bergerak lagi kali ini melawan arah daripada perjalanan datang tadi. Kami singgah di Masjid terapung Tengku Zaharah untuk solat jamak Zuhur dan Asar sebelum bergerak pulang. Perjalanan pesisir pantai dengan pemandangan salju lautan Cina Selatan memukau pandangan namun tak mampu melawan keletihan kami yang hampir semuanya terlentok kecuali Ucop sbg driver. Singgah sebentar di Pantai Kemasik untuk meregangkan urat mengecas tenaga. Memang sungguh berbeza landskap lautan Pantai Timur dengan lautan Pantai Barat yang kerap sangat aku dah tengok. Di persinggahan pantai ini kami pekena cendol pulut dan keropok lekor sbg pengalas perut sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur. Menjelang 9.30 malam aku celik mata dah sampai di laman kampus UIA.

Penghargaan kepada rakan kembara: Ucop, Wak Joe, Mujahid dan Taqi. Jaulah bersam aantum memamng best!!!

Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting


alone at 12:52 PM


Thursday, July 13, 2006


13 Julai 2006

Yee... dah jadi murid-murid kembali. Masuk semester baru dengan memegang title baru yang lama aku idamkan, Final Year Student. Kini aku dah jadi abang 'senpai' dalam Kuliyyah Engineering. Area kuliyyah makin sesak terutama waktu peak hour dengan adik2 baru yang rata-ratanya muka baru yang aku tengok. Minggu pertama kelas, ramai kengkawan aku dah terkena 4th year Sindrom.

Gejala 4th Year Sindrom yang pernah aku perhatikan pesakitnya sebelum ialah, tiba2 terasa letih (baca:malas) nak ke kelas, selalu masuk lambat ke kelas, kalau yang datang awal pun akan cari seat belakang dan makin hari makin selekeh. Tapi gejala tak berlaku pada semua orang dan kesannya mungkin berbeza mengikut individu.


alone at 10:55 AM


Tuesday, July 11, 2006


11 Julai 2006
Final World Cup

Penat badan mengangkut barang dari Subang ke Gombak dan Semenyih ke Gombak di Mahallah Uthman tingkat 4. Beginilah rutin setiap masuk bilik baru tapi kali ini lagi dahsyat kerana sebelum ni paling jauh angkat barabg dari stor ke bilik. Namun penat badan ni tak menghalang berjaga demi final World Cup. Kat kolej aku depa sediakan skrin besar depan kiosk utk pesakit demam Piala Dunia yang pasti kebah demamnya malam ni. Bagi yang kritikal demamnya, sanggup datang dengan mengecat muka dan badan team yang depa sokong. Aku pun tak ketinggalan turut memenuhkan korum sekadar pemerhati.

Malam ni aku sokong France walaupun team ni dah kalahkan Portugal pilihan aku. Dan seperti biasa, team yang aku sokong dalam game 'live' selalunya akan kalah. Kesian Zizou.
Bilik baru aku Block E tingkat 4. Kami tiada pilihan lain memandangkan semua bilik lain dah penuh. Yang tinggal hanya level 1 and 4 dan aku lebih rela menapak naik tingkat 4 daripada membiarkan makcik cleaner tak tersengaja ternampak aurat aku. Itulah kelemahannya kalau bilik bawah sekali.

Alhamdulillah, pemandangan daripda bilik baru aku sagat mengagumkan... Mengadap tasik dengan deruan air terjun kecil amat mengasyikkan. Tengok skit...
Photobucket - Video and Image Hosting


alone at 10:48 AM


Friday, July 07, 2006


7 Julai 2006
Cuti.....!

Cuti seminggu selepas praktikal sebelum masuk belajar balik. Terkejut aku dah rendang-rendang belaka padi di negeri Jelapang padi ni. Seingat aku, waktu aku balik 1 Mei dulu (Hari Pekerja; time ni ada cuti panjang skit waktu aku be’kerjaya’ dulu) aku turun padang (padang = bendang/sawah; istilah lain bagi orang Utara) tolong abah menabur benih. Baru dua bulan dah separas lutut aku padi ni membesar. Subur betul tanah bertuah ni. Tak lama lagi, kata abah, bolehlah menuai. Mungkin tak sempat aku nak follow sebab time tu dah masuk kampus balik.

Sayangnya, time aku balik ni pisang dan mempelam belakang umah aku tak menjadi lagi. Mungkin baru abis musimnya hari tu sampai tak larat nak makan bawa balik sekotak penuh ke Subang. Tapi, buah durian sangat menjadi. Bukan dari belakang rumah tapi dari pasar malam. Pulun durian sampai panas.
Photobucket - Video and Image Hosting
"Pemandangan matahari terbenam di belakang rumah dengan dilatari Gunung Keriang"


alone at 10:11 AM




.CREDITS

Designed by: hawKS
Pictures from: deviantART
Specially made for: benS